Translate

Mesti Baca

Jumaat, 29 Jun 2012

Saham FGVH: Tipah Tertipu Lagi.

 Para penipu ketawa besar kerana berjaya menipu para peneroka kerana ia tercatat dalam sejarah sebagai 'Najib Haramjadah and the gang penipu terbesar abad ini'.

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dikatakan melonjak naik sebanyak 18 peratus yang mana ia dibuka pada harga RM4.55 dan meningkat kepada RM5.41 selepas 20 minit mula didagangkan. Pak peneroka yang tahu apa-apa pasti tersenyum lebar dan mula mengira keuntungan yang bakal mereka perolehi. 'Tengoklah bagaimana bijaknya anak Tun Razak membantu para peneroka berniaga', mungkin itulah yang dicanangkan oleh para pencacai Umno celaka.

Sebenarnya saham FGVH tidak naik tetapi telah jatuh sebanyak 2.5 peratus sebelum ia didagangkan kerana itulah faktanya wahai pak peneroka atau Tipah tertipu lagi dengan kelicikan Najib Haramjadah, Isa Makan Suap dan beberapa ekor lagi pakar perancang. Jika mengikut maklumat yang boleh dipercayai, pada mulanya harga IPO saham FGVH dicadangkan pada harga RM5.85 sesaham tetapi apabila pengapongan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) harganya telah diturunkan kepada RM4.65 sesaham berkurangan sebanyak RM1.20 atau 20.5 peratus.

Penurunan terpaksa dilakukan setelah mengambilkira akaun terkini dan prestasi FGVH yang tidak memberangsangkan kebelakangan ini. Ia juga dilakukan kerana pasaran yang lemah dan tidak menentu. Harga yang terlalu tinggi boleh memalingkan selera pelabur sehingga mereka akan mengambil sikap berhati-hati sebelum melanggan saham FGVH. Penerbit saham (Felda) pula tidak mahu berdepan dengan situasi saham yang diterbitkan bermasalah untuk dijual sehingga GLC yang kaya tunai seperti KWSP, Tabung Haji, Pertonas atau KWAP terpaksa diarah untuk menyelamat keadaan atau yang pasti jaga air muka para penyamun-penyamun yang diketui oleh Najib Haramjadah.

Inilah cara para penyamun besar Umno menipu rakyat Malaysia, dahlah penjanjian ditulis dalam bahasa English dan tukang tandatangan (peneroka) pula buta huruf atau sepatah haram tak tahu baca orang putih. Jika harga sebenar IPO RM5.85 dan dijual dengan harga RM5.41, lu sendiri kira RM0.44 itu untung atau rugi. Memang puak-puak Najib Haramjadah adalah pakar penipu besar bagi orang-orang Umno yang dah ler bodoh, siap dengan sombong lagi. Gua memang kesian dengan para peneroka yang terpaksa mengikat perut demi memajukan 10 ekar tanah selama puluhan tahun tetapi puak Najib Haramjadah boleh tipu dalam sehari ajer. Gua tabik spring kat lu Najib Haramjadah, Bik Mama, Isa Makan Suap dan yang sewaktu dengannya kerana menjadi celaka yang berhormat.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

petang tadi aku minum dengan seorang kawan cina. Dia ni kaki saham jugak. Tapi bila aku tanya dia kata dia tak beli saham felda.
Dari perbualan tu, aku yang tak pernah main saham ni dapat le belajar beberapa info tentang saham ni. Ini antara infonya:
i. jangan beli saham yang ada kaitan dengan politik sbb tak stabil.
ii. dua atau tiga bulan sebelum PRU, saham2 berkaitan kerajaan atau syarikat kerajaan boleh beli. sebabnya kerajaan akan jaga saham tu untuk pastikan tak turun. sbb kalau turun, orang tak sokong kerajaan. Tapi lepas PRU, sendiri mau ingat la; katanya.
iii. Indeks saham di malaysia ditentukan hanya oleh 10 saham sahaja dan tentunya saham yang terbaik dan stabil. Negara lain, indeks ditentukan melalui 100 sham syarikat. sebab tu indeks malaysia tak jatuh teruk walaupun saham lain yang bukan termasuk 10 saham itu jatuh merundum-rundum. Betul atau tidak, tak taulah aku.
iv. kalau kita nak kaya main saham ni, kita kena ikut cara penipu main saham. kalau kita main saham ikut kepala kita, mintak maaf la. kata kawan aku tu.
v. jangan main saham terbuka. kalau nak sangat main saham, mainlah saham macam asn, asb gitu. sebab saham jenis ni kerajaan jaga dan tak akan jatuh atau naik sangat. katanya, ini lagi untung an tidak berisiko.

itu yang aku dapat dari perbualan tadi. Jadi bagi aku, saham felda ni masuk kategori saham kerajaan yang boleh la dimiliki sebelum PRU. lepas pru, harganya korang sendiri boleh agak laaa.
Apapun, aku tak begitu faham sebab aku bukan kaki saham.

kg.batangkaki farm berkata...

xdelah bro bagi saya itu hanya pendapat peribadi saje xlebih dari tur,penganalisis dari bank2 terkemuka tempatan telah membuat rumusan bahawa prestasi saham FGVH akan terus melonjak kerana FGV mempunyai pernigaan hiliran yg begitu mantap dimata dunia dan inilah yg memberi keyakinan secara tidak langsung pada pelabur,ini jelas terbukti apabila beberapa kali ia terlebih langgan..

Musykil berkata...

Sama sama kita lihat.

Noah Zieg berkata...

Terlebih langganan ini juga sagt subjektif. Katakanlah saham yang diapungkan 30% dan jumlah lot pula katakanlah 1 juta. Kalau terlebih langganan setakat 100 lot tak ada erti apa apa-apa. Lain lah terlebih langganan melebihi 3 kali jumlah yang ditawarkan iaiitu 3 juta dan lebih, ini bermakna saham itu memang diingini sangat-sangat dan ini adalah tanda saham itu adalah hot cake.Maka harga nya akan melonjak dalam masa yg singkat tidak kira ia disokong atau tidak oleh kerajaan. Dalam kes saham FGVH terlebih langganan itu tidak dinyatakan, maknanya tidak seberapa lebih langganannya.Ini petanda saham ini tidak kuat tarikannya maka permintaannya rendah. Dalam ekonomi kapitalis harga pasaran ditentukan oleh kadar penawaran dan permintaan seandainya perkara lain adalah 'citrus paribus'.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...