
Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.
Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.
Robert Kuok mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion.
Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.
Di tempat ketiga ialah Lee Kim Hua, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion.
Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat.
Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.
Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat
dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.
dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.
Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat.
Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi.
Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilai
AS$500 juta.
AS$500 juta.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.
Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta.
Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta.
Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya.
Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.
Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama.
Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas.
Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012. - Bernama
Senarai40 terkaya di Malaysia..
1 Robert Kuok USD 12.4 bilion (RM 40.672 bilion)
2 Ananda Krishnan USD 9.9 bilion (RM 32.472 bilion)
3 Lee Kim Hua USD 6.5 bilion (RM 21.32 bilion)
4 Lee Shin Cheng USD 5.2 bilion (RM 17.056 bilion)
5 Teh Hong Piow USD 5 bilion (RM 16.4 bilion)
6 Quek Leng Chan USD 4.2 bilion (RM 13.776 bilion)
7 Syed Mokhtar AlBukhary USD 3.3 bilion (RM 10.824 bilion)
8 Yeoh Tiong Lay USD 2.6 bilion (RM 8.528 bilion)
9 Tiong Hiew King USD 1.5 bilion (RM 4.92 bilion)
10 Vincent Tan USD 1.2 bilion (RM 3.936 bilion)
11 Lee Oi Hian & Lee Hau Hian USD 1.1 bilion (RM 3.608 bilion)
12 Azman Hashim USD 900 juta (RM 2.952 bilion)
13 Shahril & Shahriman Shamsuddin USD 845 juta (RM 2.771 bilion)
14 Mokhzani Mahathir USD 685 juta (RM 2.246 bilion)
15 Anthony Fernandes USD 615 juta (RM 2.017 bilion)
16 Lim Kok Thay USD 605 juta (RM 1.984 bilion)
17 Chen Lip Keong USD 600 juta (RM 1.968 bilion)
18 Jeffrey Cheah USD 580 juta (RM 1.902 bilion)
19 Kamarudin Meranun USD 560 juta (RM 1.836 bilion)
20 Lau Cho Kun USD 525 juta (RM 1.722 bilion)
21 William H.J.Cheng USD 520 juta (RM 1.705 bilion)
22 Ninian Mogan Lourdenadin USD 500 juta (RM 1.64 bilion)
23 Goh Peng Ooi USD 430 juta (RM 1.41 bilion)
24 G.Gnanalingam USD 360 juta (RM 1.18 bilion)
25 Lim Wee Chai USD 350 juta (RM 1.148 bilion)
26 Chan Fong Ann USD 330 juta (RM 1.082 bilion)
27 A.K.Nathan USD 300 juta (RM 984 juta)
28 Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming USD 285 juta (RM 934.8 juta)
29 Chong Chook Yew USD 275 juta (RM 902 juta)
30 Ong Leong Huat USD 265 juta (RM 869.2 juta)
31 Liew Kee Sin USD 260 juta (RM 852.8 juta)
32 Cha Song Kun USD 235 juta (RM 770.8 juta)
33 Ahmadyuddin Ahmad USD 225 juta (RM 738 juta)
34 Gooi Seong Lim USD 220 juta (RM 721.6 juta)
35 Eleena Sultan Azlan Shah USD 195 juta (RM 639.6 juta)
36 David Law Tien Seng USD 190 juta (RM 623.2 juta)
37 Ng Joo Siang USD 185 juta (RM 606.8 juta)
38 Abdul Hameh Sepawi USD 175 juta (RM 574 juta)
39 Kua Sian Kooi USD 160 juta (RM 524.8 juta)
40 Khoo Kay Peng USD 155 juta (RM 508.4 juta)

kita harus bertanya dari manakah datangnya wang mereka ..adakah diatas kesensaraan orang lain atau mengambil hak oarang lain kerana kebanyakan kekayaan mereka datang daripada kesusahan yang terpaksa ditangung oleh rakyat bawahan..
BalasPadam