Translate

Mesti Baca

Rabu, 23 Mei 2012

Jika Benar Berlaku, Gua Rasa: Kazakhstan Tawarkan Suaka Politik Kepada Najib/Rosmah.


Keadaan di kediaman rasmi Perdana Menteri kelihatan kelam kabut dengan beberapa buah lori sedang memunggah barang-barang peribadi milik Rosmah Mansor dengan dikawal oleh beberapa orang pengawal peribadinya setelah satu titah dikeluarkan supaya tentera berada dalam siap sedia. Semua pejabat-pejabat rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang terletak di Putrajaya telah diarahkan dikunci serta-merta.

Kelihatan Rosmah Mansor berlegar-legar seperti orang hilang akal setelah keputusan PRU13 diumumkan sebentar tadi oleh Pengerusi SPR dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat dan Najib sendiri hampir hilang kerusi parlimen Pekan dengan majoriti tipis. Hampir kesemua menteri-menteri kabinet Najib tewas dikerusi masing-masing dalam sejarah PRU paling kotor dalam sejarah 55 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.Kesemua ahli politik yang melompat parti telah hilang wang pertaruhan masing-masing diketuai Ibrahim Ali yang kalah teruk di parlimen Pasir Mas.

Ramai wartawan dalam dan luar negara sedang berkumpul diluar kawasan Sri Perdana untuk mendapatkan komen dari Najib yang tergesa-gesa meninggalkan PWTC setelah mengetahui lebih awal kekalahan teruk Umno/BN kepada Pakatan Rakyat tanpa memberi apa-apa respons terhadap pertanyaan wartawan berkaitan kekalahan Umno/BN setelah 55 tahun memegang tampak pemerintahan yang berlandaskan kepada memperkayakan keluarga dan kroni-kroninya. Mungkin beliau ingin bersama dengan Rosmah untuk menangis akan kekuasaan yang mereka miliki hilang dalam sekelip mata.

Najib akan menjadi ketua pembangkang yang baru walau pun ada khabar-khabar angin yang bertiup kencang menyatakan yang beliau akan melarikan diri setelah kerajaan besannya menawarkan suaka politik untuk beliau dan keluarganya ke Kazakhstan. Berita ini mungkin benar memandangkan pendaratan sebuah pesawat milik kerajaan Kazakhstan sebentar tadi di lapangan terbang tentera udara Sungai Besi. Mungkin Kazakhstan sahaja sebagai negara penyelamat beliau setelah waran tangkap Interpol telah dikeluarkan terhadap beliau dan Rosmah oleh mahkamah Perancis berkaitan skandal scorpene. Mengikut penjanjian negara-negara EU, jika satu-satu waran dikeluarkan oleh ahli kesatuan mereka maka Najib dan Rosmah tidak dapat menjejakkan kaki mereka ke Eropah.


Para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah mengadakan satu mesyuarat tergembar di bangunan PAS selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Rakyat telah menang dengan majoriti mudah walau pun banyak lagi keputusan belun diketahui dan bagi negeri pula, hanya Johor dan Sabah sahaja yang dapat dipertahankan oleh BN tanpa majoriti dua pertiga.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah menasihati orang ramai agar bertenang kerana ada ura-ura yang Umno/Perkasa cuba melakukan provokasi dengan isu perkauman. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dengan bersepakatan, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan timbul perkara-perkara sepertimana dilakukan oleh Umno/BN apabila merampas Terengganu pada PRU11 dan rakyat akan diutamakan. Segala penyalahguna kuasa oleh pemerintah dahulu akan berlandaskan kepada undang-undang yang sedia ada. Para pelabur asing dalam komen mereka masih tunggu dan lihat kerana peralihan kuasa ini adalah kehendak rakyat malaysia sendiri.
Bersambung......

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...