Translate

Mesti Baca

Ahad, 26 Februari 2012

Kalau Namanya Pencacai Maka Macam Sial Dan Celakalah Laporannya.

 
Apa yang gua boleh tulis melainkan perkataan sial dan celaka buat media pencacai dalam laporan terkini mereka tentang kerajaan Kedah. Kerana kebodohan yang penuh dengan nafsu serakah, mereka tidak boleh membezakan antara mesyuarat Exco dengan mesyuarat politik. Mereka menjaja kepada orang-orang yang masih bodoh pemikiran politiknya dengan mengatakan 5 Exco telah memulau mesyuarat dengan Ustaz Azizan sedangkan bukan semua Exco Kedah menjadi ahlinya. 
 
Apakah mereka menjangkakan yang Ustaz Azizan akan termakan jerat yang mereka letakkan itu kerana mungkin mereka tidak sedar yang Ustaz Azizan adalah pakar strategik dan perang saraf. Ustaz Azizan adalah aset yang cukup berharga yang PAS miliki. Kerana itulah beliau tidak cepat melatah apa yang cuba dimainkan oleh media pencacai sial tahap celaka nih.

Apa yang memalukan dan mendukacitakan ialah ada dikalangan pemimpin Pakatan terikut-ikut rentak yang dimainkan oleh media pencacai sial tahap celaka. Konon-kononnya Anwar adalah orang yang berada disebalik tabir yang cukup berkuasa. Hello bhai..... lu sape sampai hebat sangat nak kacau pentadbiran kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan kerana gua tak nampak yang Anwar dan proksinya boleh mengertak beliau Ustaz Azizan.

Takkanlah mereka tak boleh nak fikir bagaimana permainan media pencacai sial tahap celaka yang sedang mengaidkan Ustaz Badrul Amin dengan kes tangkap khalwat dengan bini orang. Umno yang semakin terdesak dengan berbagai skandal sedang cuba mengalih perhatian rakyat marhaen agar mereka kekal berkuasa pada PRU 13 yang semakin hampir. Skandal NFC yang amat melemaskan sehinggalah kenaikkan gaji kakitangan awam yang belum selesai.

Kenyataan Ustaz Azizan berkenaan dengan perlantikkan Exconya:
 
"Saya sudah muktamadkan (tentang pelantikan exco), cuma ada sedikit masalah teknikal dari segi undang-undang sebab semua Exco akan tamat tempoh pada 7 Mac ini.

"Jadi tak boleh nak angkat sumpah 10 orang Exco pada 28 Februari ini sebab akan jadi 12 exco lah nanti sebab tarikh tamat tempoh tak sampai lagi... Exco tak cukup tak apa, jangan lebih (ikut undang-undang tubuh Kedah)," katanya.

Azizan berkata setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu dan pihaknya tidak ada masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan terbabit.

"Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak.

Senarai semua nama sudah dihantar kepada Tuanku (Sultan Kedah),"


Dan ini pula penafian dari Ustaz Badrul Amin tentang kes beliau dituduh khalwat:
  
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.  

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.  

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.  

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.  

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.  

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini. 
 

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...