TUNJUK SOKONGAN ANDA

GERAKAN BEBASKAN MEJAR ZAIDI AHMAD
MejarZaidi

Mesti Lihat

Khamis, 12 Julai 2012

Selongkar Terhangat: Siapa Rosmah Mansor Yang Sebenar? (Bhg 7)

Kali ni wa cuba nak mengimbas kembali beberapa kisah menarik untuk disatukan berkisar tentang betapa hebatnya Wanita Pertama Malaysia@FLOM. 


Selama ni kita cuma tau bahawa bini kedua PM Malaysia ni cukup hebat dan berhemah dalam berbelanja. Setiap kali mengiringi PM Najib membuat lawatan ke luar negara, pasti akan ada cenderahati bernilai ratusan malah jutaan RM yang akan di beli oleh bini PM Najib yang hebat berbelanja.


Dan hobi berbelanja dengan cara yang cukup berhemah ni telah diwariskan pulak kepada anak perempuan dia yang dah bertunang dengan pembesar dari negara Timur Tengah. Anak beranak kalau berbelanja boleh dibuat untuk membayar gaji berpuluh2 penjawat awam selama setahun.


Masih ingat lagi ketika PM Najib di serang chicken pox, Rosmah Mansor dengan selambanya melantik diri dia sebagai pemangku PM. Dia telah menggantikan PM Najib sebagai PM hinggakan pembesar Singapura, Lee Kuan Yew yang datang melawat Malaysia pun terpaksa membuat kunjungan hormat kepada Rosmah Mansor. Bukan ke perbuatan ini mengenepikan peranan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.


Tak dinafikan peranan seorang isteri begitu penting untuk kejayaan suami tetapi dalam isu Rosmah Mansor ni, kelihatan segala keputusan yang dibuat oleh PM Najib mestilah mendapat perkenan dari Rosmah Mansor dahulu. Apakah layak untuk PM Najib di angkat sebagai pemimpin?


Sejarah Islam sendiri dilihat dalam pelbagai siri pemerintahan khususnya sejak pemerintahan selepas Khulafa’ ar-Rasyidin membariskan bagaimana campurtangan isteri terhadap kuasa pemerintahan seorang khalifah bahkan berlakunya komplot, percaturan, perancangan politik hatta membunuh anak-anak khalifah demi mewariskan kuasa kepada anak mereka sendiri. Bahkan ada yang membunuh suami mereka sendiri demi mengekalkan kekuasaan.


Dalam urusan pentadbiran negara, PM Najib dilihat tidak mampu untuk mentadbir dengan baik. Dan campurtangan Rosmah Mansor dalam urusan pentadbiran negara memburukkan lagi keadaan malah kredibiliti pentadbiran PM Najib semakin terhakis.


Semenjak Najib dilantik menjadi PM yang melibatkan nama dan kelibat Rosmah Mansor telah mencalitkan dan mecalarkan imej dan nama baik kepimpinan yang diterajui oleh Najib sendiri. Apakah rahsia Najib yang dipegang Rosmah semacam najib tidak boleh berkata tidak kepada Rosmah. Bermula dengan isu Altantunya, isu boros berbelanja, isu perlantikan CEO GLC dan Penjawatan Kerajaan, isu artis Bollywood dan Hollywood, isu pengagihan projek, isu First Lady Of Malaysia, isu PERMATA, isu bajet, isu Festival Busana Muslim dan isu menggantikan program rasmi PM Najib. Tidak ada protokol langsungkah kerajaan Malaysia kini atau sudah terkena penyakit ISA (Ikut Suka Aku).
Bersambung.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular