Translate

Mesti Baca

Selasa, 23 Oktober 2012

Apa Yang Gua Ingat Tentang Kelantan.

 

Apabila PAS berjaya merampas Kelantan daripada BN pada 1990, gua berada di Marang membantu jentera PAS walau pun gua bukan ahli PAS. Gua membantu atas dasar perjuangan Islam yang mana bagi gua hanya PAS sahaja parti yang bergerak kearah itu. Kami bertakbir setiap kali paparan di TV menunjukkan kemenangan demi kemenangan berpihak kepada PAS Kelantan.

Apa yang gua tunggu bukan sahaja kemenangan PAS tetapi gua ingin melihat bekas YB Umno Kelantan yang tewas bersumpah akan bersunat sekali lagi sekiranya PAS berjaya menawan Kelantan. Doa bekas YB tersebut tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t. kerana beliau memang seorang munafik sebagaimana doa Abu Jahal semasa Perang Badar. 

Bekas MP Umno Kelantan terus menghilangkan diri kerana takut kepada tok mudin yang akan menyunatnya untuk kali kedua. Mungkin beliau lari ke Siam sehingga orang akan melupai akan sumpah yang telah beliau dan gua jamin orang Kelantan tidak akan melupai akan sumpah bekas MP Umno nih. Gua tak mahu menyebut namanya dan kawasan mana beliau tewas. 

Inilah standard pemimpin Umno celaka yang merasakan mereka lebih hebat dari Allah dan Allah membayar sumpahnya dengan tunai. Kisah ini sama dengan cerita era 60 an ketika kerajaan PAS yang daif kerana sekatan ekonomi oleh Umno celaka berjanji untuk membina jambatan Sultan Yahya. Ada seorang pemimpin kaum Ibu Umno bersumpah akan berlari telanjang jika kerajaan PAS Kelantan berjaya membina jambatan tersebut. Dengan izin Allah, jambatan itu berjaya disiapkan dan pemimpin kaum Ibu hilang tanpa khabar berita. 

Ini sekadar cerita pahit maung PAS Kelantan ketika diberi kepercayaan untuk memerintah. Walau pun berbagai sekatan dikenakan, PAS Kelantan tetap berjaya membangunkan Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tahniah gua ucapkan kepada PAS Kelantan kerana berjaya mempertahankannya selama 22 tahun. Membangun bersama Islam... 

TG Nik Aziz pernah tolak jadi MB - Presiden PAS
 
KOTA BHARU: Hari ini genap 22 tahun usia kerajaan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Tanggal 22 Oktober 1990 kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah berjaya dibentuk.

DAP diwakili Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty merakamkan ucapan tahniah usia 22 tahun kepemimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Presiden PAS dan pelbagai pihak tidak ketinggalan merakam ucapan sama.

“Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan negeri sehingga melewati tahun ke-22 sekarang,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0 di peringkat Dun.

“Saya masih ingat selepas Umno dan BN berjaya ditumbangkan di Kelantan, Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Nor mengarah diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kota Bharu.

“Ketika itu diputuskan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menerima jawatan sebagai Menteri Besar.

“Namun pada awalnya beliau tidak mahu dan meminta dicari pemimpin lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras supaya beliau menerima juga jawatan Menteri Besar.

“Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia terbukti berjaya sekarang,” katanya pada ceramah perdana sempena ulangtahun ke-22 kerajaan Kelantan di Dewan Jubli Perak malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Lim Kit Siang, Dr Muhd Nur Manuty, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Ceramah tersebut sepatutnya diadakan di padang perdana, namun disebabkan hujan lebat terpaksa dipindahkan ke dalam Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Orang ramai tetap hadir biar pun keadaan hujan yang mencurah-curah di Kelantan sejak Jumaat lalu.

Presiden berkata, kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri ini.

Katanya, Umno mewujudkan juga jawatan JKKK biar pun bidang kuasanya di bawah kerajaan negeri.

“Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat Kelantan untuk terus mempertahankan negeri ini ketika Pakatan Rakyat sedang bergerak ke Putrajaya sekarang.

“Kelantan yang menjadi guru kepada perubahan politik di negeri-negeri lain sekarang mesti terus dipertahankan,” ujarnya.

Sementara Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur menjelaskan DAP tidak pernah berhasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Kristian.

“Mana boleh kerana perkara yang terkandung dalam  perlembagaan sudah jelas,” katanya menjawab isu yang dibangkit media Umno sebelum ini.

Menurutnya juga kejayaan berganda Kelantan termasuk menjuarai Piala Malaysia seakan-akan memberi isyarat peluang Pakatan mara ke Putrajaya semakin jelas.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku masih ingat pru tahun 90 tu..waktu tu aku baru darjah 3..aku mmg buta politik trus..tapi waktu tu aku tahu PAS menang besar dan berjaya menawan kelantan..nak dijadikan citer..ade sorang pencacai umno dekat kg aku siap berak atas poster tgna waktu kempen pru tahun 90..allah maha besar..mamat pencacai tu terkena penyakit berak x henti2..sampai la keluarga diorang hantar gi hospital..nak dijadikan citer lagi..doktor kat hospital tu pun x tau apa punca penyakit mamat tu..last2 mamat tu mengaku dia pernah berak atas poster tgna..org kg pun nasihatkan dia supaya dia gi minta maaf dkt tgna..aku ingat smp skg kisah ni sbb kisah ni memang kecoh gila kat kg aku..skg aku x tau la mamat tu hidup lagi atau da arwah sbb keluarga diorg da pindah dari kg aku..dari kisah ni aku mmg da dpt rasa tgna ni bukan org biasa..dia org alim..org yang dekat dengan tuhan..dan lagi best..pru tahun 2004,2008 aku mmg da pangkah pas tanda aku syangkan tgna dan insya allah pru 13 nanti aku mmg akn pangkah pas!!!takbir...dari anak muda dun kota lama..

Tanpa Nama berkata...

Wah hebat... Patutlah nik Aziz dgn izin Allah s.w.t dilanjutkan lg usianya dr zaman mahathir..Abdullah...sekarang najib masih lg pegang jawatan menteri besar... taksub betoi... Em.. kalu Janji nik Aziz tidak ditunaikan bermakna lebih afdal Dan tak bersalah.. kan Islam menyuruh umatnya melantik pemimpin yg sihat Dr segala segi... korang nak nik Aziz meninggal ketika kerja... Umno pun dh tukar pemimpinnya... Lupa ke Janji nik Aziz nak letak jawatan jika mahathir letak jawatan...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...