Translate

Mesti Baca

Isnin, 8 Oktober 2012

Oh Rajaku....

Pasal itu gua cukup bengang dengan Raja-Raja Melayu yang tidak dapat mengawal diri dan keluarga sendiri. Lu kena ingat, lu tu Ketua Agama. Jika lu tak mampu lepas ajer jawatan sebagai Raja atau Sultan daripada mengaibkan Islam. Bila orang tegur lu, lu kerah para pencacai lu buat demo dan report polis. Adakala gua sokong dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak tentang demo baru-baru nih, beliau kata buang masa jer. Gua boleh kata ayat tuh memang dituju kepada pencacai-pencacai Raja macam Perkosa dan Beras Jati. Kalau Ketua Agama sendiri berkelakuan macam tuh, apa yang rakyat boleh harapkan lagi...!!!
Mungkinkah ini seorang Raja Melayu atau Ketua Agama Islam Negara?
Rakyat Malaysia bergama Islam mengecam pelbagai unsur LGBT yang cuba mempengaruhi sosial masyarakat secara amnya. Pelbagai usaha dan pendekatan diambil bagi memastikan unsur LGBT ini tidak terus dipengaruhi generasi muda. Garis panduan mengenal pasti  LGBT juga pernah dikeluarkan walaupun ianya tidak diperakui oleh pihak kementerian tetapi hakikatnya LGBT merupakan suatu yang "taboo" bagi Negara Islam seperti Malaysia.

"KAMI BERSYUKUR BOLEH MENCIPTA SEJARAH DI MALAYSIA"

Jika bersifat Gay itu sendiri adalah sesuatu yang yang jijik bagi bagi masyrakat Islam dan kita sering runsing akan perkembangan pengaruh ini di kalangan generasi muda.Umat Islam amat tidak suka sifat seorang gay ini kerana kita diajar dalam Al Quran bagaimana umat Nabi Luth menerima bala dan sudah pastinya kita juga sedar ianya sifat yang dikeji oleh Allah SWT.

Pelbagai bukti terus diceritakan akan perihal umat Nabi Luth ini yang sekarang ini kita lebih mengenali mereka dengan nama lebih menarik iaitu kumpulan LBGT dan mereka tidak dikenali lagi sebagai umat Nabi Luth. Apakah kesudahan nasib Umat Nabi Luth?


Namaku AMIR
Tetapi pernahkah kita terfikir apa pula reaksi kita apabila Ketua Agama Islam juga meminati aksi dan sifat seorang gay? Ada juga manusia yang tidak LGBT tetapi mungkin juga mereka meminati aksi-aksi LGBT dan akhirnya mereka mencuba aksi itu dengan penuh perasaan. Adakah ini petanda kearah LGBT kerana mencuba aksi mereka? Mungkin petunjuk ini mampu memberi kita sedikit panduan..

Pertubuhan seperti JATI & PERKASA yang dengan lantang mengkritik pelbagai  program program LGBT adalah sikap yang harus dipuji.. Kerana mereka inilah yang berani mempertahankan konsep Islam, Melayu & Raja.Begitu juga golongan ulamak parti politik, Majlis Agama Islam dan sebagainya dan mereka terus berjihad menentang LBGT kerana pengajaran dari musibah mala-petaka umat Nabi Luth.
Tetapi beranikah mereka berjuang demi Islam, Melayu & Raja bagi memastikan ianya tidak dicemari anasir Arak,Maksiat & sifat LGBT? Beranikah mereka menghimpunkan umat Islam & Melayu dalam menuntut seorang raja yang betul-betul bersifat seorang Islam & Melayu sahaja dijunjung martabatnya sebagai seorang Raja?


Banyak NGO Islam di Malaysia yang jelas menentang LGBT, tetapi dalam masa yang sama Raja kita pula meminati kasi LGBT..



Memiliki institusi diraja adalah sesuatu yang unik. Banyak negara memiliki sistem diraja namun setiap raja itu harus hidup mengikut budaya dan agama mereka kerana mereka lambang umat negara tersebut. Begitu juga di Malaysia, institusi diraja adalah sesuatu yang unik namun memiliki seorang raja yang yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik ini lah yang merosakan institusi diraja itu sendiri. Seharusnya raja menghayati sifat yang dikehendaki oleh Allah SWT dan menabur bakti kepada rakyat bukan sebaliknya.

Ini adalah beberapa koleksi gambar majlis suka ria diraja yang menggayakan gaya-gaya LGBT dan menariknya adalah Ketua Agama Islam/Raja Melayu nampak amat suka pada gaya-gaya LGBT. Bayangkan, jika mereka ini hadir ke masjid dalam majlis perasmian dengan gaya sepeeri itu? 

Seperti dijanjikan inilah pendedahan Raja yang menghayati jiwa LGBT...dan kita pula terus menghayati Raja yang memkhianati Agama & Bangsa..


Beranikah Majlis Agama Islam, Persatuan Ulamak & Mufti menegur dan mengkritik sifat ini demi menjaga nama baik Islam dan tidak malukah merekah berketuakan Ketua Agama Islam yang melakukan segala maksiat dan mereka menjunjung duli dan perkenan dalam segala urusan berkaitan Islam di bumi Malaysia.


Gaya LGBT  dijiwai dengan penuh perasaan..


Gambar ini terpaksa di "edit" kerana nampak bahagian sulit..
Aksi ciuman yang memalukan Islam oleh Ketua Agama Islam


"Menjilat seorang lelaki juga dengan air arak disimbah pada perut lelaki tersebut"
Aksi-aksi bersama rakan rakan..wanita sesama wanita..




Arak juga kegemaran mereka...



Apalah nasib apabila manusia seperti ini diangkat sebagai Ketua Agama Islam atau suatu hari nanti bakal menjadi Yang Dipertuan Agong. Kita akan mendaulatkan mereka dengan sembah takzim dan puji pujian yang melangit tetapi mereka inilah memiliki sifat jijik yang kita tidak ketahui kecuali kebenaran terus dipaparkan demi memastikan mereka berubah atau rakyat akan mengubah segalanya.

Seharusnya seorang raja itu bersifat dengan sifat-sifat yang mulia di sisi agama dan bangsanya bukan sebaliknya. Adakah salah jika rakyat bersura menentang sifat keji mereka dan ini tidak bermaksud Malaysia kearah republik. Kita tidak harus terus menjadi hamba sistem diraja kerana kita berhak bersuara.  

Seorang raja yang bersifat mulia harus dipatuhi dan raja yang menzalimi dan mengkhianati kepercayaan rakyat dan agamanya tidak harus dibiarkan kerana mereka manusia yang bertopeng dihadapan rakyatnya.
Lihatlah kebenaran yang pahit untuk ditelan tetapi inilah mereka dibelakang rakyat yang sentiasa mendoakan dan menjunjung mereka sebagai seorang raja. Sumber

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok simpan gambar ni... bila ditabalkan nanti pakat sebar seluruh Malaysia baru gempak... Nanti kata super impose plak

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...