Translate

Mesti Baca

Selasa, 14 Ogos 2012

Kafir Harbi Ini Tidak Meruntuhkan Masjid Bujal Di Kemaman.


Inilah keilmuan yang disampaikan oleh seorang yang mengaku beliau adalah seorang ulama, tuan guru dan juga pengasas pondok. Mungkin orang Kelantan cukup mengenali makhluk yang bernama Abdullah Saamah yang cuba menunjukkan keilmuan beliau yang maha hebat sehinggakan Rasulullah s.a.w. datang dalam mimpinya. Bukan sekali atau dua kali tetapi berbelas-belas kali yang mana Rasulullah s.a.w. telah memberi tahu akan kebenaran beliau dalam menyampaikan segala fatwa-fatwanya. Inilah kehebatan yang dimiliki oleh Abdullah Saamah kerana Iman-Iman Besar terdahulu yang mengarang beratus-ratus kitab pun belum tentu dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi mereka hatta sekali pun.

Maka bersoraklah para pencacai Umno dengan kehebatan Abdullah Saamah yang telah mengatasi kehebatan Ayah Pin dengan kerajaan langitnya. Fatwa beliau ke atas DAP dengan gelaran 'Kafir Harbi' itu bernilai RM50,000 yang disumbangkan oleh Timbalan Najib dengan menggunakan dana rakyat. Selepas ini akan ada lagi fatwa-fatwa yang baru dari beliau kerana satu fatwa akan dibayar RM50,000 oleh Umno.

Antara sebab beliau mengeluarkan fatwa kafir harbi terhadap DAP ialah kerana kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh kafir harbi DAP memberi semula geran kepada sekolah agama rakyat yang sebelum ini disekat oleh bekas PM, Mahathir. Memberi bantuan setiap tahun kepada semua sekolah agama yang berada didalam negeri. Kafir harbi kerana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau untuk mengurus pentadbiran kerajaan negeri. Kafir harbi kerana mereka tidak merobohkan masjid-masjid yang berada di Pulau Pinang sebagaimana Idris Natang merobohkan Masjid Bujal di Kemaman semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.

Gua ada dengar serba sedikit tentang beliau (Abdullah Saamah) dan pondok Getingnya, gua pun tak pasti masih wujudkah Pondok Geting yang mana ianya disanjung itu. Mungkin bagi Utusan Meloya, Pondok Geting adalah pusat ilmuan sepertimana Universiti Al-Azhar di Mesir dan Abdullah Saamah adalah Sheikhnya. Inilah kegilaan sesetengah manusia yang akan melakukan apa sahaja demi mencari nama dan harta. Jalan paling mudah ialah menghentam PAS atau DAP dalam masa yang sama menjadi penjilat punggung Umno.

3 ulasan:

Tokwan Pencen berkata...

Orang tua niii "makan upah" UMNO.
Didalam dunia ini 3 perkara yang perlu kita berhati hati :
1) Tahta
2) Harta
3) Wanita.

Mr Lonely berkata...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Tanpa Nama berkata...

Prophercy of RAHMAN= 55 (18+1+8+13+1+14) that will be end of the era.From pondok geting book.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...