Translate

Mesti Baca

Selasa, 3 Januari 2012

Skandal NFC: Kertas Siasatan Hampir Siap Tapi Mana Kelibat Suami Dan Anak-Anak Shahrizat???


Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini mengesahkan siasatan pasukan berkenaan terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) sudah “80 peratus selesai”.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dan pendakwaan dilakukan.
“Siasatan terhadap skandal NFC sudah 80 peratus siap, beri kami sedikit masa lagi, kami perlu melakukan ‘wrap up’ sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Ketua Hakim Negara,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Perkembangan terbaru skandal yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat ini adalah pendakwaan terhadap seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan JSJK semasa siasatan  skandal Pusat Fidlot nasional (NFC)  atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini./Baca lagi......

1 ulasan:

MOH KEMBARA berkata...

Salam,

'Wrap up' tu maksudnya 'bungkus' pastu 'dispose of' dalam 'trash bin'.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...