Translate

Mesti Baca

Jumaat, 20 Januari 2012

Jawatan MB Kedah: Belum Menang Pun Pemimpin Umno Sudah Berebut Kerusi.


Jawatan Menteri Besar Kedah semakin panas di perkatakan oleh para pemimpin Umno yang semakin hari semakin sasau. Ini cerita yang Umno/BN belum dapat merampasnya lagi dan tak tahulah bagaimana jika ditakdirkan Umno/BN berjaya merampas Kedah PRU13 nanti, pasti perkara ini akan bertambah-tambah haru-biru. Ketika ini Umno Kedah mempunyai banyak kem-kem politik masing-masing yang mana semuanya bercita-cita untuk jawatan tersebut.

Ada kem Ahmad Basha (Pengerusi Perhubungan Umno Kedah), ada kem bekas MB yang lepas, Khalid dan ada kem Mukhriz (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah) dan yang pasti kem Mukhrizlah yang paling hebat kerana bapak dia (Mahathir) ada kat belakang. Tapi sebenarnya Mukhriz tidak suka dengan jawatan MB kerana beliau lebih mengidamkan jawatan yang lebih tinggi, iaitu jawatan Perdana Menteri./Baca lagi......

Rabu, 18 Januari 2012

Jom Cuci Mata Sikit..... Jangan Marah Yer....!!!!!

Menteri Yang Disiasat Tentang Sumbangan RM 300,000

azalina othman kereta Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?

Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan.

Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima ‘sumbangan’ berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.

Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu  menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM.Ia memetik sebuah blog yang mendedahkan bahawa seorang bekas menteri menerima wang berkenaan pada 7 April, tahun lalu daripada kontraktor projek jambatan bengkok. Penulis blog itu mempersoalkan tujuan dan mengapa sumbangan dihulurkan./Baca lagi.....

Selasa, 17 Januari 2012

Jom Pakat Maki Umno, Bukan Gua Kata Tapi Ahli Umno Yang Kata.


Bukan main seronok gua dengar bila ahli Umno baru sedar betapa jahatnya para pemimpin mereka atau sokong membawa rebah. Gua memang sokong 110 % apa yang dikatakan oleh ahli Umno yang baru mengetahui bagaimana jahatnya pemimpin Umno yang mana ego mereka sama hebat dengan nafsu mereka  yang berkobar-kobar. Oleh itu lu all patut menjatuhkan pemimpin Umno sampai kelubang kubur dan biarlah Umno wujud sebagai pembangkang kerana jika parti Umno berkubur, maka gua tak tempat pulak nak maki hamun.

Isnin, 16 Januari 2012

Isu Murtad: PAS Sudah Lama Perjuangkan, Dimana Hasan Ali Ketika Itu...!!!


Isu murtad yang diperjuangkan oleh Hasan Ali sebenarnya sudah lama PAS bawa dan Dr Hasan Ali dan Perkosa bukan jaguh sebenar. Seingat gua, TG Haji Hadi telah membawa isu ini ketika beliau pertama kali mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Marang. Dimanakah Dr Hasan Ali ketika..!!! Mungkin beliau berada di Biro Tata Negara (BTN) sebagai penyelia jabatan yang cukup terkenal mencuci pemikiran penjawat awam agar membenci pembangkang, terutamanya parti yang beliau baru dipecat iaitu PAS. Bukahkah beliau diantara individu yang memainkan peranan utama dalam BTN dengan menyediakan segala kertas kerja untuk krusus yang dianjurkan oleh BTN.

Apa pula peranan Ibrahim Ali semasa isu murtad diusulkan oleh TG Haji Hadi semasa dibawa ke parlimen...!!! Apakah beliau menyokong usul tersebut kerana seingat gua, tiada seorang pun ahli parlimen dari Umno yang menyokong usul tersebut untuk dibahaskan. Mereka bukan sekadar tidak menyokong, malah mereka menentang keras usul murtad untuk dibahaskan kerana Mahathir tidak menyukainya. Buat Brahim Ali, lu jangan berlagak jaguh setelah tidak berada didalam kerajaan kerana rakyat kenal siapa lu sebenarnya. Gua boleh kata yang Brahim Ali diantara MP BN yang menolak usul tersebut kerana ketika itu Brahim antara pengampu kuat kepada mantan Perdana Menteri, Mahathir./Baca lagi......

Nik Aziz: Berhentilah Malukan Anwar

 

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa./Baca lagi.....

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...