Translate

Mesti Baca

Khamis, 14 Jun 2012

Jika Lu Tak Bersalah Kenapa Takut Sangat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir semakin takut jika Pakatan Rakyat menang kerana beliau tahu yang beliau tidak akan terlepas dari didakwa tentang kekejaman, salah laku dan penyalahguna kuasa selama 22 tahun memerintah negara. Menurutnya, perkara paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah. Betul ker yang beliau adalah seorang rejim yang cukup bersih dari melakukan kesalahan.

Kata Mahathir, perkara ini akan diinspirasikan oleh kejadian yang menimpa pemimpin Mesir, Hosni Mubarak dan Libya, Muammar Gaddafi di mana mereka diburu, ditangkap dan dihukum jika Pakatan Rakyat menang pada PRU13 nanti. Andaian ini menunjukkan yang Mahathir sudah yakin Umno/BN akan tumbang selepas 12 penggal menzalimi, menindas, menipu, merompak rakyat marhaen dan beliau adalah bapak segala kejahatan tersebut.

Mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tentang perkara ini beliau menulis dalam blognya “Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti yang sudah ditunjukkan seorang pemimpin besar pakatan dengan menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya,” 
 

Katanya lagi, sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap. "Jika saya menyalahgunakan kuasa, para pengkritik sudah tentu teruja mendedahkannya dan berusaha membawa saya ke penjara. Malah ia pernah dicuba beberapa kali".

“Sejak bersara, saya telah disoal siasat oleh polis dan Pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga hadir di hadapan tribunal yang bertanya dan mempersoalkan segalanya, termasuk wakil Majlis Peguam. Setakat ini tiada (tindakan)  boleh dikenakan terhadap saya,” katanya. Bukan kerana tiada tindakan diambil tetapi kerana Umno/BN masih berkuasa dan beliau masih lagi kebal dari undang-undang. Selagi Umno/BN memerintah, selagi itulah beliau bebas sebebasnya tanpa siapa berani menyentuhnya.

Inilah kata-kata seorang separuh Melayu yang mudah lupa kerana menurut dari apa yang beliau katakan, beliau menjangkakan yang Pakatan Rakyat akan memerintah mengikut apa yang telah beliau lakukan selama 22 tahun menjadi rejim penindas. Jika beliau merasakan yang beliau adalah bekas Perdana Menteri yang paling bersih, kenapa beliau begitu takut. Hanya orang yang bersalah sahaja yang akan membayangkan kesalahannya. Bak kata pepatah, 'Berani kerana benar dan takut kerana salah'.

Seperti yang katakan, gua cukup tidak setuju dengan politik dendam tetapi kesalahan Mahathir cukup besar bagi rakyat Malaysia. Beliau bukan sahaja menindas tetapi sampai ke tahap membunuh rakyat Malaysia dan tangannya masih merah dengan darah-darah para Syuhadah Memali dan peristiwa Lubuk Merbau. Mempergunakan Petronas untuk menyelamatkan syarikat-syarikat milik anak-anaknya. mungkin Anwar cukup tahu tentang perkara ini kerana beliau adalah menteri kewangan ketika itu.

Dalam isu MSC milik Mirzan, beliau terang-terangan menyalahguna kuasa dengan mengarahkan Petronas mengambil alih syarikat Mirzan dengan nilai RM 2 bilion tanpa mengambil kira penilaian sebenar. Dikatakan yang Mirzan menangis mendayu-dayu agar beliau di selamatkan dari muflis semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Kerana sayangkan anak, maka jadilah Mahathir Bapa Mirzan. Ini mungkin baru 1 peratus daripada keseluruhan kesalahan yang beliau lakukan. Dosa-dosa Mahathir terhadap rakyat Malaysia terlalu besar semasa beliau menjadi diktator. Semoga beliau sempat bertaubat sebelum ajal menjemputnya kerana Allah itu Maha Pengampun tetapi dosa beliau terhadap penganaiyaannya pasti akan dituntut di Padang Mahsyar nanti.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...