Translate

Andainya Gua Mampu ......

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa. Bantulah saudara-saudara kami dibumi Palestin dan diseluruh dunia. Hancurlah Israel dan sekutu-sekutunya sebagaimana Engkau menghancurkan tentera Abraham dengan Burung Ababiil. Berilah kemenangan kepada hamba-hambaMu yang berjihad dijalanMu tanpa merasa gentar kerana janji keSyahidan sedang menanti mereka. Lahanat buat mereka yang berfatwa bahawa tiada Jihad dibumi Palestin



Mesti Lihat

Jumaat, 21 Disember 2012

Amanat Haji Hadi ; Akhirnya Menjerat Umno Sendiri. (BHG 1)

Daripada ucapan biasa TG Haji Hadi pada ceramah politik PAS pada tahun 1981 di Kg. Banggol Peradong selama lebih kurang 1 jam, kenapa hanya ucapan selama 2 minit ini sahaja yang dipaparkan oleh ulamak tali barut yang telah dihumban dan akhirnya mereka kembali kepada Umno selepas mereka menganggap perang saraf yang mereka lakukan untuk memecah belah PAS telah berjaya. Di atas jasa-jasa yang dianggap besar oleh Umno, tali barut-tali barut ini telah diberi kedudukan yang selesa dengan segala kemewahan duniawi.

Gua berada di Terengganu semasa isu ini hebat dimainkan oleh puak-puak celaka Umno yang tanpa merasa malu mengaku mereka cukup rapat dengan Haji Hadi dan dengan penuh bangga mengaku semua ini adalah jasa-jasa besar mereka kepada tuan-tuan anjing besar mereka. Jika mereka ini menganggap yang diri mereka adalah ulamak besar yang faham agama, kenapa mereka menyembunyi ucapan yang lain dari ceramah ini. 

Bukan sikit ucapan mereka sembunyikan kerana mereka mengambil hanya 2 peratus dari ucapan yang dianggap cukup panjang itu. Kita pun nak tahu juga bagaimana isu sebenar yang masih lagi panjang dibuang. Sebelum keluar akan ayat-ayat yang mereka sendiri letakkan sebagai 'Amanat Haji Hadi' mesti ada huraian-huraian yang yang amat jelas sehingga 'Amanat' ini dikeluarkan.

"Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku".
(Petikan kata-kata biasa Pesuruhjaya PAS Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggul Peradong pada 7 April 1981)

Gua dari awal lagi menganggap isu yang dibawa oleh beberapa tali barut Umno dalam PAS yang mengaku mereka tu ulama seperti satu perkara yang tidak kena atau 'ada udang di sebalik batu' kerana sebelum itu tampil beberapa budak-budak yang mengaku penyokong PAS telah menunjukkan tanda 'Bulan pada tapak tangan mereka. 

Gua tanya mereka apa maksudnya, budak-budak itu dengan penuh semangat mengatakan yang guru mereka (tali barut Umno) memberi tip dengan mengatakan jika ahli yang sudah meninggal, hendaklah dilukis lambang 'Bulan' pada tapak tangan mereka agar mereka terus dapat masuk Syurga dengan mudah yakni tanpa di hisab oleh para malaikat kerana Malaikat kata dia nih orang PAS.

Inilah ajaran para tali barut yang berada didalam PAS kepada budak-budak yang belum mengetahui secara jelas tentang apa yang pemimpin-pemimpin ajarkan tentang Al-Quran, As-Sunnah, ijimak ulama kerana tali barut Umno lebih cepat memintasnya. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kerana malu akan tembelang mereka sudah dihidu oleh bahagian risikan PAS. Mereka menghentikan aktiviti mereka dengan menghilangkan diri buat seketika yang akhirnya mereka sudah tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri, terpaksalah pihak pemimpin tertinggi Umno dan pegawai tinggi Bukit Aman masuk untuk menyelamatkan mereka.

Buat masa ini gua tidak akan mengurai akan setiap ayat atau makna yang terkandung dalam apa yang dipanggil 'Amanat Haji Hadi'. Gua lebih suka menulis tentang impak daripada 'Amanat Haji Hadi' buat kaum Melayu yang mengaku Islam tulin 1000 peratus walaupun bau-bau Pernafasan dari mulut-mulut mereka amat meloyakan dengan minuman keras. Gua akan menceritakan secara terperinci mengikut apa yang gua tahu dari pengamatan gua dan juga dari pandangan sahabat-sahabat gua yang mana gua akan menilai dahulu akan apa yang mereka perkatakan kerana gua bukannya jenis mengambil bulat tanpa melakukan sedikit kajian.

Gua akan berjumpa lagi dengan lu all pada Bhg 2 jika boneka-boneka Najib/Rosmah/Chet Det/SB-SB tindak menganggu gua di negara yang masih lagi ada lagi sisi undang-undang rimba.
BERSAMBUNG

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pasal apa selalu katakan orang bukan islam sebagai kafir,just say non muslim and dont forget iam a strong supporter of pas

Tanpa Nama berkata...

religion is different from idealogy /if religion is perfect then dont have to work for living as / if religion can make you scietist then dont have to go school and study / just pray all the time and the food will come to the table / one taxi driver malaysian chinese said to me he has to eat 5 times a day to work with energy for living and to takke care his family / working hard for the family without praying but with principles = praying / look at hte mamaks become muslim to get bumi putra status to get crony business eg mahathir / so dont keep on say kafir when non muslims dont disturb the malay muslims /i am contant reader of your blogs sometimes it hurts when nonmuslim like me are supporting pas tq

Tanpa Nama berkata...

orang Islam di sebut ,muslim.Yang tidak berugama Islam di sebut Kafir.
Muslim itu berimam pada Allah.
Kafir,tidak beriman serta tidak percaya pada Allah yang Esa.
Apa yang sakit nya hati bila di sebut Kafir iaitu tidak percaya pada apa yang di tetapkan oleh Allah swr,sendiri yang tidak mahu ikut.
Yang Islam itu Muslim
yang bukan Islam itu Kafir,sirpa makan cili,terasa lah pedasnya

Tanpa Nama berkata...

Saya harap ada kalangan ahli bahasa yang dapat menghuraikan makna perkataan "KAFIR" yang sebenar, supaya dapat di fahami oleh semua termasuk yang bukan islam. "Kafir" ni dari bahasa arab dan ada dalam Quran.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Pada zaman sebelum Islam, istilah tersebut digunakan untuk para petani yang sedang menanam benih diladang menutup/mengubur dengan tanah. Sehingga kalimah kafir langsung diimplikasikan menjadi "seseorang yang bersembunyi atau menutup diri".

Jadi menurut Syariat Islam, manusia kafir terdiri dari beberapa makna, yaitu:
1. Orang yang tidak mahu membaca syahadat.
2. Orang Islam yang tidak mahu solat.
3. Orang Islam yang tidak mahu puasa.
4. Orang Islam yang tidak mahu zakat.

Istilah 'Kafir' bukannya digunakan oleh Islam semata-mata tetapi ia juga digunakan oleh orang Kristian, Yahudi dan lain-lainnya semasa pembelajaran mereka tentang ugama masing-masing. Perkataan 'Kafir' itu ditujukan kepada kelompak yang bukan dari penganut mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular