Translate

Mesti Baca

Khamis, 14 Jun 2012

Betul ker Ghani 4 Tahil Talang Bermuka-Muka.


Adakah Peguam Negara Abdul Gani Patail memainkan peranan dalam pembocoran dokumen sulit berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas menteri Rafidah Aziz 15 tahun lalu?

Terdapat kemungkinan besar, dengan mengambil kira tindakan Anwar Ibrahim membuat empat laporan polis berasingan ketika ditahan di penjara Sungai Buloh antara Julai hingga Ogos 1999, kata bekas Ketua Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

NONETerdapat khabar angin bahawa Gani, ketika itu ketua pendakwaraya di Pejabat Peguam Negara, memberikan dokumen yang dikelaskan sebagai "rahsia" kepada Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Mat Zain ketika itu baru dinaikkan pangkat sebagai ketua CID Kl selepas daripada tugasnya di Melaka. Beliau dipertanggungjawab mengendalikan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar.

Laporan itu, berhubung salah guna kuasa, dibuat terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas peguam negara Mohtar Abdullah dan Gani sendiri.

Laporan itu kebanyakannya menyentuh skandal Perwaja Steel melibatkan bekas ketua syarikat Eric Chia, Rahim, Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin - kesemuanya rapat kepada 'musuh' Anwar, Dr Mahathir.

Anwar dalam laporannya mendakwa Dr Mahathir, Mohtar dan Gani tidak mengambil sebarang tindakan terhadap empat pihak yang didakwa terlibat dalam amalan rasuah bernilai jutaan ringgit.Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...