Translate

Mesti Baca

Ahad, 12 Ogos 2012

Mahathir Bukan Kafir Harbi Kerana Menyatakan Malaysia Negara Islam.


Gua tak faham atau Ular Mamat besar lagi tersohor Umno, Abdullah Sa'amah adalah seorang yang jahil. 'Kafir Harbi' yang bermaksud kaum yang wajib diperangi oleh umat Islam atas dasar menolak 'Hudud PAS'. Maka umat Islam diharamkan memberi undi kepada DAP yang dasar perjuangan mereka ialah 'Malaysian Malaysian' dan dasar itu pun telah dilaksanankan oleh pemerintahan Umno.

Kenyataan Ular Mamat tersohor Umno itu telah disokong oleh Mufti Pahang dengan menambahkan bahawa haram dan berdosa menyokong parti yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud seperti memotong tangan kepada pencuri. Lu agak-agak mana parti yang menghampiri perkara yang dikatakan oleh Mufti Pahang itu.

Apakah dosa-dosa Mahathir akan terampun dengan mengikrarkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam walaupun beliau menentang 'Hudud PAS' kerana 'Hudud Umno' belum didrafkan lagi malah buku untuk mendrafkan hukum Hudud belum beli kat kedai buku lagi. Jangan kata setakat menolak dan menghina firman-firman Allah yang jelas sejelas-jelasnya, malah beliau membuat ugutan kepada kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu jika melaksanakannya semasa beliau adalah Maha firaun ketika itu.

Mungkin Ular Mamat Abdullah Sa'amah telah membersihkan dosa-dosa Mahathir dengan mengeluarkan fatwa bahawa Mahathir telah bersih dari dosa kerana mengucapkan bahawa Malaysia adalah negara Islam. DAP patut diperangi kerana mengatakan Malaysia negara sekular maka haram memberi sokongan kepada DAP yang kafir harbi. Harus memberi undi kepada MCA, MIC dan Gerakan kerana mereka sependapat dengan Mahathir/Umno yang Malaysia negara Islam walau pun mereka juga menentang hukum Hudud.

Sesiapa ahli dan pemimpin Melayu/Umno yang membuat penghinaan terhadap hukum Hudud dengan kata-kata akan habis batu kerana merejam, ramai yang akan kudung tangan dan kaki, pelabur akan lari dengan berkata-kata akan ia dalam keadaan sedar lagi waras akan ia, maka terampun akan dosa-dosanya atas kata-katanya dengan hanya berikrar bahawa 'Malaysia adalah negara Islam. Mungkin inilah ajaran yang beliau ajar kepada pelajar-pelajarnya di Pondok Geting.

Betapa hinanya Islam di sisi para penyembah Umno yang menyamakan ucapan ahli Syurga (ucapan Salam) sama dengan ucapan 'Selamat Pagi, Petang atau Malam'. Tidak cukup dengan itu, ucapan salam pun telah ditukar kepada 'Salam 1Malaysia'. Mungkin inilah salam yang diberikan selepas membaca tahyat akhir oleh penganut ajaran sesat Mahathirlisme. 

Maka benarlah perkataan, 'Kita menentang Umno bukannya kerana namanya Umno, kita menentang Umno kerana mereka berjuang atas dasar keBANGSAtan'.

2 ulasan:

FZT berkata...

hudud umno kena tanya fathul bari dengan jamil khir, dia org duk rangka hudud umno tak siap siap sampai sekarang. "Maka benarlah perkataan, 'Kita menentang Umno bukannya kerana namanya Umno, kita menentang Umno kerana mereka berjuang atas dasar keBANGSAtan'." aku like ayat ni. hahhaa

Hernameishazel berkata...

Ucapan Assalamuaikum x pena di gantikan dgn ap2 atau d samakn dgn yg lain .knytaannya org muslim ttp mberi salam tlebih dahulu sblum mgucapkn salam1malaysia atau pn salam sejahtera .jadi kenapa mahu cakap yg pengikut umno tu hina ?kamu tahu apa tntg islam ?eja tahiyyat pun x betul .tlg lh .

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...