Translate

Mesti Baca

Selasa, 17 Julai 2012

Memang Papaporno Fasik Lagi Celaka Bila Polis Menafikan Ada Laporan Tentang Kes Liwat DSAI.

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan masih belum ada sebarang laporan liwat dari seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini, PDRM masih belum lagi menerima sebarang laporan mengenai pertuduhan liwat yang membabitkan ketua pembangkang itu.

"Setakat ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan.

"Terima kasih," jawabnya ringkas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Semalam sebuah blog yang dikaitkan dengan Umno melaporkan bahawa terdapatnya laporan polis oleh mahasiswa yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Pada 9 Januari 2012, mahkamah telah membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Anwar masih belum berjaya oleh kerana mantan timbalan perdana menteri itu kini berada di Jakarta, Indonesia.

Sebelum ini, blog tersebut seringkali menulis pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan menggunakan perkataan lucah dan kesat.

Walaupun telah banyak laporan polis dibuat terhadap penulis blog tersebut, sehingga kini masih belum ada tindakan diambil penulis blog tersebut.

3 ulasan:

bekas penyokong anu war berkata...

Patutlah cuma blog papagomo saja yg laporkan,itupun dia belum confirm.Patut jugalah anu war tak lari ke kedutaan turki macam dulu bila saiful repot dia kena tibai dek nuar.Maklumlah orang bersalah mestilah takut tak tentu arah ye tak?hahaha

Lepas tu punyalah takut anuwar sampai kata ada orang nak bunuh dia,sampai sekarang sepatah haram report polis pun dia tak buat.Baik punya panik.

Takkanlah itu pun tak nampak.Teruk sangatlah korang punya taksub.Bila nak sedar ni?Nak tunggu sampai korang punya jub* kena tibai dgn nuar baru nak percaya.Itu jam kalau korang sumpah mubahalah pun geng2 korang mesti tak percaya punya kan.Padan muko kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Wak lu!! Hanya lelaki lembut je x boleh lawan peliwat/perogol tua.

Tanpa Nama berkata...

SAIFUL TU PONDAN KER BRO??
HAHAHAHA PATOT LA

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...