Translate

Mesti Baca

Sabtu, 28 April 2012

Ribuan penyokong Bersih 3.0. Berhimpun Di 30 Buah Kotaraya.


(Lebih 100 berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Sydney, Australia)

KUALA LUMPUR: Ketika ratusan ribu rakan-rakan mereka berkumpul di Kuala Lumpur, beribu-ribu penyokong agenda Bersih juga berkumpul di tempat-tempat lain seluruh dunia.

Khamis lepas, berpuluh-puluh penyokong Bersih 3.0 melancarkan kempen mereka lebih awal iaitu di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah.

Hari ini perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya. 

Di Sydney, Australia, lebih 100 orang berkumpul bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

(Perhimpunan di Masjid Nabawi, Madinah beberapa hari lalu)

Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter. 

Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu ‘Negara Ku’. 

Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta.

“Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!” tulis satu tweet. Semasa di Perth, Australia,

(Himpunan Bersih 3.0 di Kota Kinabalu)

150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut. Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
“Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan,” laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri)

(Perhimpunan Bersih 3.0 di Kucing)

Memakai baju-T kuning, mereka – kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu – membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.
Selain, penyokong Bersih juga berhimpun di Kota Kinabalu, Sabah. Begitu juga di Kucing, mereka juga berhimpun di sana. HarakahDaily

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...