Translate

Mesti Baca

Khamis, 5 Julai 2012

Akhirnya Uncleseekers Dan Teman Wanitanya Ditahan Reman 4 Hari.


 

Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas susulan penahanan lelaki tersebut di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas pengendali blog berkenaan.

Perintah tahanan reman juga dikeluarkan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun yang turut ditahan dalam operasi tersebut, laporBernama.

Menurut polis, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak ketika 
dihubungi Malaysiakini berkata pasangan tersebut ditahan pada kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.

Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor. 

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.

Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.

Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya diTwitter. MK

1 ulasan:

MOH KEMBARA berkata...

Salam,

TMJ tak bagi reaksi? Tu tweet, tweet dia tu...

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...