Translate

Mesti Baca

Selasa, 19 Jun 2012

Isu Plat WWW1: Nizar Hanyalah Tempat Melepaskan Dendam Politik..

Gua rasa sahabat gua Musafirlalu banyak menulis berkaitan isu WWW1 yang di bida dengan harga RM 520,000 dan gua menyokong penuh penulisan beliau dan juga teguran Nizar terhadap Sultan Johor. Malah kenyataan dari TMJ melalui twitternya menunjukkan seolah-olah Raja atau Sultan mempunyai kuasa mutlak tanpa siapa dibenarkan menasihati mereka.

Didalam twitternya TMJ menulis, "Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja. Jangan hidup dalam mimpi. bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan".

Apa makna ini semua melainkan satu teguran dari TMJ tetapi adakah TMJ sedar jika Raja boleh menegur, adalah Raja sendiri tidak boleh ditegur dan kerana ditegur maka yang menegur dituduh menderhaka kepada Raja. Adakah Nizar menegur perkara yang buruk terhadap Raja yang dikatakan maksum itu. Jangan diungkit tentang Singapura kerana TMJ patut sedar tentang sejarah dan siapa yang menjual Singapura kepada penjajah British demi mengekalkan kuasa yang semakin kurang. TMJ patut membaca 2 dari 96 perkara yang diusulkan oleh Mahathir di Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993 untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Pejabat dan rumah Nizar diserbu pihak polis.

Demi menunjukkan kemurkaan terhadap Nizar, Sultan Johor telah bertitah kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.  Tidakkah Raja sedar bahawa Nizar adalah pemimpin yang dilantik oleh rakyat dengan cara yang sah sebagai wakil mereka untuk menegur, membela, memberi pandangan tanpa mengira status seseorang itu berbanding dengan Raja yang dilantik secara turun menurun.

Di manakah kewajarannya untuk rakyat jika segala kelakuan baik atau buruk Raja yang mereka sanjung tidak boleh diperkatakan. Jika mereka menegur Raja maka mereka akan dituduh menderhaka dan pihak polis mula bertindak secepat kilat sebagaimana dialami oleh Nizar yang mana pejabat dan rumahnya diserbu hanya kerana teguran pendek beliau didalam laman twitternya. Sedangkan baginda sendiri bertitah, 'Tiada rakyat maka tiadalah rajanya'.

Jika di bandingkan antara isu serangan pengawal peribadi dan pencerobohan kapal layar baginda oleh pelancong dari Singapura dengan isu plat WWW1, ia tidaklah sebesar mana pun kerana ini semua adalah mainan kotor dari pemimpin Umno. Kenapa di perbesar-besarkan isu ini kerana mengikut perkiraan saya, ia adalah dari kesenambungan dendam yang tidak berkesudahan terhadap Nizar yang melakukan 'Sembah Derhaka' terhadap Sultan Perak berkaitan isu perampasan kuasa yang jahat kerajaan PR Perak oleh Umno.

Mungkin dari provokasi Umno yang Nizar adalah boneka DAP semasa beliau menjadi MB Perak. Jika benar tentang perkara ini maka amat malang bagi rakyat Malaysia kerana Raja-Raja Melayu telah dipermain-mainkan oleh Umno demi menyambung ajal mereka yang hampir tiba. Apakah Raja-Raja Melayu tidak mengambil iktibar akan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Umno semasa mereka cukup kuat. Di mana Raja-Raja melayu ketika itu, adakah mereka sehebat sekarang dengan mengeluarkan kemurkaan terhadap pemimpin Umno. Rakyat yang berani adalah rakyat yang takut kemurkaan Allah s.w.t. daripada kemurkaan Raja-Raja Melayu yang bersifat keduniaan. Bagi saya, Raja yang baik adalah Raja yang sentiasa berlapang dada apabila ditegur dan bukannya Raja yang menunjukkan kekuasaan di atas muka bumi Allah s.w.t. ini.

2 ulasan:

zulhairi aziz berkata...

salam tuan boleh add blog zulh http://zulhairiaziz99.blogspot.com kedalam bloglist tuan t.kasih blog tuan sudah ada dalam blog saya

Tanpa Nama berkata...

TMJ...o.....TMJ

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...