Translate

Mesti Baca

Rabu, 17 Oktober 2012

Tanpa Doa Pun, Malaysia Tetap Negara Sekular/Kristian.


Suka atau tidak, itulah realitinya tentang Malaysia walaupun Islam adalah agama rasmi negara. Adakah cukup dengan Sultan atau Raja sebagai Ketua Agama Islam bagi setiap negeri walhal kehidupan kaum kerabat mereka pun tidak menunjukkan yang mereka adalah penganut Islam yang tulen. Rakyat dipaksa mengaminkan setiap doa untuk kesejahteraan Raja-Raja sedangkan kehidupan mereka penuh dengan kemaksiatan yang tidak pernah pudar malah mereka bangga dengan perbuatan mereka.

Inilah yang Umno mahukan kerana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada yang menghalang. Adakah cukup dengan Islam sebagai agama rasmi, cuti umum untuk setiap perayaan keagamaan, anugerah tokoh Maal Hijrah, Tilawah peringkat negara dan antara bangsa, masjid-masjid dihias indah biar pun tiada jemaah, kita boleh mengaku bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Tanpa doa dari penganut Kristian pun, Malaysia tetap sebuah negara Kristian yang berideologikan sekularisme. Antara salah satunya ialah menjadikan hari Ahad sebagai cuti am kerana ia adalah hari penganut Kristian ke gereja. Bagi sebuah kerajaan Islam, hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa dan ianya banyak di perkatakan didalam hadis-hadis. Jumaat untuk penganut Islam, Sabtu untuk penganut Yahudi dan Ahad untuk penganut Kristian.

Hari Jumaat mencatatkan banyak sejarah bagi umat manusia yakni dari mula kejadian alam ini sehinggakan tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat. Tetapi Umno yang mengaku sebagai Islam tulen lebih mengagung-agungkan hari Sabtu dan Ahad dengan alasan ke duniawi. Dengan hujah yang dangkal, mereka berpandukan kepada urus niaga dunia yang menjadikan hari Ahad sebagai cuti am. Jika hari Jumaat dijadikan hari cuti am, ia akan merugikan kerajaan dan peniaga di persada dunia.

Umno Anti Islam

Setelah Hisbul Muslimin, KMM diharamkan dan para pemimpinnya dihumbangkan ke penjara oleh penjajah British atas arahan golongan elit Melayu yang menjadi anak emas penjajah British ketika itu, Umno ditubuhkan dengan slogan 'Hidup Melayu' dan bukannya 'Hidup Islam' atau 'Merdeka'. Sebenarnya elit-elit Melayu yang menubuhkan Umno lebih selesa hidup dibawah ketiak penjajah daripada menuntut kemerdekaan. Sultan Johor ketika itu tidak mahu menandatangani pengisytihar kemerdekaan dengan alasan Johor masih memerlukan Empayar British sebagai bantal peluknya.

Adakah kehidupan elit-elit Melayu ketika itu berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam seperti yang dituntut oleh agama. Boleh dikatakan setiap rumah milik elit Melayu mempunyai mini bar kerana minuman keras sebagai rutin untuk menghilangkan dahaga kepada tengkuk yang kehausan. Ia juga akan membezakan taraf sosial dalam kehidupan elit-elit Melayu ini. Bagi mereka, penjajah British adalah segala-galanya kepada mereka. Demi mempertahankan Tanah Melayu daripada kemerdekaan, elit-elit Melayu ini berhujah bagaimana nak merdeka sedangkan jarum sebatang pun tak pandai nak buat.

Bagi mereka agama itu candu walaupun mereka tidak mengaku yang mereka adalah komunis dan kita tidak akan maju jika Tanah Melayu diberi kemerdekaan. Nilai-nilai barat yang dibawa oleh penjajah British adalah yang terbaik dalam pemerintahan dan Islam akan menyempitkan pemikiran bangsa Melayu maka jadilah 'Politik Suku Agama Suku' sebagaimana yang dilakukan oleh Barat. Perkara ini memang diamalkan oleh blok barat dengan berbagai alasan yang tidak munasabah.

Dari elit tertinggi sehinggalah kepada rakyat marhaen, parti Melayu Umno adalah parti yang patut disokong, puja dan di pertahankan demi bangsa Melayu. Umno boleh menipu rakyat marhaen yang puratanya adalah buta huruf tetapi tidak kepada anak-anak mereka yang dapat menilai mana yang buruk dan mana yang baik.Bukan itu sahaja, bagi 'Kaum Tua' hitam kata pemimpin Umno maka hitamlah jadinya dan putih kata pemimpin Umno maka putihlah jadinya.

Bukan setakat itu saja, para pembangkang yang menyelongkar perbuatan jahat Umno akan dituduh sebagai komunis dan para pemimpinnya akan dipenjara kan oleh penjajah British setelah parti yang mewakili umat Islam/Melayu diharamkan. Rakyat marhaen tahu pemimpin yang ditahan itu bukannya calang-calang pemimpin kerana mereka semua bertaraf alim-ulama dan ustaz-ustaz. Tetapi kerana media dikawal oleh Umno, maka macam-macam propaganda dilakukan demi membenarkan segala kejahatan dan kezaliman mereka dilenyapkan untuk paparan di akhbar kawalan mereka.

Di mana Perginya Raja-Raja Melayu

Apabila keluhan rakyat marhaen tidak sampai kepada pemimpin elit Umno, hatta Jkkk yang dilantik pun membangkul sampahkan surat-surat yang dihantar. Hanya Raja dan Sultan sahaja jalan terakhir untuk rakyat mengadu tetapi bolehkah rakyat marhaen untuk berjumpa dengan mereka. Jangan kata nak jumpa sebelum jumpa pun rakyat terpaksa menghadap gate yang dikawal rapi, terlepas yang pertama rakyat akan berdepan satu lagi halangan (pengawal) dengan berbagai soalan.

Selepas dua dua pondok berjaya di lepasi terpapar sebuah lagi pondok pengawal yang lebih besar dan disoal lagi oleh pengawal yang menjaganya. Kelegaan melepasi 3 pondok pengawal terus hilang apabila masih tersergam satu lagi pondok pengawal yang lebih besar dengan pengawal yang lebih ramai lagi. Di pondok terakhir inilah rakyat marhaen akan disoal seperti seorang penjenayah. Kalau boleh lepas dari pondok ke4, pasti ada sedikit kelegaan pada rakyat yang ingin berjumpa dengan Raja mereka.

Apa kan daya ingatkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Rakyat terpaksa berhadapan pula dengan kaunter pertanyaan dengan berbagai soalan, antaranya ialah 'adakah encik sudah buat temu janji dengan pegawai perhubungan. Betapa luluhnya hati rakyat marhaen yang terpaksa mengorbankan sehari semata-mata ingin berjumpa Raja dan mereka hanya ingin bertanya satu soalan sahaja.

Apakah raja-raja melayu merasakan yang mereka cukup berkuasa sehingga sanggup membuli rakyatnya sendiri. Mungkin mereka merasakan kuasa yang mereka ada itu boleh berhujah dengan Mungkar dan Nangkir a.s. apatah lagi dengan pingat-pingat dan gelaran yang tersemat di dada mereka cukup untuk Munkar dan Nankir a.s. memberi pelepasan yang istimewa buat mereka. Mereka merasakan gelaran di belakang nama mereka yang bergelar mutawakilullah, marhumalullah atau apa sahaja sebagai tiket terus ke Syurga tanpa di hisab.

Selepas pemimpin Umno, Raja-Raja Melayu mengambil tempat kedua mempermain-mainkan hukum Allah s.w.t. Sebenarnya mereka mempunyai kuasa untuk menegakkan hukum syariah kerana mereka adalah ketua bagi agama Islam. Alasan yang ia bercanggah dengan perlembagaan negara adalah satu hujah yang dangkal. Realitinya mereka sendiri tidak mahu hukum Allah terlaksanan kerana jika ia terlaksana maka mereka tidak boleh mabuk-mabuk, berjudi, melakukan projek pintu belakang, mereka dan kerabat tidak akan terlepas dari diadili dengan hukum Allah ini.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...