Translate

Mesti Baca

Selasa, 31 Julai 2012

Kerajaan Semakin Melampau Dengan Tarif Elektrik.



Gua tak tahu nak mula dari mana tentang tarif elektrik yang semakin hari semakin melampau yang dikenakan terhadap pengguna. Gua ambil contoh kegunaan elektrik di rumah gua, jika dulu dalam lingkungan RM130 hingga RM140 sebulan. Sejak bil yang gua terima dicatatkan subsidi kerajaan di bahagian bawah kegunaan semasa, tiba-tiba jumlah yang gua kena bayar naik mendadak kepada RM190-200 sebulan.

Dulu kalau gua guna 536 kwh sebulan, gua di caj sebanyak RM 156.87, purata 1 kwh ialah RM 0.292 Sekarang gua guna 532 kwh tetapi gua di caj sebanyak RM 166.01 dengan purata 1 kwh RM 0.302, iaitu kenaikan sebanyak RM 0.010 setelah ditolak 'Subsidi Bahan Api Oleh Kerajaan Persekutuan' sebanyak RM 107.67.

Jika dulu TNB setiap bulan pekerjanya datang mengira kegunaan isi rumah tetapi sekarang TNB melakukan sistem 2 bulan sekali dan bagi bulan pertama bil akan dihantar melalui Pos. Bila TNB hantar melalui Pos, mereka akan mengira mengikut anggaran kepala hotak mereka. Pada bulan bil melalui Pos, gua kena bayar RM 199.55 dan bila pekerja TNB datang jumlahnya ialah RM 161.01.

Memang kita tak nafikan yang mereka akan mengira ikut meter pada bulan ke 2, tetapi yang celakanya kenapa bil gua semakin melambung setiap bulan sedangkan gua semakin kurang menggunakan elektrik. Jika air paip melambung, kita boleh andaikan yang paip rumah kita bocor. Bagaimana pula dengan elektrik, tak kan bocor jugak.

Bukan sahaja gua yang kena, majoriti pengguna menyatakan perkara yang sama dan ada ahli-ahli Umno yang mengadu kat gua. Gua berkata dalam hati, padan dengan muka lu dan muka gua kerana beri Umno/BN menang. Sepatutnya sebagai pencacai tegar Umno, boleh ler tolong bayarkan separuh sebagai upah kutuk pembangkang.

Pencacai Umno dok mengata yang negara akan bankrap jika Pakatan memerintah tetapi sedarkah mereka yang negara memang sedang menuju kepada kemuflisan jika melihat apa yang dilakukan oleh rejim Najib sekarang ini. Setiap kali beliau buat lawatan, beratus juta akan di taburkan sehingga gua sendiri pun tak tahu dari mana datang duit-duit itu. Mungkin Rosmah gunakan bomoh-bomoh agar di turun duit dari langit supaya Najib boleh mengula-gulakan rakyat.

Jika kegilaan Najib dan Rosmah tidak dihentikan, gua pasti lebih cepat negara akan menjadi papa kedana. Che Det tak kan tak ada tahu atau tak ada masa untuk menegur kegilaan laki bini ini, atau beliau cuba menaikkan nama anaknya sebagai bakal MB Kedah maka segala perbuatan Najib dan Rosmah dipendangkan. Itu jika Umno boleh menang pada PRU13, boleh menang ker.

1 ulasan:

lijitra berkata...

tu la erti sebenar rakyat didahulukan.kalau nak hidup susah masa depan bagi undi kat be end.lepas tu pakat bising yg ni yg tu naik harga.aku harap jgn jd bengong mcm pencacai umeno be end ikut saja apa pemimpin depa kata.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...