Translate

Mesti Baca

Rabu, 4 Julai 2012

Selangor Akan Saman MCA Dalam Isu Talam.

 

Kerajaan Selangor memutuskan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang menuduh berkenaan penyelewengan RM1 billion berhubung isu Talam Corporation Bhd, kata menteri besar.

NONE"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik kerajaan Selangor," kata Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan, bertali leher).

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.

MCA semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.

Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini. MK

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...