Translate

Mesti Baca

Isnin, 20 Ogos 2012

Punca Sebenar Peristiwa 13 Mei 1969, Umno Adalah Dalangnya.

 

 


"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai - parang, kayu, batang besi dan botol...

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar...

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ..."

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

《Semuanya karut》

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu - yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini - mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu - yang disokong oleh polis dan tentera - untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

《Plot menumbangkan Tunku》

Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. 

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara - satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak - 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah 

pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang 
membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa...saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

《Jumlah korban tidak diketahui》

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.

Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".

43 ulasan:

si_pelik berkata...

bodoh....... g la caya kat cina kapir ... si kapir lakhnat gak ko caye....

Tanpa Nama berkata...

KERANA POLITIK SEMATA MATA,SEJARAH ASAL DIPUTARBELIKAN

Tanpa Nama berkata...

Kita putar....

Tanpa Nama berkata...

ape la bangang korang ni.ingat cina nak bela melayu sangat ke.puihhhhh

Tanpa Nama berkata...

kalu cino x provoke melayu x kn mengamuk... kalu dah pendatang tu ... buat cara pendatang... klu rase x boleh... g balik kt chine sinun....

Tanpa Nama berkata...

Kalau cina tak mari sini..u orang melayu semua duduk dalam hutan je makan taik gajah...

kamarul73nks berkata...

Woi tanpa umno memang parti bangsat bukanya nak fikir rakyat hidup susah ke biar harga minyak naik kos sara hidup naik gula naik bil2 naik yang penting hidup melayu kepala butoh kau aku yang ahli dari tahun 1995 dah meluat dgn umno

Tanpa Nama berkata...

kite xley nk slh kn owg melayu or cina je...xsmua owg melayu jht n xsmua owg cina jht,mcm skrg owg melayu taw duet(rasuah) msuk poket je,xpkir psl rakyat lansung,susah ke senang ke,owg cina lak hanye taw menunding jari pade owg melayu je..n owg cina gk nk ambil alih malaysia sbagai negara cina kedua,2 sbb china town berleluasa di mane2 negara dgn perdagangan dieowg,ckit2 dieowg msuk,jd kpd owg melayu kena la igt n jgn mudah lupa,di sbb kn duet(rasuah) 1 negara jd huru hara...;)

Tanpa Nama berkata...

Bodoh korang percaya lq kt penulis bodoh ni...dia pn bkn hidup lg masa tu...sejarah main putar belit fakta jd auta...

Tanpa Nama berkata...

auta smta2..sbb politik mnusia sggup mreka2 crta...tnah ini tnah melayu..

Tanpa Nama berkata...

kenapa nk putarbelitkan fakta sejarah hanya kerana politik???

sewen7 berkata...

selepas 513 1969 puakpuak samseng di malaysia masatu telah pergi mana?fikir fikirlah wahaai malaysian!

Tanpa Nama berkata...

BODO GILAK KAU TOK. MUN X SBB MELAYU BODO, X DAK CINA KAYA RAYA. X SMUA JUAK DAK CINA KAYA RAYA. MELAYU MCM TAIK MAMUT YA BODO TAUK. YG KAU JD PALOI JUAK PAHAL?

Tanpa Nama berkata...

OI BANGANG!!! CINA KAPIR KAH TAU KAU YG KAPIR? ISLAM XDA NGAJAR UMAT NYA NUDUH ORG LAIN KAPIR, HATTA ORG BUKAN ISLAM. G BLAJAR LOK KAU PASAL AGAMA KAU YA. BODOH!

Tanpa Nama berkata...

sya x mau komen lebih2 la ar? tapi mau kasi ingat laa.. olang cina muju sb berdikari..org melayu selepas merdeka kerajaan bantu 100%,kasi subsidi itu ini...ketuanan melayu la konon.(org asli nak letak dmana??)nasib baik dizaman skrg ni sdh ramai melayu yg maju..tapi x kurang juga yg sdh layu kerana kenyang mkn dadah..

Tanpa Nama berkata...

wei korang org melayu ckp bangsa sendiri bodoh......org cina menang pada 13 mei 1969 kat kuala lumpur dia siap buat bena besar besaran,sebesar tiga bijik rumah dia tulis `KITA SAPU ORANG MELAYU HABIS-HABISSAN`.....ni semua parti DAP punya angkara nak memecah belahkan bangsa melayu.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum waramatullahi wabarakatu kepada saudara2 ku islam yng ku cintai dan kasihi....seandainya ada hamba allah yng paling penakut dan paling lemah d muka bumi ini aku lah hamba allah swt itu...wahai saudara ku jangan lah kamu bergaduh dan berpecah belah..islam bersama,kristian bersama,hindu bersama..pupuk lah keamanan dan kedamaian sayang menyayangi lah sesama manusia..elak kan pertelingkahan berganding bahu lah..cinta lah kedamaian dan keamanan..jangan lah kamu d dorong oleh nafsu tamakan kan harta dan kuasa..uruslah negara ini dengan berganding bahu tnpa mengira agama dan bangsa......jangan sia sia kan kedamaian dan keamanan yng masi ada ini.....

Tanpa Nama berkata...

Janji Malaysia Melayu punya jangan nak tolong puji cina dia tak pandang hang pun. Aku anak malaysia kalau ko nak sanjung sangat hang pi duduk kat negara cina hang boleh berjilat dengan dia orang kafir. bodoh punya orang. laknat la ko

Tanpa Nama berkata...

Islam juga tidak mengajar kita memaki dan memanggil seseorang itu dengan perkataan yg tidak elok. ;)

Husain Chua berkata...

apa yang dok sibuk sangat nak perjuangkan bangsa ni. tahu kah kita sejarah makhluk pertama sekali yang perjuangkan bangsa tu adalah iblis laknatullah. apabila di suruh tunduk pada manusia, iblis mengingkari pasal dia rasa bangsa iblis lagi bagus dari manusia. turun pulak kat dunia sementara ni, bani israel pulak perjuangkan bangsa mereka pasal mereka kata mereka lebih bijak lebih bagus dari makhluk manusia yang lain. siapa yang dok perjuangkan bangsa tu sama lah ngan diaorang. kita ni dari satu bangsa je, bangsa adam.

Tanpa Nama berkata...

saya nak tahu fakta sebenarnya?..pembunuhan di Kuala Lumpur tercetus dimana terlebih dahulu?..di pawagan odeon dahulu kah? atau di kg baru?..mohon pencerahan sbb artikel saudara agak tergantung sedikit..tak perlu marah2, saya insan biasa..atau 2 pemuda dari Setapak yang ingin ke Kg Baru dibunuh dahulu?..mohon pencerahan juga..

Tanpa Nama berkata...

komen yang paling bernas dan terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Yg tulis nie mmg bodo. Mcm lh dah wujud dh time .... Korg percaya sgt lh ceter bodoh dye nie.... Kerana politik manusia sanggup me reka2 ceter. Fikir dulu sebelum bertindak!!!

Tanpa Nama berkata...

mmg cina yg mulakan dulu....masa berarak kt kg baharu kl.... diorg kata melayu boleh hidup kat utan... mcm2 lg.... siap halau lg.... kalo anda dicaci maki serta dihalau.... adakah anda akan berdiam.... jangan mudah terpedaya sahabatku...

Tanpa Nama berkata...

http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

baca artikel ni utk rujukan....

Tanpa Nama berkata...

3 parti melayu brtekak..... DAP tepuk tangan.... hahaha... melayu dah berpecah... senang nak amalkan dasar Malaysian Malaysia.... sbb 1 dah jd 3... 2 berpihak kat aku...

Tanpa Nama berkata...

org melayu skrg berpecah belah...org cina babi anak haram tepuk tangan tgk org melayu bergaduh....kt org melayu kena bersatu padu...kekalkan hak2 kt sbgai org melayu...jgn undi cina..sedar la woi....

Tanpa Nama berkata...

x yah bersatulah..... biar DAP pegang parlimen ooo.... itu tanah rezab melayu semua kitorg kasi bikin projek mega ooo.... guna alasan "pembangunan"
confm dapat sokongan punyer....

hak2 istimewa melayu semua tu kasi mansuh maa.... guna alasan "kesamarataan".... apa macam...

rosaceace gurl berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

tp ada org Islam, yg kita tahu kuat agama Islamnya telah mengkafirkan orang sesama bangsa dan agama dgn nya sebagai kafir semata-mata krn tidak sama fahaman politik...

Tanpa Nama berkata...

aku rase org yang tulis ni otak letak kat jubo kot! xpayahla nak buat fitnah sialan! kalo xde umno/ bn aku rase malaysia ni hancur lebur da cina y pegang...ade otak gune ye!budusss

Tanpa Nama berkata...

Istighfar byk..dekatkn diri dgn Allah S.w.T.

osama sardin berkata...

hoiii aku ahli PAS sejak 1970. PAS terpesong jauh dari landasan perjuangan. Sekarang menjadi Parti Ajaran Sesat yg memecah-belahkan umat. Nik Ajis bapak MUNAFIK, Hadi bapak KAFIR.

Tanpa Nama berkata...

Wahai admin blog ini:
Jika anda seorang bangsa melayu mengaku beragama Islam, saya saran anda mengenali dahulu blog malaysiakini dengan lebih mendalam dan terpinci agar anda tidak menjadi manusia mudah membenarkan diri anda diperbodohkan olih musuh islam iaitu yahudi laknatullah. Jika tidak anda salah seorang melayu yang telah pun berjaya diyahudikan mereka untuk menghancurkan Islam Dan negara Malaysia Khasnya. Apa yang anda paparkan disini jauh sekali dari kebenaran, jangan taksub terlalu dengan fahaman sempit anda agar orang lain tidak ditimpa bencana, Nauzubillah...

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti admin ni sengal sbb main copy paste je dari blog lain aka blog PR jugak. Kerana politik sanggup memutar belitkan sejarah. Kalau mcm ni lah sifat dan perangai korang. Memang jadi pak turut bangsa lain lah kau buat selamanya. Sedar lah diri tu sedang dipergunakan.

Tanpa Nama berkata...

bukan masalah pecaye cina kapir ke ape...mai la bwk crita konon pihak melayu umno hgpa skali fakta...maki2 ja apa dpt..BUKTI mana??

Tanpa Nama berkata...

I think you should read this.. This article is original story... http://sayamelayuislam.blogspot.com/2010/08/tragedi-13-mei-1969-kisah-sebenar.html?m=1

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya cina adalah saudara babi yang nyata....datang negara orang buat macam umah bapak kau plak....jangan sampai peristiwa tu berulang disebabkan cina makan babi......CINA BABI

Tanpa Nama berkata...

jgn pecaya dgn cina dok nk pekena melayu je

Tanpa Nama berkata...

Nampak sngt menipu.. dh tntu la pembangkang menang time tu.. sape2 pun bleh fikir.. kalo dh org luar menang kt tanah melayu mase tu dh tntu la jd beruk.. ejek org yg kalah.. bile dh xbleh sabar sngat smpai nk kena halau.. bru la mengamuk.. pastu nk putar belit citer plak..

Syazwan Haziq berkata...

Sbb kena perjuangkan bangsa kita, bangsa melayu sbb bangsa kita satu2 nya bangsa yg klu melayu, mesti islam. Sebab tu kita kena perjuangkan bangsa, perjuangkan bangsa kita maknanya kita perjuangkan islam juga. Sebab melayu itu mesti islam.

Tanpa Nama berkata...

Apa gaduh2..bersatu lah bangsa melayu..jgn jd pak trut kpda bangsa cina yg kafir..nk tgok org melayu jd kuli cina ka..skrang pown dah blambak..tgok pulau pinang la skang..apa jdi..melayu mna duduk..sdar la woii pembangkang. Jgn la jd bdoh d ngra dn tnah air sndri..DAPIg tgu msa sja..

Tanpa Nama berkata...

yg penting umno klau ko laksanakan hukum hudud aq sokong klau tidak aq tak sokong bumi yg kita pijak rezeki yg Allah bgi,air,udara mata telinga byk lagi Allah da bgi kita tak bersyukur tak nak laksanakan hukum Allah. Aq takut nak jawab kat sana kenapa tak laksanakan hukum Allah. Dlm al quran da ade sapa yg tak menjalankan perintah Allah balasannya di akhirat nanti... Allahuakbar..

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...