Translate

Mesti Baca

Sabtu, 25 Ogos 2012

Pakatan Syaitan Adalah Barisan Nasional.


Pakatan Syaitan adalah nama yang sesuai bagi Barisan Nasional sebagaimana kata-kata Maha firaun, 'lebih baik sokong syaitan yang dikenali dari sokong malaikat yang tidak dikenali'. Syaitan yang dikatakan oleh Maha firaun ialah Barisan Nasional dan Umno sebagai tunjang kepada BN (syaitan), maka Umno adalah Iblis.

Apa pula kerja-kerja yang dilakukan oleh Pakatan Syaitan ini ialah memprovokasikan kepada ahli-ahli parti masing-masing. Umno sebagai Iblis akan menabur fitnah terhadap PAS yang mewakili umat Islam dengan tuduhan PAS menjual agama demi untuk bersama dengan DAP. Kononnya PAS sanggup menutup buku tentang 'Negara Islam' walhal PAS tidak pernah menukar dasar parti yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kerja MCA, Gerakan dan MIC pula ialah menakut-nakutkan kaum Cina, India dan bukan Islam akan kekejaman 'Hukum Hudud'. Bukan Islam dimomokkan yang mereka akan disunatkan jika PAS memerintah. Tangan-tangan mereka akan dipotong dan mereka akan dipaksa memeluk agama Islam. Siapa yang ajar mereka tentang perkara-perkara dan keburukan pada hukum Hudud melainkan Iblis yang bernama Umno.

Kerana itulah bapak Firaun moden boleh mengeluarkan kenyataan agar menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Apa mereka peduli tentang akidah dan bagi mereka persetankan akidah jika ia tidak membantu mereka untuk terus memerintah.

Semua penganut agama samawi tahu apa itu syaitan dan apa itu malaikat. Mereka tahu, kenal atau pun tidak syaitan adalah mewakili kejahatan dan malaikat pula mewakili kebaikan. Kenal atau tidak, itulah realitinya walau apa pun tafsiran yang dilakukan oleh parti Islam terbesar di dunia (Umno). 

Maha firaun menyangka kenyataan itu dapat membantu Umno/BN dalam PRU13 walau pun beliau sedar kenyataannya itu telah menjerat Umno sendiri. Apa yang nak dihairankan dengan kenyataan mantan PM Malaysia itu kerana tiada istilah haram dan halal dalam kamus hidup beliau. Lihatlah siapa pemegang saham terbesar kilang arak di Filipina dan beliau sendiri mengaku akan memberi lesen judi bolasepak sekiranya beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Akibat dari kerosakan akidah yang dimiliki oleh beliau, anak-anak, keluarga dan berjaya mentarbiahkan segelintir pengikut setianya seperti mantan KPN, Tun Hanif Omar yang boleh mengikrarkan didalam mahkamah yang judi tidak haram dan tiada dalam kitab anutannya iaitu 'Ajaran Mahathirisme'.

Doa al-Marhum Ustaz Fadhil Noor agar Mahathir dipanjangkan umur benar-benar dimakbulkan agar beliau melihat sendiri segala kerosakan akidah yang beliau sebarkan kepada pengikut-pengikutnya. Tiada haram akan judi dan arak itu melainkan ia diberi lesen oleh kerajaan dan yang menjadi ia akan haramnya ialah kerana tiada lesen dikeluarkan. 

Islam memang didaulatkan oleh iblis di negara ini seiring dengan wawasan 2020. Perbanyakkan masjid-masjid dan hiasinya secantik-cantik biar pun tiada jemaah yang datang. Untuk mencapai negara maju mengikut ajaran mahathirisme, maksiat mesti diperbanyakkan agar berbendung-bendung pelancong asing datang dan kerana itulah pusat judi terletak ditempat paling tinggi di dunia iaitu Genting Highland supaya ia dapat menyekat para malaikat dari turun ke bumi Malaysia. Bersesuaian dengan ayat malaikat yang tidak dikenali.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...