Translate

Mesti Baca

Sabtu, 7 Januari 2012

Gua Dah Kata Mesti Ada Yang Tak Kena Bila Polis Benarkan Perhimpunan 901.

Polis kenakan 10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

Polis kini mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya tidak membenarkan ucapan awam dan membawa sepanduk bertulis 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan itu, disiarkan di laman Facebook polis.

Syarat-syarat tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

Syarat-syarat tersebut ialah:/Baca lagi......

Jumaat, 6 Januari 2012

Acapkali Kau Jadi Celaka.

Cukuplah Sudahlah ....... Asalkan Bukan Umno (ABU).

Boleh Percaya Ker Bila Polis Benarkan Perhimpunan Aman....!!!!

 

Polis benarkan perhimpunan 901 di luar mahkamah

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Khamis, 5 Januari 2012

Patut Ler AJK Perkim Dari Kalangan Orang Berpengaruh, Rupa-Rupanya Perkim Bukan NGO.

Jamil Khir 'Tidak Tahu' projek jalan Perkim.

Menteri berkaitan hak ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata beliau tidak tahu menahu berkenaan penglibatan Perkim terhadap projek pembinaan jalan bernilai RM270 juta, dengan mengatakan pihaknya tidak pernah mengetahui berkenaan perkara itu sebelum ini.

Naib Presiden Perkim II, Prof Emeritus Datuk Ariffin Suhaimi, 74, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, yang merupakan ahli Perkin, dituduh pecah amanah pada 27 Dis 2011, yang melibatkan RM3.7 juta yang diberikan kepercayaan kepada mereka sebagai wang pertimbangan untuk menaik taraf jalan Lapangan Terbang Subang ke Sungai Buloh antara April 2002 dan April 2004.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak memberikan butiran lengkap berkenaan kes tersebut kecuali menuduh ketiga-tiga mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam./Baca lagi......

Alasan Yang Bodoh Lagi Bangang Baik Untuk Anak Mahu Pun Ibunya.

Amalina:Saya tahu batasan saya sebagai orang Islam

Kecoh apabila pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dikatakan mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan “legging” dan bergambar dengan seorang lelaki mula tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog.
Amalina, 24, yang memperolehi 17 A1 dalam SPM yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah apabila gambarnya menunjukkan dia kini mengenakan pakaian yang menjolok mata dan dilihat telah berubah apabila berada di Universiti Edinburgh, United Kingdom selama lapan tahun.
Bagi menjawab persoalan tersebut, sekumpulan wartawan telah pergi ke kediaman ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di Kota Tinggi untuk menemuramah Amalina dengan menggunakan sidang video Skype./Baca lagi.....

Selasa, 3 Januari 2012

Skandal NFC: Kertas Siasatan Hampir Siap Tapi Mana Kelibat Suami Dan Anak-Anak Shahrizat???


Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini mengesahkan siasatan pasukan berkenaan terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) sudah “80 peratus selesai”.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dan pendakwaan dilakukan.
“Siasatan terhadap skandal NFC sudah 80 peratus siap, beri kami sedikit masa lagi, kami perlu melakukan ‘wrap up’ sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Ketua Hakim Negara,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Perkembangan terbaru skandal yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat ini adalah pendakwaan terhadap seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan JSJK semasa siasatan  skandal Pusat Fidlot nasional (NFC)  atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini./Baca lagi......

Rupanya Si Celaka Belum Letak Jawatan Lagi.

Shahrizat nafi serat surah letak jawatan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Itu tidak benar. Saya tidak pernah beri surat peletakan jawatan. Banyak khabar angin kerana sebenarnya itu yang pembangkang hendak tengok berlaku," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, semalam.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri berhubung jawatannya dalam Kabinet.

"Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya kerana jawatan Kabinet adalah kuasa di atas bahu Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Najib sebelum ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Shahrizat yang dilanda kontroversi isu projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan.

azlanSementara itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita BN berkata pihaknya telah mengenal pasti 30 kawasan parlimen yang akan diberikan tumpuan dan perhatian luar biasa daripada jentera pilihan raya Wanita BN.

Katanya kawasan parlimen berkenaan adalah kawasan yang diterajui  pemimpin tertinggi parti pembangkang yang dijangka berjaya dirampas semula oleh BN pada pilihan raya umum ke-13.

"Dari bancian sikap dan maklum balas pemilih yang undi mereka, kita dapati kelemahan mereka amat sangat dari segi karenah, janji kosong dan macam-macam," katanya.

"Dari bancian sikap dan maklum balas pemilih yang undi mereka, kita dapati kelemahan mereka amat sangat dari segi karenah, janji kosong dan macam-macam," katanya. MK

Isnin, 2 Januari 2012

Skandal Yang Lebih Besar Dari NFC Sudah Muncul.

Dalam masa sepuluh tahun, negara kita telah kehilangan lebih daripada RM1 .0 Trilion akibat daripada pelbagai jenis dan bentuk penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Skandal dalam National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan kerugian RM250Juta baru-baru ini adalah merupakan titik pemulaan bagi pendedahan skandal-skandal yang seterusnya di dalam kerajaan BN.

Malah kita semua telahpun bersedia menghadapi satu lagi pendedahan skandal penyelewengan kewangan kerajaan yang boleh dikatakan amat besar juga jumlahnya.

Skandal pada kali ini bakal melibatkan kos berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan di dalam pembelian enam buah kapal peronda daripada Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd yang bernilai RM1.0 billion sebuah pada permulaannya./Baca lagi......

Insiden UPSI: Umno BN Mesti Berundur.





















Mahasiswa akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umu ke-13 nanti, justeru Umno BN

Demikian ditegaskan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan polis terhadap para mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris, awal pagi semalam.
“Mahasiswa mahukan perubahan, kali ini mahasiswa dan anak muda akan membuat pilihan yang tepat./Baca lagi.....

Ahad, 1 Januari 2012

Polis Raja Di Malaysia Semakin Melampau.

Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI


















Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.
Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan,” menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider./Baca lagi....

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...