Translate

Mesti Baca

Rabu, 29 Februari 2012

Mahathir: Si Tua Yang Semakin Bodoh.

Image Detail
Mungkin tajuk ini akan mengundang kemarahan buat pengagung Mahathir 'Separuh Melayu Yang Mudah Lupa'. Beliau menyangka yang beliau cukup hebat untuk menafsirkan apa yang terkandung didalam Al-Quran dengan meletakkan bahasa Al-Quran (Arab) hanya sedap didengar dan hanya beliau yang paling bijak untuk menafsirkannya walaupun bacaannya sendiri lintang pukang. Kerana itulah beliau cukup mengagungi gurunya (Mustafa Kamal Atatturk Laknatullah) dengan mengumpamakan Al-Quran adalah karangan Muhammad bin Abdullah yang sebaris dengan orentalis-orentalis barat dalam hal mengarang. Beliau juga mahu diingati sebagai pengarang Melayu yang paling agung dengan sebuah kitab sepeninggalannya, iaitu 'Malay Delima'.
Image Detail


Inilah sikap buruk seorang yang mengaku bangsa Melayu dan baginya, hidup dialam musafir ini cukup lama berbanding dengan alam akhirat. Beliau beranggapan, mencari nama sehingga namanya diingati oleh orang ramai selepas kematiannya lebih hebat daripada mencari keredhaan Allah s.w.t. Menimbulkan satu perkara kontravesal adalah pendekatan terbaik seorang politikus seperti beliau kerana ia akan dibahas dan diingati oleh ramai orang.

Hukum Allah s.w.t. tidak adil kerana boleh menganaiya kaum wanita yang dirogol disebabkan memerlukan 4 saksi yang adil, kat Malaysia mana nak dapat saksi macam itu. Jika seorang perempuan yang dirogol menuduh perogolnya tanpa mengemukakan 4 saksi, maka ia akan disebat sebanyak 80 sebatan. Selepas itu, wanita tersebut akan dituduh mengandung anak luar nikah (berzina) dan akan dihukum rejam sampai mati pula. Inilah hujah Mahathir yang akan menjadi pegangannya sampai ke mati sebagaimana pegangan anak-anaknya kerana, baginya hukum Hudud itu tidak diwajibkan dan tiada dalam Al-Quran.

Kesian sungguh gua terhadap keluarga Melayu nih yang berpegang teguh kepada sekularisma. Perniagaan arak itu tidak haram jika ada lesen sebagaimana anaknya yang memiliki syarikat pengeluar arak di Filipina. Apa guna tutup aurat jika hati tiada iman kerana beliau seorang doktor yang boleh nampak iman di hati seseorang sepertimana beliau melihat virus di microskop. Beliau cukup tegas dengan pegangan yang berpandukan logik akal semata-mata kerana hukum akal ialah benda yang boleh diterjemahkan oleh akal. 

Akal yang diciptakan oleh Allah s.w.t. mengesakan Allah dan hari akhirat tetapi akal yang ada pada Mahathir dan keluarganya tidak boleh menerimanya kerana ia bertentangan dengan logik jasad yang sudah mereput (mati) boleh kembali kepada sediakala. Bukankah beliau seorang doktor yang bijak dan tahu segala hal sebagaimana beliau tahu tika mana serangan jantung terhadapnya akan berlaku. Islam dan hukumnya tidak adil kerana hukum ciptaan manusialah yang adil kerana ia mengikut peredaran zaman, maka hukum Islam sudah lapuk.

Jika bangsa Melayu dan umat Islam benar-benar menghayati Islam, maka bangsa dan umat tersebut tidak akan maju sampai bila-bila. Seperti kata guru Mahathir (Kamal Atatturk Laknatullah), negara Turki akan maju jika rakyat Turki hidup mengikut gaya barat. Sampai sekarang pun, Turki masih lagi tertinggal jauh berbanding dengan negara Malaysia yang diperintah oleh anak muridnya. Bagi Mahathir, Allah itu tidak adil kerana menyuruh hambanya berhukum dengan hukum Hudud.

Seperti yang gua hujahkan yang mana adil dalam Islam bermakna 'Adil Pada Tempatnya' sebagai contoh, beliau mempunyai anak kembar lelaki dan perempuan, adakah adil apabila beliau membeli dua pasang pakaian perempuan sahaja walaupun seorang daripada kembar tersebut adalah lelaki. Jika tanya orang kampung yang tidak elit pun mereka akan kata itu kerja bodoh. Sepatutnya beliau mestilah membeli sepasang pakaian perempuan untuk kembar perempuan dan sepasang pakaian lelaki untuk kembar lelaki. Itulah perumpamaan adil didalam Islam iaitu adil pada tempatnya.
Image Detail
Yang lelaki menjadi 'Gay'
Image Detail
Yang perempuan menjadi 'Tomboy'.

Tetapi kerana kebijaksanaan Mahathir untuk menunjukkan yang beliau betul, beliau telah mengambil anak angkat dari Pakistan seorang perempuan dan seorang lelaki. Beliau pun mengunakan akal bodohnya dengan memakaikan anak-anak angkatnya dengan pakaian lelaki semuanya. Sekarang anak angkatnya sudah besar, tetapi apa yang berlaku ialah anak angkat perempuannya telah menjadi seorang tomboy atau penkid. Ini sebagai contoh yang ada dihadapan kita sekarang ini dan bukannya untuk memburuk-burukkan apa yang beliau lakukan.

'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dengan termanya iaitu 'kita hanya mengambil ayat-ayat dari Al-Quran yang elok-elok sahaja' kata-kata beliau yang sentiasa kedengaran setiap hari di radio pada era 80'an. Bagi beliau, dalam kitab Al-Quran ada ayat-ayat yang tidak elok dan mungkin yang tidak elok itulah ayat-ayat yang berkaitan dengan 'Hukum Syariah' atau 'Hukum Hudud'. Jika dilaksanakan, pasti tidak ada batu untuk buat jalanraya kerana ia telah digunakan untuk merejam. Nanti ramailah rakyat Kelantan akan kudung tangan dan kaki kerana mencuri. Bukan sahaja orang Melayu yang bodoh, bangsa Cina dan India pun ditakut-takutkan oleh Mahathir. 

Kerana itu juga beliau telah menyarankan agar Al-Quran dikaji dan ditafsir semula, mungkin untuk mengikut selera beliau demi kepentingan keluarga dan kroni-kroninya. Jika tidak, takkan bekas Ketua Polis Negara dan timbalan pengerusi Genting Berhad, Tun Hanif Omar berani mengeluarkan kata-kata di mahkamah tentang judi. Beliau dengan angkuh mengatakan dalam Al-Quran tiada larangan berjudi apabila ditanya oleh seorang peguambela bukan Islam. Inilah mentaliti hasil daripada pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, Allah dan RasulNya dihina secukup-cukupnya tanpa merasa bersalah. Sekarang ini pun walau umur sudah hampir senja, beliau tetap menunjukkan pemusuhannya terhadap Hukum Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...