Translate

Mesti Baca

Selasa, 30 Oktober 2012

Bagaimana Hukum Hudud Dilaksanakan.

Buat masa ini gua tidak dapat mengulas tentang Hukum Hudud yang amat ditakuti oleh pemerintahan Najib/Rosmah dan kerana itulah beliau menggunakan paksinya CSL, presiden MCA yang sudah diketahui akan ilmunya terhadap Hukum ini. Umno tahu jika mereka mengeluarkan kenyataan ini maka lebih cepat beliau dan Rosmah akan dihumbangkan dari Istana Besar mereka di Putrajaya. So.... lu sendiri baca dan sendiri fikir ler. Jangan pula nak memandai-mandai memberi hujah bodoh lagi sombong nih.

Bagaimana CSL boleh menuduh yang hukum itu adalah hukum PAS jika ia adalah tarbiah daripada Umno. Jika itu adalah hukum Hudud PAS, solat yang didirikan oleh orang PAS pun adalah solat PAS, begitu juga dengan zakat, korban dan lain-lain lagi amalan yang dilakukan oleh orang, Maka orang Umno yang hebat ilmu Islam mereka akan memfatwakan segala apa yang dilakukan oleh PAS tidak boleh diikut kerana ia boleh menjatuhkan akidah Najib/Rosmah, anak Nazri yang kaki mabuk, para pemimpin Umno yang rata-rata menyimpan seorang dua 'Wanita Panggilan'. Hukum yang PAS rangkakan boleh menjejaskan rasuah yang mereka terima secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan (yang nih jarang berlaku kerana akan timbul banyak masaalah mereka berjoli). Sila lu baca kat bawah ini.......

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.

Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengantakzir (discretionary punishment).(Mantan Mufti Perlis Dr Asri)

Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :
Si pesalah di tanam separuh badan.
Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.
Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.
Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.
Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.
Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.
Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).
“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)
Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.
Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.
Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.
Kedua-dua pesalah telah dipancung.

Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi. Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.
Di Aceh

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah hal adzim, gambar rejaman menunjukkan kegagalan mereka melaksanakan hukuman sesuai dengan anjuran Islam.

Lihat saiz batu yang digunakan. Yang dianjurkan oleh Islam ialah batu-batu kecil, bukannya batu bersaiz batu-bata. Moga-moga Allah mengampunkan mereka diatas kesilapan ini dan memberikan mereka pemahaman yang sebenarnya.

Bagaimanakah orang-orang yang jahil tentang hukum agama boleh melaksanakan hukum ? Inilah dia antara sebab pelaksanaan hukum hudud dipandang serong. Lain yang disuruh buat, lain pula yang dibuat.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong hudud..tapi pelaksanaannya wajib penuh dgn bijaksana dan penuh tatatertib..aku yakin negara kita mempunyai ramai ahli2 ulamak yang arif tentag hukum ini..allah yang mencipta kita..allah jua lah yang menetapkan segala hukum untuk kita..kita sbg hamba wajib akur dgn hukum allah..siapa lah kita menongkah arus melawan hukum dari allah..sedangkan udara yang kita sedut..makanan yang kita makan..air yang kita minum..nikmat anggota tubuh badan..semuanya dari allah..

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Gua rasa artikal ini perlu difahami dengan betul dan caranya ianya dilaksanakan bukannya 100 peratus tepat sebagai contoh hukuman rejam apa yang difahamkan...
1- Saiz batu adalah jamrah/batu-batu kecil sebesar biji kacang.(Tentang saiz batu ada kekhilafan)
2- Tiada jarak ditetapkan.
3- Pesalah tidak perlu ditanam.
4- Dilaksanakan ditempat awam agar semua orang berpeluang melontar batu itu.

Noor Azreen Ben Abon berkata...

Hukum hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...