Translate

Mesti Baca

Isnin, 27 Februari 2012

'Tidak Semua Siasatan Akan Didakwa', Najib Mula Campurtangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, terpulang kepada peguam negara untuk mendakwa pengarah-pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) atas tuduhan pecah amanah.

Katanya, tanggungjawab polis menjalankan siasatan dan mendapatkan bukti secukupnya untuk peguam negara supaya jika kes itu dibawa ke mahkamah, pendakwaan kes itu dapat diterima mahkamah, lapor Bernama.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan.

"Saya tidak boleh membuat andaian apa akan berlaku dalam kes ini, sebab ia adalah merupakan budi bicara Peguam Negara mengikut Perlembagaan negara kita. Hanya beliau sahaja yang berhak buat keputusan," katanya.

Semalam, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis akan mencadangkan kepada peguam negara untuk mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan.

Terdahulu, dalam ucapannya ketika menghadiri majlis makan tengah hari bersama penduduk Sekinchan, Najib berkata kewujudan dan masa depan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah terjamin dan tidak boleh dipertikaikan sesiapa kerana ia telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

Katanya, pindaan pada Seksyen 21(2) Akta Pendidikan yang dibuat beliau semasa menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1996 telah menjamin kedudukan sekolah-sekolah itu.

Kerajaan juga akan terus membantu pembangunan sekolah-sekolah ini, di mana dalam Belanjawan 2012 kerajaan telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta untuk pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan juga sekolah-sekolah agama, katanya.

"Kita akan terus bantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dibangunkan, di samping menaikkan kualiti pendidikan sekolah kebangsaan," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada majlis yang sama, Najib juga mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta untuk pembinaan blok baru 18 buah bilik darjah SJKC Yoke Kuan dan menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan blok baru itu.

Dalam lawatannya ke sini, perdana menteri juga menyerahkan kunci rumah kepada seorang penerima bantuan khas, Chia Hau Lan.

- Bernama

NFC, tak perlu takut kalau tak salah, kata ahli Umno

Syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak sepatutnya mencampuri urusan polis dan tidak perlu takut dengan siasatan polis sekiranya mereka tidak bersalah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

NONEOleh sebab itu, katanya adalah tidak munasabah apabila pihak pengurusan NFC menafikan berlaku pecah amanah atau penyelewengan berhubung isu NFC kerana beliau percaya bahawa polis telus dalam menjalankan siasatan.

"Serahkan kepada polis dan Peguam Negara (untuk) dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah, pihak NFC tak perlu takut," katanya dalam blog Umno Cheras.

Semalam, polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif  NFC Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Walau bagaimanapun atas nasihat peguamnya, Shafee Abdullah, NFC semalam mengeluarkan kenyataan mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan polis berkenaan, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Mengulas perkara itu, Syed Ali berkata kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi berkenaan juga membuktikan tiada keistimewaan dalam mana-mana kes walaupun
ia melibatkan individu berpengaruh.

NONE"Mengapa pihak pengurusan NFC takut dan seperti ada sesuatu sehingga membuat kenyataan penafian (petang semalam)," katanya.

Sehubungan itu, menurut Syed Ali beliau mengalukan-alukan ketegasan polis dan memuji jabatan berkenaan kerana prihatin terhadap pandangan dan kehendak rakyat supaya siasatan dijalankan ke atas NFC.Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...