Translate

Mesti Baca

Sabtu, 14 Julai 2012

Terkini: Peserta Disekat.

Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren mula berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
NONEKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
NONETidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang menganjurkan perhimpunan tersebut semalam dilaporkan berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan tersebut.
Koordinatornya Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...