Translate

Mesti Baca

Ahad, 29 Julai 2012

Sebagai Tanda Simpati Gua Terhadap Blogger Musafirlalu,Tolong Hebahkan.

Tahukah Anda Pemilik Syarikat Ini Adalah Seorang Penipu.

Dari nama Ketukangan Kayu kepada D'Reebu Sdn Bhd.
Akhirnya saya berjaya mengesan alamat dan kedudukan Syarikat D'Reebu Sdn.Bhd. apabila saya terbaca satu iklan yang disiarkan oleh akhbar Harian Metro dan apabila terlihat satu no. handphone yang masih ada dalam simpanan saya iaitu 012-5015895. Saya tahu nombor itu milik isteri kepada pemilik syarikat ini yang selama ini saya tidak tahu nama isterinya tetapi kali ini saya baru tahu namanya isterinya ialah Jamilah. Di bulan yang mulia ini saya tiada niat untuk melakukan fitnah terhadap sesiapa tetapi apa yang saya tulis ini adalah perkara yang benar.

Pemilik syarikat ini ialah En. Alias Desa yang berasal dari Ipoh tetapi saya tidak mengetahui di mana beliau tinggal. Dulu beliau mempunyai sebuah kilang di Lahat berhampiran Syeksen 17 menggunakan nama SyarikatKetukangan Kayu. Orang ramai perlu tahu kenapa beliau berpindah ke Sungai Buloh dan menggunakan nama baru D'Reebu Sdn.Bhd. 

Beliau dikatakan lari dan tidak lagi pulang ke Ipoh walau pun beliau mempunyai kediaman di Ipoh kerana banyak melakukan penipuan. Saya hanya mengetahui akan perkara setelah dimaklumkan oleh bekas pekerja beliau yang mana boleh dikatakan setiap hari dicari oleh orang-orang yang telah ditipunya. Beliau dikatakan telah menipu ramai orang dan melibatkan puluhan ribu RM. Itu yang diceritakan kepada saya oleh bekas pekerjanya ketika saya menempah 1 unit tapak untuk meletak 'Gong' untuk satu sekolah. Sebenarnya saya sendiri boleh membuatnya tetapi disebabkan masa, maka jumpa sebuah kilang di Lahat dan atas dasar ingin berniaga dengan orang Islam pada tahun 2007.

Dalam urus niaga itu beliau meletakkan harga RM 400 dan saya tidak banyak soal walau pun ianya agak mahal bagi seorang kontraktor seperti saya tetapi tanpa banyak soal saya terus membayar RM400 dan beliau berjanji akan siap dalam tempoh 4 hari. Apabila sampai tempohnya, pagi tersebut saya ke kilang beliau untuk mengambil tempahan itu tetapi beliau tiada lalu saya tanya kepada pekerjanya tentang tapak Gong itu. Pekerja beliau bagitau tiada arahan pun untuk membina tapak Gong dari En.Alias lalu saya menalipon beliau, nada dering ada tetapi tidak diangkat selepas banyak kali menalipon akhirnya beliau menjawab dan saya tanya tentang tempahan saya. Beliau seperti mengelak dan mengatakan yang beliau tidak tahu sedangkan beliau sendiri yang mengambil tempahan, berjanji dan ditangan beliaulah saya memberi 8 keping note RM50.

Saya dah kebingungan kerana pihak sekolah bertanyakan tentang tapak itu kerana ada sambutan penting pada petang itu. Oleh kerana kasihan setelah saya memberitahu kedudukan saya kepada pekerjanya, mereka bersetuju membuat tapak itu tetapi mereka kata kayu pulak tak ada. Saya bagitau mereka apa yang mereka perlukan dan saya akan membeli semua bahan-bahan yang diperlukan dengan menggunakan duit saya sendiri. Saya tanya ke mana En.Alias, mereka kata beliau ada di Kuala Lumpur menghadiri sidang Umno. Di situlah baru saya tahu akan perangai beliau tetapi saya masih tidak memandang buruk terhadap beliau.

Pada 2009, kesihatan saya tidak mengizin saya untuk bekerja seperti biasa tetapi saya memiliki mesin-mesin kayu yang cadangan asal saya untuk membuka kilang perabot. Saya mencari pembeli yang berminat untuk membeli mesin-mesin saya secara borong dan saya teringatkan En.Alias Desa lalu saya tanya beliau jika beliau berminat. Beliau datang ke bengkel tempat saya menyimpan mesin-mesin itu dan setelah berunding, kami bersetuju dengan harga RM6,500. 

Selepas 2 kali mengangkut dengan lori, beliau menghulurkan sekeping cek tertangguh 1 bulan. Saya terkejut kerana mengikut apa yang dijanjikan ialah bayaran tunai tetapi saya tidak dapat melakukan apa-apa kerana semua mesin saya sudah diangkut ke KL. Saya masih percayakan beliau tetapi apabila sehari lagi tarikh cek itu, beliau menalipon saya mengatakan jangan bank-in kan lagi kerana tiada wang. Selepas itu beliau terus tidak menjawab panggilan apabila melihat nombor saya dan setiap nombor yang bermula dengan angka 01X-5XXXXX. Satu terus putus hubungan dan selepas lebih setahun, saya terjumpa dengan bekas pekerja beliau dan menceritakan tentang apa yang berlaku. 

Pekerjanya pun tidak tahu alamat beliau di KL dan beliau seperti tidak terkejut dengan apa yang berlaku. Apa yang beliau katakan ialah beliau sendiri masih tidak dibayar gaji yang tertunggak dan bukan saya sahaja ditipu tetapi ramai lagi yang tertipu malah ada yang tertipu puluhan ribu olehEn.Alias Desa. Satu masa saya dapat melalui pekerjanya kedudukan kilang beliau di Sungai Buloh. Sebelum saya pergi, saya telah membuat satu laporan polis dan pegawai yang mengambil kes ini menasihatkan agar bagitau kepada beliau sekiranya En. Alias Desa masih tidak mahu membayarnya.

Selepas saya pergi ke tempat kilang baru beliau, beliau sangat berlagak dan sombong, beliau berjanji akan memasukkan sejumlah wang pada esok harinya setelah saya bagi no. akaun saya. Seperti biasa, jika sudah menjadi penipu sampai bila-bila akan terus menipu. Dokumen pembelian masih lagi saya simpan dan satu lagi laporan polis saya lakukan selepas saya minta secara baik tidak dilayan. Saya menghantar satu sms kepada isterinya tentang duit itu dan saya tidak akan halal setiap sen yang suaminya tipu. Ini benar-benar mendatangkan kemarahan En.Alias Desa tentang sms saya kepada isterinya dan siap dengan ugutan terhadap saya. Saya membuat satu lagi laporan polis tentang ugutan beliau terhadap saya. 

Sebenarnya isterinya pun tahu tentang penipuan suaminya terhadap saya dan isterinya sendiri tanya saya bolehkah beliau bayar secara ansur-ansur. Saya kata boleh janji bayar ajer, lalu saya bagi no.akaun saya. Rupa-rupanya suami isteri sama sahaja perangainya. Saya difahamkan yang isterinya ada pulang 2 atau sebulan sekali ke Ipoh melihat, mungkin pulang untuk mengambil surat menyurat, itu kata bekas pekerjanya.

Untuk pengetahuan anda, beringat-ingatlah tentang urus niaga, tempahan, duit deposit anda dengan syarikat D'Reebu Sdn.Bhd. Kerana itulah iklan syarikat ini tidak terdapat nama EN.ALIAS DESA dan untuk beliau saya sarankan agar datanglah menjenguk ke IPOH memandangkan ramai yang tertipu ingin berjumpa dengan kamu. Kerana itu juga beliau mempunyai kaki pukul untuk menjaga kilangnya di :
D'REEBU SDN BHD Klik sini
LOT 428-A MERBAU SEMPAK,
BT 18, JLN KUALA SELANGOR,
47000 SG. BULOH, SELANGOR.
03-60382320
012-5015895 (JAMILAH)

Untuk maklumat kamu, sila saman saya jika kamu betul dan dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sg. Senam, Ipoh. Saya akan terus menyebarkan segala penipuan kamu sehingga hutang dijelaskan dan laporan polis akan saya tarik semula.

17 ulasan:

suratexpress9 berkata...

Salam,

Kini terdapat cara yang mudah menguruskan surat yang banyak dengan penggunaan Sistem Pengurusan Surat

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Memang ramai yang kena tipu dgn dreebu. Alias dah bercerai dgn jamaliah. Tapi masih kuat menipu dan terus menipu. Terakhir..projek chalet pulau perhentian milik hazman rm1.2juta kena kencing dgn setan berdua ni. Dapat duit terus beli Mercedes s320 rm hampir rm 500k. Projek tu tak buat apa2 hazman dah pening. Tapi tak kesian sgt kat hazman coz dia ni pun kaki kencing gak. Banyak lagi projek2 lain yg setan 2ekor ni kencing.wahai sahabat semua...jgnlah berurusan dengan dreebu sdn bhd kalau nak selamat sebab saya adalah salah seorang staff dreebu yang dianiaya dan difitnah...no tel terbaru alias 0133087000 jamaliah 0125015895 adam (anak setan) 0122271920...ady (setan muda) 0192695324

Tanpa Nama berkata...

Nombor penipu ini adalah zaki (monyet) 012-651 5632

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah lari sebab tak dapat rampas Company saya jangan sebar fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Fitnah tak berasas takkan kemana. Allah akan membalasnya.

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah menjadi pelanggan kepada syarikat gila ini. Duit sudah dibayar, produknya tah di mana. Bila ulang-kali ditanya di mana hak saya, saya pula dimaki hamun oleh anaknya macam saya yang berhutang dengan mereka. Berhati-hati dengan syarikat ini.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada syarikat! Hanya menumpang..hihi.. bodoh sungguh orang yang rupanya macam monyet, cuba lu tengok cermin betul-betul

Ady Putra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Baru plan nak tempah 20 chalet. Nasib baik baca blog ni. Kalau tak..jahanam project ni.

Tanpa Nama berkata...

Adus....kawan saya dah kena dgn company ni. Heran jugak ya...kenapa masih ada manusia seperti ini diatas muka bumi Allah ..Tanpa fikirkan kesusahan orang lain. Seperti mereka akan hidup selamanya. Apakah hati mereka sudah hitam????

Tanpa Nama berkata...

Penulis blog ni yg penipu

Tanpa Nama berkata...

Wang talak jangan sombong!

Tanpa Nama berkata...

Dah mampus dah sekor

Tanpa Nama berkata...

Aik... siapa mampus? Dok paham.

Tanpa Nama berkata...

Tokey nya ler. Eloklah tu. Tak le nak menipu lagi. Tinggal beberapa ekor lg spesis penipu.

Tanpa Nama berkata...

Allah maha kaya. Dia memberi dan mengambil...terimalah pembalasan. Sombong sangat dgn org. Dia ingat nak hidup menungkat langit ker...jgn tunjuk hebat kat dunia. ..ko ada anak2...ingat!!!!

Tanpa Nama berkata...

Wa dengar company tu pun hidup segan mati tak mahu dah....tulah buat niaya kat org ...baru padan muka...mampus lah lu ....lu ingat...lu ada anak2...hancurlah kamu

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...