Translate

Mesti Baca

Ahad, 14 Oktober 2012

Bebaskan Malaysia Daripada Najib a.k.a. Rosmah a.k.a. Umno a.k.a. Bn.


Malaysia kini terbahagi kepada dua – satu Malaysia untuk Perdana Menteri dan isteri beliau sementara satu lagi untuk rakyat bawahan.

Gejala ini menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa kepada satu keadaan di mana golongan elit pemerintah bebas melakukan apa sahaja termasuk merampas harta rakyat tanpa disabitkan dengan undang-undang negara manakala golongan rakyat biasa ditindas dan dikenakan hukum walaupun untuk kesalahan yang kecil.

“Umno bercakap pasal Melayu dan mempertahankan Islam tapi ahli keluarga pemimpin Umno, Mirzan anak Dr Mahatir bukan setakat botol arak, kilang arak terbesar di Filipina, San Miguel, dibeli tetapi di mana ustaz Umno rakyat nak tanya. Kenapa senyap?

“Tetapi apabila tiga gadis Melayu minum arak mereka disebat, dikenakan tindakan. Kalau nak laksanakan hukum syariah tidak ada diskriminasi, ini kalau puak kaya Umno minum arak sampai muntah kedarah, beli kilang arak tidak apa, rakyat biasa miskin buat salah sikit hukum, kenakan tindakan undang-undang. Hukum apa ini? Sebab itu kita katakan ada dua Malaysia – satu untuk Najib dan Rosmah dan satu lagi Malaysia untuk rakyat miskin yang boleh dipijak, ditindas.

“Kes qazaf begitu juga, sanggup ustaz Umno nak lawan supaya kes qazaf ini tidak di bawa ke mahkamah syariah. Islam jenis apa yang mereka perjuangkan? Malah fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pun puak-puak ni nak lawan dan perlecehkan, mereka ini memang sejahil-jahil manusia,”

Di bawah pentadbiran Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membawa banyak perubahan serta membela nasib rakyat miskin tetapi telah disabotaj oleh Umno dan Barisan Nasional.

“Di Parlimen kita nyatakan senarai tanah yang diluluskan kepada pekebun Cina dan juga Melayu dan India. Adalah fakta ini dilaporkan oleh akhbar seperti Utusan? Mereka tuduh kita ejen Cina dan kita dengan cakap DAP di Perak tetapi mereka tidak laporkan kita beri tanah kepada Cina miskin tetapi kita juga beri tanah lebih banyak kepada Melayu miskin.

“Umno beri gunung di Genting kepada tauke judi nombor satu, Lim Goh Tong, kenapa tidak bersuara? Lepas itu beri Bukit Tinggi kepada tauke judi nombor dua pula, Vincent Tan, ustaz, pemimpin Umno tak bising pun, pulau diberi kepada jurtwan Cina, Francis Yeoh, kenapa Umno senyap. Mereka ini bukan Cina ka?

“Umno kata dia pejuang Melayu tapi Melayu jenis apa? Hanya untuk kroni dan kauk keluarga mereka. Keluar senarai Melayu terkaya di Malaysia, kita tengok yang tersenarai Syed Mokhtar, seorang kroni Umno, lepas tu nama Nazir, adik Perdana Menteri dan juga Mokhzani anak Dr Mahathir. Ada kita lihat nama orang Melayu biasa dalam senarai tersebut? Semuanya anak beranak pemimpin dan kroni Umno.

“Begitu juga dengan Ketua Pemuda Umno, berapi-api kata pejuang Melayu dan tuduh kita dengan bermacam-macam fitnah tapi umur baru 30 tahun sudah ada beratus-ratus juta. Mana dapat semua wang itu?,”

Kes beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan menjadi anggota Bebas yang kita anggap telah mengkhianati kepercayaan dan amanat rakyat.

“Bagaimana mereka tergamak mengkhianati amanat rakyat. Rakyat menyokong mereka dengan keringat dan airmata kerana yakin mereka akan membawa perubahan di bawah Pakatan Rakyat. Disebabkan oleh tekanan dan pujuk rayu Umno dan BN mereka sanggup tinggalkan perjuangan dan bersama-sama bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perasuah. Macam mana mereka boleh tunjukkan muka mereka kepada rakyat?

“Negara kita tidak lagi selamat. Baru-baru ini Menteri Pertahanan Zahid Hamidi kata ada kakitangan kementerian beliau terlibat jual rahsia keselamatan negara tapi tidak mengapa mereka bukan pengkhianat sebab sudah dipulihkan. Begitu juga beli kapal selam ambil komisyen RM540 juta akhirnya kapal selam tak boleh menyelam, beli jet Sukhoi komisyen RM400 juta, beli jet F5-E enjin boleh hilang. Umno tidak lagi boleh menjaga keselamatan negara kerana terlalu banyak rasuah dan penyelewengan sebab itu mereka serang kita tidak henti-henti kerana kita dedahkan segala keburukan mereka kepada rakyat,” 

“Misi kita ke Putrajaya adalah ‘unstoppable’, tidak boleh dihalang atau disekat lagi. Ini diyakinkan dengan kenyataan bahawa 49.7 peratus pengundi Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU 2008. Kita harap bermula di Perak kita akan ambil kembali Perak pada pilihan raya akan datang dengan kemenangan lebih besar dan begitu juga dengan kerajaan pusat,” kata beliau.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar bermandi darah sekalipun..aku ttp akan pangkah PR pru nanti..mampos ko Umno!!!

Tanpa Nama berkata...

BABIIIII NAJEEEB! BARUWAAA NIK AZEEEZ! DAJJJJJALLL ANNUWARR! ROSMAHHH....ROSSMAHHH...CUN SIOT!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak tahulah... kalu tak umno dimana perginya melayu??? Adakah digunung Everest,motor gp,angkasa lepas, DLL... Kalu tak umno dimana melayu sekarang??? Bawak BMW,alfaz,Toyota,proton dll... kalu tak umno dimana melayu bina masjidnya... kalu tak umno dimana jemaah haji Malaysia berada???... kalu tak umno... Dimana melayu jika semua teknologi kita guna... Nak blog pun silap haribulan pergi luar negara belajar... kalu nak Tanya pakatan belanjawannya itu hanya utk pru 13 atau selamamya.... boleh beri ke pekerja 7e Gaji minimun 1100..sedangkan 900..... 7e tak tunaikan sampai sekarang... Cuba Tanya pakatan... Berapa lama Janji belanjawannya nak dikekalkan Dan dimana plak hasil nak diperoleh jika minyak dh habis... Dan dimana plak duit nak baiki infranstuktur rosak akibat bencana alam.... N ekonomi jatuh....jangan cukai naik sudah... Dan Cuba kira 5x500 gaji biasa.. 5x1100 gaji minimun.. agak2 ada ke syarikat tak dinaikkan harga barang...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...