Translate

Mesti Baca

Sabtu, 1 Disember 2012

Najib Mula Salahkan Ahli Umno.

Datuk Seri Najib Tun Razak

'Najib yakin BN kuasai majoriti 2/3 jika tiada sabotaj', sedar tak sedar Najib mula hilang keyakinan BN untuk terus memerintah dengan menyalahkan hantu-hantu yang tak wujud. Beliau sedar akan kelemahannya dari semua aspek untuk Umno/BN terus berkuasa dan jalan terbaik ialah dengan lebih awal menyalahkan pensabotaj. Ilmu yang beliau terima dari mantan PM, Dr Mahathir seorang politikus dan diktator tua yang masih berlagak mempunyai kata putus dalam kerajaan.

Dengan kajian prof-prof kangkung yang memberi jaminan penyedap hati bahawa BN masih boleh kekal memerintah dengan majoriti mudah sebanyak 120 kerusi parlimen. Gua pun tak tahu daripada sumber mana mereka dapat yang pasti sumber-sumber SB Bukit Aman telah meletakkan BN diambang kejatuhan selepas lebih 55 tahun memerintah.

Disebabkan ketakutan inilah, timbul isu 'Peristiwa 13 Mei' akan berulang jika Umno kalah pada PRU13 nanti. Inilah politik ugutan dari sang pemerintah yang sudah merasa cukup selesa berada ditahta selepas negara memperolehi kemerdekaan dari negara yang tidak menjajah Tanah Melayu. Mereka ketika ini berada didalam keadaan terdesak untuk menarik kembali undi majoriti setelah kajian dari badan bebas, populariti Najib mula merosot bulan demi bulan.

Pada PAU kali ini jelas kebanyakan pewakilan menyalahkan Rosmah yang lebih kehadapan daripada suaminya sendiri sehingga ada yang menyindir siapa sebenarnya Presiden Umno jika setiap mesyuarat pasti ada kelibat Rosmah. Kebanyakan pewakilan dari awal-awal lagi menyalahkan Rosmah dan mereka mahu Muhyiddin segera mengambil alih jawatan presiden sebelum kapal Umno karam buat selama-lamanya. Tahniah gua ucapkan kepada FLOM, Datin Rosmah Mansor kerana memudahkan kerja PR untuk mengambil alih pentadbiran negara dari terus dimufliskan oleh mereka-mereka ini.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...