Translate

Mesti Baca

Rabu, 4 Julai 2012

Keganasan Politik: PR Anjur Penubuhan JK Bersama.

 

Pakatan Rakyat menggesa supaya sebuah jawatankuasa bersama ditubuhkan untuk menangani masalah peningkatan kegansan politik yang semakin membimbangkan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu berkata insiden keganasan politik telah mencapai tahap "yang menakutkan" dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan sudah menjadi seperti satu perkara biasa.

Beliau mengambil sebagai contoh kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz sama ada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana didakwa menderhaka.

kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512"Beberapa NGO telah menganjurkan supaya sebuah jawatankuasa 
bersama ditubuhkan dengan dianggotai ahli politik daripada kedua-dua belah pihak, bagi menyelesaikan masalah tersebut, dan kita bersetuju dengan mereka," kata Liu yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor, semalam.

ADUN Meru, Abdul Rani Osman juga mengadu bahawa berbelas-belas laporan polis telah dibuat terhadap insiden keganasan politik tetapi tidak membawa sebarang hasil.

Ini termasuklah satu laporan mengenai insiden Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dikatakan diserang dari belakang oleh seorang aktivis PERKASA di Teluk Bahang pada hari Ahad.

Dalam kejadian itu, kata Rani, pihaknya telah mengambil gambar dan mengenal pasti penyerangnya, namun tiada tuduhan dikenakan terhadapnya.

NONE"JikA seorang ketua menteri boleh diserang sedemikian rupa, 
bayangkan bagaimana rakyat biasa akan dilayan," kata Rani, yang juga ketua PAS Selangor.

Satu lagi insiden lain yang dibangkitkan oleh wakil-wakil Pakatan itu, ialah perbuatan melontar telur dan batu sewaktu satu ceramah di kawasan pilihan raya Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai, serta serangan terhadap dua pemimpin DAP di Klang, sehingga terpaksa dirawat di hospital. MK

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...