Translate

Mesti Baca

Isnin, 23 Januari 2012

Umar Abdul Aziz Tinggalkan 1 bilion Dinar, Berapa Pula Yang Umno Tinggalkan???


Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. meninggalkan 1 bilion dinar (mengikut nilai sekarang lebih kurang RM750 bilion) dalam perbendaharaan selama dua tahu setengah pemerintahannya, berapa pula Umno yang dipimpin Najib tinggalkan untuk negara. Hampir 55 tahun Umno/BN memerintah negara dan sebanyak RM 1.02 trilion dilaporkan hilang dalam masa 10 tahun terakhir ini oleh badan dunia melalui amalan rasuah, pengubalan wang haram dan bermacam-macam skandal. Mungkin yang tinggal hanyalah dua biji telor yang disimpan dengan rapi tetapi jika ianya boleh dicabut, pasti dua biji telor itu pun akan lesap.

Pemimpin Umno jangan bercakap besar dalam tadbir urus negara jika hidup mati negara dikelilingi hutang yang tidak terhitung jumlahnya. Apabila ada pemimpin DAP yang ingin mengikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., mereka dengan nada sombong memperlekehkannya. Sepatutnya sebagai umat Islam kita patut berbangga dengan contoh yang ditinggalkan oleh Umar Abdul Aziz r.a., apatah lagi ada pemimpin bukan Islam ingin mencontohi beliau. Inilah sikap haprak Umno yang semakin hari semakin celaka dengan memerah keringat warga marhaen./Baca lagi.........

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...