Translate

Mesti Baca

Khamis, 25 Oktober 2012

Krisis Istana Johor (Bhg 2)

Kamal Hisham  

An-nisaa
{7} لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Dikala seluruh rakyat Negeri Johor sedang sibuk mengadakan tahlil-tahlil di masjid dan surau, rakyat berkabung menghormati Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat. Saya tidak menyangka disebabkan cara saya seolah-olah tidak mahu mengikut arahan atau cuba mengelak dari melakukan apa yang diminta oleh Sultan Ibrahim berkaitan dengan harta peninggalan ayahandanya, Sultan Ibrahim telah cuba membuatnya secara "senyap" untuk melakukannya sendiri tanpa pengetahuan saya dengan menyuruh Dato' Ali Musa menulis surat kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memindahmilik nama pendaftaran pesawat-pesawat milik bapanya secara "back-dated" iaitu tarikh dikebelakangkan kepada namanya. Tiada siapa yang tahu wujudnya percubaan untuk mengenepikan hak-hak waris lain dengan cara "menipu" dan meletakkan tarikh kebelakang walaupun sangat jelas dan nyata bahawa pada tarikh kemangkatan Sultan Iskandar (22 Jan 2010) semua pendaftaran pesawat-pesawat tersebut adalah didaftarkan atas nama Sultan Iskandar.

gambar sekadar hiasan
gambar sekadar hiasan
Namun pada akhir bulan February kira-kira sebulan selepas kemangkatan, pihak DCA difahamkan enggan dan tidak mahu mendaftarkan secara "back-dated" kerana mereka percaya untuk tujuan pendaftaran memerlukan dokumen-dokumen sokongan bahawa wujudnya "titah" dan dokumen undang-undang berkaitan bagi membolehkan pendaftaran pesawat-pesawat itu dibuat oleh pihak DCA.


Inilah surat yang telah dikeluarkan disaat rakyat dan keluarga DiRaja diselubungi kesedihan .

Surat bertarikh 4 Feb 2010
Rujukan (32) dlm PBDR 9/6 jld. 1

Kepada;

Director of Airworthiness
Dept. of Civil Avaition Malaysia
Level 2, Block Podium A Lot 4G4
Presint 4
Federal Goverment Administration Centre
60250 Putrajaya

(U/P: Dato' Hj. Suhaimi Abd. Ghani


YB. Dato;

PENDAFTARAN PINDAHMILIK PESAWAT UDARA

Dimaklumkan adalah saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar yang titahkan kepada saya pada 12 Oktober 2009 telah berkenan bahawa semua pesawat udara yang disenaraikan di Lampiran ini dipindahmilikkan dan didaftarkan kepada DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar yang kini adalah Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta'zim..............


Adalah Saya yang menjungjung titah

ditandatangani oleh

(BRIG JEN (B) DATO' ALI BIN HJ. MUSA)
Pengelola Bijaya DiRaja
Johor. 

(Surat asal tidak dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu).


Barulah pada masa itu saya mendapat tahu bahawa wujudnya percubaan awal yang gagal untuk mendaftarkan pesawat-pesawat secara "back-dated". Saya telah dipanggil untuk mengadap bagi membincangkan perkara ini setelah pihak DCA enggan mendaftarkannya. Namun saya tetap berpegang pada pandangan profesional saya sebagai seorang peguam bahawa kesemua pesawat dan harta yang masih di atas nama Almarhum Sultan Iskandar sewaktu kemangkatannya perlulah dimasukkan kedalam senarai harta-harta untuk pertimbangan pembahagian secara faraid dan semua waris-waris lain perlu dimaklumkan tentang situasi ini.


Saya masih ingat bagaimana saya di templak dan dimarah apabila memberi pandangan tersebut di depan beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor. Saya terus berkata Sultan Johor jika beliau tidak berpuas hati dengan pendapat saya, saya boleh bawa beberapa peguam lain untuk memberi pandangan tentang perkara ini. Akhirnya pada petang hari yang sama, saya telah membawa beberapa orang peguam ke Istana dan mengadap Sultan Johor untuk memberikan pendapat mereka. Kesemua mereka telah memberi pandangan yang sama bahawa mengikut undang-undang, harta-harta tersebut perlulah melalui proses pembahagian secara faraid.


Selang beberapa hari kemudian, kalau tak silap saya pada 1 March 2010 secara tiba-tiba saya diarah untuk mengadap Sultan Johor dengan tiba-tiba. Sebaik sahaja saya menerima arahan tersebut, saya terus bersiap dan turut mengajak rakan kongsi saya Abdul Aziz Jaffar Sidek untuk ikut sama ke Istana. Apabila tiba di Istana saya telah diminta secara "tegas" supaya membuat dokumen-dokumen sokongan bahawa konon wujudnya "titah" dari Almarhum Sultan Iskandar pada tarikh 12 Oktober 2009 (iaitu tiga bulan sebelum tarikh kemangkatan) untuk "menghadiahkan" semua pesawat-pesawat tersebut kepada Tunku Ibrahim (Tunku Mahkota pada masa itu).


Sebagai seorang profesional dan seorang Islam yang telah mendapat pendidikan agama hingga ke Darjah Khas Sekolah Agama Johor dan sebagai seorang peguam dari University Malaya serta seorang yang mendapat biasiswa dari Sultan Iskandar untuk pengajian peringkat saujana (master) di Amerika Syarikat (melalui Yayasan Temenggong), saya terus beristigfar kepada Allah dan meminta agar Sultan Johor tidak melakukan perbuatan ini kerana ianya menyalahi dengan hukum-hukum Allah serta undang-undang Negara. Saya telah memaklumkan dengan jelas yang saya tidak sanggup untuk melakukannya dan meminta Sultan Ibrahim membatalkan niatnya itu.


Sultan Ibrahim telah menjadi berang dan murka kerana keengganan saya mengikut arahannya. Pada masa itu saya telah diberi amaran bahawa saya akan menerima akibat disebabkan keengganan saya ini. Suasana menjadi semakin tegang apabila ada beberapa pegawai lain yang cuba mengapi-apikan Sultan Ibrahim bahawa saya lebih menyebelahi keluarga ibu tiri Sultan Ibrahim iaitu Sultanah Zanariah. Saya tetap dan terus bertegas menyatakan bahawa saya hanya boleh melakukan perkara yang saya percaya betul mengikut undang-undang dan saya juga tidak mahu bersubahat di dalam perkara yang saya percaya adalah satu "penipuan".



Namun untuk meredakan keadaan tegang pada masa itu saya telah bertanya jika benar wujudnya "titah" secara lisan atau ada dokumen yang berkaitan. Saya minta ianya diberikan kepada saya untuk saya kaji permintaan Sultan Ibrahim itu. Sultan Ibrahim telah menjawab "kau jangan risau Kamal, aku boleh minta Ali Musa dan Ungku Yusoff tanda tangan apa saja. Mereka tak degil macam kau. DOKUMEN-DOKUMEN BOLEH DIBUAT BARU, apa dokumen yang kau nak"


Apa yang sangat memeranjatkan saya pada ketika itu, secara tiba-tiba Abdul Aziz Jaffar Sidek telah bersuara dan berkata bahawa dia telah menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan yang dikenali sebagai "Deed of Declaration of Gift" (DDG) pada pagi sebelum saya diarahkan mengadap Sultan Ibrahim. DDG adalah document yang cuba diwujudkan untuk menunjukkan bahawa Almarhum Sultan Iskandar telah  memberikan "hadiah" semua pesawat-pesawat tersebut kepada Tunku Ibrahim (Sultan Ibrahim) sebelum kemangkatanya walaupun saya secara peribadi tidak pernah dimaklumkan oleh Sultan Iskandar mahupun pihak Istana. Di dalam keadaan terperanjat saya telah bertanya kepada Aziz macam mana beliau mengetahui bahawa pada majlis mengadap hari ini isu berkenaan pesawat akan dibincangkan sedangkan sayalah yang mengajaknya untuk menemani saya ke Istana. Dia menjawab bahawa dia telah mendapat panggilan telefon dari Accountant Sultan Ibrahim yang bernama Ong Eng Leong untuk menyediakan dokumen tersebut dan Ong berjanji akan memaklumkan kepada saya tentang arahan itu.

Saya pun meminta untuk membaca dokumen-dokumen tersebut yang pada mulanya apabila membaca muka surat 1 dan 2 saya berpendapat mungkin ini boleh menyelesaikan "masalah" walaupun antara tarikh dokumen-dokumen itu  telah dikebelakangkan. Namun apabila saya membaca sehingga muka surat akhir, saya mendapati bahawa tandatangan di muka surat belakang bukanlah tandatangan Sultan Iskandar yang SAH (tandatangan dibahagian yang sepatutnya ditandatangani oleh Sultan Iskandar telah ditandatangani oleh Dato' Ali Musa bekas askar pencen).


Saya pun terus meletakkan semula di atas meja dan mengatakan dokumen-dokumen ini tidak SAH dan tidak boleh digunakan. Sewaktu dokumen-dokumen DDG itu dikeluarkan oleh Aziz, saya percaya rancangan "mereka" adalah untuk meminta saya menurunkan tandatangan sebagai saksi untuk menyaksikan kedua-dua tandatangan di dokumen tersebut. Apabila saya menegaskan bahawa saya bukanlah peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak boleh menurunkan tandatangan saya sebagai saksi. Saya telah bertanya kepada Sultan Ibrahim kenapa tidak diminta sahaja Abdul Aziz Jaffar Sidek peguam yang membuat dokumen tersebut untuk menurunkan tandatangannya sebagai saksi kerana ianya lebih mudah sebab Aziz akan mengikut apa sahaja arahan Sultan. Sultan Ibrahim telah menjawab "kalau aku suruh Aziz adik-beradik dan waris-waris lain tentu tidak percaya kerana dokumen ini dibuat secara back dated dan pasti mereka akan mempertikaikannya. Sebab kau bapak aku percaya dan semua adik-beradik tau kau rapat dengannya dan mereka tak kenal Aziz, KAU NAK TURUNKAN TANDATANGAN INI ATAU TIDAK KAMAL..!". Suaranya menjadi semakin kuat. Saya semakin ditekan pada masa itu. "Kau mesti tandatangan sebagai saksi. Aku memang dah lama berdemdam dengan kau sejak zaman bapak aku lagi. Kalau kau nak selamat Kamal, kau jangan cari pasal. Kau tau apa aku boleh buat. Aku boleh musnahkan masa depan kau. Aku boleh jadikan kau merempat jika aku mau atau jadikan kau meringkuk dalam penjara."


Di dalam suasana tersebut saya hanya berserah kepada Allah dan memohon petunjuk dari-Nya agar dapat melalui ujian Allah ini dengan berani dan tabah. Akhirnya saya menjawab bahawa saya "hanya" boleh bersetuju menurunkan tandatangan sebagai saksi di dokumen DDG itu, tetapi dengan syarat tandatangan saya bukan sebagai peguam kerana saya tidak bersetuju dengan isi kandungan dokumen tersebut dan saya hanya akan turunkan tandatangan sebagai seorang pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan tandatangan dibuat di hadapan saya kerana seorang Pesuruhjaya Sumpah tidak perlu mempersoalkan apa isi kandungan dokumen yang dibuat. Fungsi saya sebagai Pesuruhjaya Sumpah hanya menyaksikan siapa  yang menangani dokumen itu menurunkan tandatangan secara sukerala sahaja. Sultan Ibrahim pun berkata "macam tu pun ok, senang aku nak cakap kat orang lain jika ia dipertikaikan"

Inilah dokumen Deed of Declaration of Gift yang telah ditandatangani pada 1 March 2010, tetapi telah diletakkan tarikh yang dikebelakangkan iaitu pada 2 November 2009. Dokumen ini telah metrai setem pada 3 March 2010.

Klik untuk lebih jelas
 
Setelah dokumen-dokumen ini ditandatangani Sultan Johor mengarahkan Abdul Aziz Jaffar Sidek dan Ong Eng Leong untuk menghantar dokumen tersebut bagi disetemkan. Selepas dari itu saya telah difahamkan bahawa pihak Dato' Ali Musa telah berurusan dengan pihak DCA bagi menghantar dokumen-dokumen sokongan yang telah disaksikan oleh saya dan juga ditandatangani oleh Dato' Ali Musa serta Ungku Yusof. 

Surat Sumpah oleh Dato' Ali Musa yang dibuat dihadapan saya selepas tarikh kemangkatan.
Klik untuk lebih jelas

Surat Sumpah oleh Ungku Yusoff yang dibuat dihadapan saya selepas tarikh kemangkatan.
Klik untuk lebih jelas
Aku janji yang dibuat oleh Dato' Ali Musa dan Ungku Yusoff bertarikh 1 March 2010
Setelah menerima dokumen sokongan ini barulah prosedur seterusnya dibuat dan ditandatangani oleh pihak Sultan Johor dan pihak Peguam Negara. Sekiranya tiada dokumen sokongan ini saya percaya pihak DCA tidak akan membenarkan pendaftaran pindahmilik secara "back-dated". 

Saya kesal kerana tersepit di antara ketaatan kepada Allah dan tekanan dari seorang Sultan. Saya berserah kepada Allah agar mengampunkan saya sekiranya saya bersalah menyaksikan tandatangan yang saya sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan "menipu". Hanya Allah sahaja mengetahui bagaimana tekanan-tekanan, paksaan, cacian, herdikan, templak, makian dan sumpahan yang telah dilemparkan kepada saya. Saya hanya percaya kepada Allah dan Allah tau kebenaran saya. Namun secara peribadi saya bangga kerana saya rasa inilah perkara yang terbaik pernah saya lakukan didalam hidup saya walaupun saya terpaksa "bermusuh" dengan seorang Sultan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Raja adil raja disembah..raja zalim raja disanggah!!!..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...