Translate

Mesti Baca

Ahad, 12 Februari 2012

Pergi Jahanam Dengan Hak Asasi Lu Karpal...!!!!!

Menjelang 14 Februari nanti, umat Kristian akan menyambut hari kekasih atau 'Valentineday' yang mana ianya telah dibantah oleh umat Islam yang masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Tidak bagi Melayu/Umno yang akan mengambil kesempatan daripada penyambutan hari tersebut dengan menganjurkan bermacam-macam aktiviti yang cukup mengarut.

Bagi Karpal Singh, beliau menentang hasrat PAS dengan alasan ia melibatkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara amat memalukan. Persetankan dengan apa yang beliau pegangi atas dasar sebagai pengamal undang-undang sekular dulu, kini dan selama-lamanya. Di manakah pergi para pemimpin PAS dan PKR/Islam untuk menerangkan kepala Singh murtad ini agar beliau dapat diberi penerangan kenapa Islam menolak sambutan ini. 

Masih belum terlambat untuk pemimpin Islam memberi penerangan kepada beliau walau pun ramai anak-anak muda yang mengaku Islam tetapi masih mengagung-agungkan sambutan ini setiap tahun. Inilah kerja yang sepatutnya dilakukan oleh PAS kepada rakan-rakannya dalam DAP dan PKR. Mungkin beliau beliau tidak mengetahui akan penangan sambutan tersebut terhadap akidah umat Islam. Bagi gua, kesalahan ini semestinya berpunca daripada membawakan oleh Umno yang sudah cukup lama memesong pemikiran orang Melayu/Islam kerana mereka adalah legasi daripada bapak-bapak mereka (British) yang meninggalkan Malaya bersama dengan akar tunjang yang kuat kepada anak emas mereka (Umno).

Singh murtad ini melihat dari kaca mata beliau sebagai seorang yang arif dengan undang-undang sekular yang beliau sendiri agung-agungkan seperti para pemimpin Umno. Jika perkara ini pun PAS tidak dapat lakukan, maka jalan terbaik ialah PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Kalah kerana mempertahankan maruah Islam adalah lebih mulia daripada menang dengan mengadaikan prinsip Islam. PAS bukan baru dalam politik Malaysia dan PAS juga adalah parti yang paling senior daripada Umno kerana ia ditubuhkan sebelum merdeka dengan berbagai nama. 

Apakah cukup dengan memberi alasan yang Singh murtad ini tidak mengetahui akan selok-belok kesyumulan Islam maka beliau boleh berkata apa sahaja tentang Islam. Sebagaimana beliau berkata, 'langkah mayat beliau dulu sebelum Islam ditegakkan' boleh di lupa begitu sahaja oleh ahli PAS yang cintakan perjuangan Islam sehingga ketitisan darah terakhir. Gua boleh kata yang Singh murtad ini benar-benar tidak diberi penerangan oleh pihak PAS, jika tidak tak kan beliau berani menentang hasrat PAS dengan menggunakan alasan melanggar hak asasi sejagat kerana ia disambut oleh semua negara.

Jika perkara sekecil ini pun PAS tidak boleh menerangkan kepada Singh murtad dan orang bukan, bagaimana dengan perkara-perkara yang lebih besar lagi. Sambutan hari kekasih atau valentineday adalah perkara yang melibatkan iman dan akidah umat Islam yang tidak boleh tawar menawar seperti membeli barang keperluan seharian. Mana perginya 40 individu yang mengaku ularmamak semasa menyertai Umno untuk mengelak dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Apakah perut-perut mereka terlalu buncit kekenyangan sampai tak bangun untuk menyuarakan teguran kepada Najib dan Rosmah.

Jangan kata nak bercakap tentang valentineday, nak menegur perbuatan Najib semasa sambutan Thaipusam pun tak berani nak angkat muka. Inilah kerja-kerja pemuda yang menganggap mereka ulama tetapi hakikatnya, merekalah sampah-sampah yang akan mempertahankan tindakan Najib yang sanggup menggadai akidah semata-mata untuk mencari undi kaum India. Bagi Najib/Rosmah, akidah tolak tepi sekiranya ia menguntungkan beliau untuk meraih undi. Kerana itulah 40 ekor pemuda ini sanggup mengadaikan ilmu mereka demi menjaga periuk nasi dan tiada tindakan akan dikenakan ke atas oleh pihak berkuasa sebelum mereka menyertai Umno. 

Jadi lu nak tahu apa kerja mereka sekarang ini dengan ilmu yang mereka belajar di Al-Azhar, Jordan, Madinah dan universiti-univisiti timur tengah, cari kesalahan Ustaz Azhar Idrus dan hentam beliau habis-habisan dari segala sudut. Cukup bulan, ambil gaji dan bagi keluarga memteketarah daripada hasil itu. Pi mampos dengan Karpal Singh, ularmamak dalam Umno dan para pemimpin PAS yang lebih mementingkan kuasa daripada akidah umat Islam. 'Lu dengan agama lu, gua dengan agama gua', habis citer.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...