Translate

Mesti Baca

Selasa, 3 Julai 2012

Uncleseekers: JMF- Relevan Atau Tidak.


Sekadar hiasan


Email yang aku terima dari Kamal Hisham untuk kita kongsi bersama maklumatnya


Peguam Kamal Hisham Jaafar

Johor Military Force (JMF)- Relavan atau Tidak ? 

Kajian Segera Perlu dilaksanakan

Kenapa Negeri Johor perlu ada tentera JMF ? Ini bertindih dengan fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). JMF hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan, setaraf kategori Pengawal Keselamatan (Security Guard).

Betulkan JMF tidak berfungsi atau berperanan penting semasa Perang Dunia dulu, hinggakan kem nya( Kini Majidee Camp) diambil alih dan diguna oleh British.? Manakah mereka semasa rakyat berjuang?

Adakah mereka hanya jaga keluarga Sultan sahaja?.

Adakah betul tujual asal penubuhan JMF hanya satu kebetulan sahaja bukanlah untuk mewujudkan satu pasukan Tentera Negeri yang menjaga keselamatan rakyat?

Adakah Betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ?, Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan " raja berkedaulatan atau sovereign " sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah. 
Gambar hiasan

Adakah benar JMF ditubuhkan kerana untuk membolehkan alasan " raja berkedaulatan" digunakan di Mahkamah yang mana ia perlu dibuktinya dengan  melengkapkan  ciri ciri sebuah Negeri Berdaulat, antaranya wujudnya sebuah negeri dan raja itu ada sejumlah askar sendiri sera beberapa syarat-syarat lain, Maka tertubuhlah JMF yang penuh bersejarah yang amat dibangga-banggakan walaupun  tujuannya hanya untuk menyelamatkan muka Sultan pada masa itu. Ini lah yang patut dikaji, banyak juga perkara lain perlu disemak semula.

Cadangan bagi membubarkan JMF telah pun dibuat Bacaan pertama di Parlimen semasa krisis Perlembagaan tetapi tiada Bacaan kedua dibuat, persoalannya kenapa polisi Kerajaan Malaysia terhadap JMF ini tidak konsisten. Keputusan yang hendak membubarkan JMF telah dibuat  dan dBacaan Pertama juga di Parlimen telah dibuat .Persoalan dan soalan berikut harus jawap bagi membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa Kosisten dalam Polisi pentadbiran Negara ini :-.


1) Kenapa benarkan kem baru dibina di tapak berhampiran RTM? Hingga Projek Membina Rumah Anak Yatim (Letter of Intent telah dikeluarkan)di tanah rizab Majlis Agama Islam Johor dibatalkan dan tanahnya diambil untuk kegunaan JMF. Kesian anak anak yatim, kemana mereka nak mengadu?.
Gambar hiasan

2) Benarkah Sultan mohon tambahan jumlah anggotanya hampir 2 kali ganda dari jumlah anggota yang dibenarkan? Hingga Menteri XXXXX diberi hadiah atau cuba dirasuah dengan 2 motosikal berkuasa tinggi? Tetapi Menteri XXXXX bukan mudah dibeli dan sangat professional di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang Menteri.

3) Kenapa Polis Diraja Malaysia memberi atau menyerahkan banyak senjata api yang disimpan (bagi tujuan pelupusan) di Stor Shah Alam diserah kepada JMF? Tidakkan ini satu tindakan yang merbahaya, kerana JMF hanya pasukan sokongan sahaja di dalam senarai Perkhidmatan Kerajaan dan bukannya pasukan tentera.

Gambar hiasan

Betulkah Ketua Polis Johor dihadiahkan Motosikal berkuasa Tinggi bagi membantu melobi bagi pihak JMF mendapatkan senjata senjata dari Polis Malaysia hingga jumlahnya terlalu banyak dan tidak selaras dengan jumlah anggota JMF yang dibenarkan undang-undang.?

4) Kenapa benarkan JMF sering menggunakan kemudahan latihan di kem Komando di Mersing? Siapakah yang membayar kos untuk semua latihan mereka?

5) Bilakah kali terakhir atau pernahkah senjata-senjata JMF dan milik keluarga diraja diaudit? Tidak risaukah mereka boleh merbahayakan Negara jika berlaku krisis Perlembagaan.?
Gambar hiasan

6) Kenapa JMF perlu Unit Khas yang bongkak dikenali sebagai JMF Elite Forces? yang mengiringi anak-anak raja hingga ke Shopping Complex di Kuala Lumpur dan merata tempat yang penuh bersenjata dan bercemin mata hitam. Ini membuatkan rakyat meluat dan meloyakan. Kenapa anak raja yang baru setahun jagung diiring dengan begitu ramai JMF apabila berjalan, hingga jumlahnya melebihi jumlah pengawal yang mengiringi Yang DiPertuan Agong.? Apabila ada majlis-majlis  bersama rakyat JMF Elite Forces berlari-lari macam orang sakit perut dan terjun  sebelum kenderaan mereka berhenti macam cerita movie barat tentang kisah pengiring-pengiring Presiden Amerika.
Gambar hiasan

Mengikut sejarah, reputasi JMF sebagai kaki pukul dan berlebih-lebih dari kerabat memang tidak dapat dinafikan. Sebagai contoh di dalam Kes Konflik Pribadi Sultan Johor dengan saya, JMF digunakan masuk kedalam pejabat saya di Johor Bahru dan merampas fail-fail berkaitan Sultan .  JMF juga diletakkan di hadapan rumah saya, mengekori saya kemana-mana saya bergerak. Lebih menjijikkan ialah JMF mengeliling rumah saya  bagi membuat gempar dan menakutkan saya dan keluarga. Undang-undang apa dan kuasa apa yang JMF gunakan?.

Gambar hiasan

Pernah satu ketika, Almarhum Sultan Iskandar menumpu kepada satu hobi iaitu mengumpul meriam-meriam lama. Tunku Mahkota di dalam usaha mengambil hati bapanya pada masa itu telah membawa 2 trak JMF ke Kuala Lumpur dengan secara notis Ketua Pengarah Muzium untuk pergi ke Muzium Negara Kuala Lumpur dan katanya nak melawat Muzium, tetapi sampai di sana, Tunku Mahkota dan JMF terus pergi ke bahagian stor dan mengambil 23 Meriam lama dan dibawa balik ke Johor, maka terpingga-pinggalah Ketua Pengarah Muzium kerana tidak tahu nak buat macam mana.
Gambar hiasan


JMF juga, telah digunakan bersama Polis Johor untuk merampas Meriam lama dari satu galeri milik seorang lelaki berbangsa Cina di Kota Tinggi yang Galerinya mempamirkan barangan antik termasuk meriam lama, senapang lama dan beberapa barangan antik. Galeri itu telah dikepung dan meriam lama miliknya dirampas. Bila Pemilik galeri itu cuba membantah tindakan tersebut, dia telah diberi amaran oleh Pegawai Persenjataan IPK Johor ASP Suguman agar tutup mulut, jika tidak dia akan buka kes terhadap lelaki tersebut kerana menyimpan senjata api lama tanpa lesen dan menakutkan lelaki tersebut bahawa dia  boleh dikenakantuduhan serta hukuman yang berat.

Nasib baik ada saya ada di Johor Bahru pada keesokkan harinya. Bila mendapat tahu meriam lama tersebut telah diambil secara paksa. Saya  telah cuba menyelesaikannya dengan cara yang terbaik dan telah berjumpa dengan lelaki Cina tersebut berbincang dengan cara baik agar meriam lama yang telah diambil satu hari sebelum itu dibeli dengan harga yang murah dan perjanjian bertulis ditanda tanganni.


Ini kerana saya  tidak mahu Almarhum Sultan Iskandar  mengetahui cara bagaimana meriam yang di hadiahkan kepadanya itu didapati dengan cara paksa pada asalnya  oleh Tunku Mahkota pada masa itu. Cuba bayangkan  apakah akan terjadi jika lelaki  Cina itu membuat "Press Conference di akhba-akhbar Cina?"

JMF juga banyak terlibat di dalam beberapa pergaduhan-pergaduhan di antara kerabat dan orang awam. Kes-kes yang berlaku di Pulau Rawa baru-baru ini boleh dinilai, adakah pengawal Pribadi Sultan akan bertidak kasar kepada pelancong tanpa arahan? Rasanya di tulis salah laku JMF terlalu banyak dan ceritanya sudah benci didengar rakyat Johor.

Kerajaan Persekutuan harus campur tangan segera ditakuti  JMF akan atau menjadi duri dalam daging , jika benar desas desus ada pihak tertentu cuba bawa Johor keluar dari Malaysia ianya akan menghasilkan konfliks sangat besar dan susah untuk dikawal oleh Kerajaan. Kalau neger-negeri lain boleh maju tanpa JMF, kenapa nak kekalkan JMF? Tepuk dada tanya Iman.

Uncleseekers 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
kenapa nk pertikai kn pasal JMF? knp sultan negeri lain xnk lak d pertikaikan?

TMJ bnyk duit, biar la dia nk gaji sape pn, bisnes di bnyk so bnyk la duit nya.. xmenyusahkn sape2 rasanya.. rakyat sndri xbising.. uncle seekers tu pn cm bdh je... da lah kuang ajar, nk cari antu konon.. mana ada antu..

p/s: xde akaun google

Tanpa Nama berkata...

dey thambi....gaji JMF dibayar oleh KERAJAAN /DUIT RAKYAT..segala peralatan dan kemudahan dari ATM...negeri lain xde pun tentera sendiri..cukuplah ATM je..ni aku dengar ade POLIS DIRAJA JOHOr pulak..dimana rasional nya?

mohd nasir berkata...

Smua nya di jhor kan???knp iskandar malaysia di buat di johor???nak tahu kenapa???itu adalah rahsia....jmf???knp perlu ada jmf???ada sebab smua tu...itu ada rahsia di sebalik rahsia...proud to be johorean...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...