Translate

Mesti Baca

Ahad, 15 Julai 2012

Perdana Menteri Rosmah Memulakan Tugas Rasmi.




Isteri Rosmah, Najib menguruskan rumahtangga beliau di Sri Perdana ketika suaminya Rosmah mengetuai delegasi Malaysia melakukan lawatan sambil kerja ke Dubai. Beliau cuba dikenali di sebilangan dunia Arab yang mana sejak tahun lepas lawatan kerja beliau lebih tertumpu ke Timur Tengah selepas beliau kurang disenangi oleh blok Eropah sejak skandal Scopene terbongkar. Kes yang membawa kepada pembunuhan warga Mongolia, Altanttuya yang dibunuh dengan kejam oleh 2 anggota UTK yang menjadi pengawal peribadi isterinya, Najib Tun Razak. 

Kes ini sedang dikemukakan kepada mahkamah Perancis untuk pendengaran setelah pihak keluarga si mati tidak berpuas hati dengan pembebasan orang kanan Najib, Razak Baginda. Walau pun ada khabar-khabar angin mengatakan yang Perdana Menteri Rosmah sendiri berada ditempat kejadian bersama-sama dua anggota tentera berpangkat Let.Kol sebelum mayat itu diletupkan menggunakan C4 milik tentera, tetapi ia tidak dapat dibuktikan.

Dengan berita ini maka benarlah apa yang di perkatakan oleh orang-orang politik yang Najib hanyalah boneka kerana kuasa tertinggi terletak ditangan suaminya, Rosmah Mansor. Rosmah Mansor yang cukup sinonim dengan pembomohan benar-benar telah berjaya membomohkan isterinya, Najib dan mantan Perdana Menteri ke 4 Mahathir separuh Melayu yang mudah lupa.  Jika dulu beliau suka menggunakan bomoh kelas menengah, tetapi sekarang beliau suka menggunakan perkhidmatan bomoh daripada India. Mungkin kerana itulah Mahathir yang cukup pedas kritikannya pada Pak Lah sehingga terpaksa melepaskan jawatan kepada Najib tetapi beliau mati kutu apabila berhadapan dengan PM Rosmah. 

Kerana kehebatan bomoh dari India yang dibayar tinggilah isterinya, Najib boleh menang tipis pada PRU10 kepada calon PAS Haji Ramli Mohamed dengan majoriti 241 undi. Mengikut cerita, isterinya sebenarnya telah tewas kepada calon PAS di parlimen Pekan tetapi dengan kehebatan bomoh tersebut tiba-tiba jatuh dari langit (dengan helikopter) 2 karung kertas undi yang memutamadkan kemenangan Najib. Gua rasa apa yang diceritakan oleh MP  Lembah Pantai, Nurul Izzah tentang sindiran seorang bekas pegawai SPR ada kebenarannya.

Gua pun dah tahu apa nak jadi dengan negara ini jika boneka Rosmah terus diberi kuasa untuk memerintah pada PRU13 nanti. Jika rakyat Malaysia hendak mengetahui cerita sebenar tentang Skandal Scorpene, Skandal Rosmah, Skandal Najib, Skandal pemimpin Umno/BN dan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Rosmah, Mahathir/keluarga dan pemimpin yang lain ialah dengan menjatuhkan rejim Rosmah/Najib yang menerajui parti Umno/BN. Apa yang pasti, kekayaan yang dimiliki oleh mantan Perdana Menteri Mahathir dan anak-anaknya sahaja melebihi RM 10 bilion. Gua nak tanya pemimpin bawahan Umno, jika Mahathir dan anak-anaknya boleh mengumpul harta sebanyak itu, berapa lu all sudah kumpul. Takkan lu all tak dengki dengan mereka walaupun si Mamat Kutty itu kata yang anak-anaknya pandai berniaga. Lu sendiri fikir ler....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rosmah, hang tak malu ke dedah rambut depan Pak Arab2 tu?Sbg muslimah hang wajib menutup aurat.Hang betoi2 memalukan Malaysia agama rasmi negara Islam.Isteri Sultan Brunei pun pakai tudung.Tak cantik ke pakai tudung tu smpi sgp nak tayang rambut singa hang tu (tu pun bkn rambut asli)?

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...