Translate

Mesti Baca

Selasa, 12 Jun 2012

Bila Firaun Tua Bercakap Tentang PRU13, Najib/Rosmah Mula Kepanasan. (Bhg 2)


Najib mula bermain teka-teki untuk membubarkan parlimen walaupun timbalannya, Muhyiddin berkata yang PRU13 tidak lama lagi tetapi tidak terlalu dekat. Inilah pertama kali dalam sejarah yang Umno Celaka terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya selepas 1999. Mungkin sifu Najib Haramjadah, si Firaun tua belum memberi petanda kepadanya kerana rejim Najib Haramjadah belum berjaya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau benar-benar bersih dari skandal. Ini lebih kepada kenyataan Muhyiddin yang bersifat penyampai Firaun tua disebabkan kegagalan Najib Haramjadah menjawab isu-isu dan dakwaan-dakwaan yang di bangkitkan oleh Pakatan Rakyat.

Ketakutan rejim Najib Haramjadah akan kehilangan kuasa turut dirasai oleh semua pemimpin Umno/BN, kroni dan para pencacainya. Mereka tahu jika Umno/BN tewas pada kali ini maka mereka akan hilang segalanya dan segala kejahatan mereka akan dibongkar satu persatu dan pasti tiada siapa yang akan terlepas, walhal si Firaun tua yang meniti usia. Mungkin Firaun tua akan sempat menyaksikan anak-anaknya bergari selepas menikmati kemewahan hidup hasil rompakan yang beliau lakukan semasa 22 tahun memerintah negara. Bagi gua, gua tidak suka dengan dendam politik tetapi gua ingin lihat keadilan tertegak tanpa mengira ideologi seseorang baik Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat.

Seperti cabaran Muhyiddin  terhadap Anwar berkenaan pengawalan 20 akaun induk yang bernilai RM 3 bilion, beliau pun patut mendedahkan akaunnya sendiri kerana ketika mula dilantik menjadi menteri pusat sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak sekaya sekarang sehingga anak bini mampu bermewah walau pun tidak semewah dan sehebat Bik Mama. Elok sangatlah perkara ini di bangkitkan oleh Anwar kerana beliau banyak tahu tentang skandal para pemimpin Umno/BN memandangkan beliau bekas orang no.2 dalam kerajaan Maha Firaun.  Jika era Maha firaun, beliau cukup suka menyimpan pemimpin yang bermasalah supaya beliau boleh buat ugutan jika ada penentangan daripada orang bawahnya tetapi apa yang Najib Haramjadah ada untuk melakukan ugutan demi menyelamatkan beliau, Bik Mama, anak-anaknya, adik-beradiknya dan kroni-kroninya.

Rejim Najib Haramjadah semakin hari semakin terdesak demi mengekalkan rejimnya untuk penggal ke 13 dan jangan hairan jika Najib Haramjadah dan Bik Mama melakukan perkara-perkara yang diluar dari kebiasaannya, seperti fasa kedua Beli Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 lagi. Itu dalam keadaan kerajaan tidak berduit sepertimana yang dikatakan oleh Najib Haramjadah terhadap kakitangan awam berkenaan kenaikan gaji yang lebih tinggi. Jika RM 500 menjadi pertaruhan rejim Najib Haramjadah untuk meraih simpati, ia masih belum cukup dari apa yang beliau songlapkan untuk kemewahan Bik Mama dan anak-anaknya. Pastikan RM 500 diambil kerana itu adalah duit rakyat dan bukannya dari poket Najib Haramjadah ataupun poket Bik Mama.

Mungkin juga kerana belum ada petunjuk oleh bomoh dari India yang memungkinkan diadakan pilihan raya kerana itulah Firaun tua belum memberi lampu hijau untuk diadakan pilihan raya atau jika boleh, mungkin Najib Haramjadah ingin menyimpan terus pilihan raya dari diadakan agar beliau terus berkuasa. Permainan Najib Haramjadah ini bukan sahaja tidak boleh diterima, malah ia cukup menjengkelkan parti komponen Barisan Nasional. Tidak mustahil Najib Haramjadah akan melakukan tawar menawar dengan Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya diadakan demi menyelamatkan beliau, Bik Mama, anak-anaknya dan adik-beradiknya. Kita tunggu dan lihat sahaja kerana PRU13 tetap akan diadakan walaupun Najib Haramjadah cuba menyimpannya.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...