Translate

Mesti Baca

Selasa, 3 Januari 2012

Rupanya Si Celaka Belum Letak Jawatan Lagi.

Shahrizat nafi serat surah letak jawatan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Itu tidak benar. Saya tidak pernah beri surat peletakan jawatan. Banyak khabar angin kerana sebenarnya itu yang pembangkang hendak tengok berlaku," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, semalam.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri berhubung jawatannya dalam Kabinet.

"Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya kerana jawatan Kabinet adalah kuasa di atas bahu Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Najib sebelum ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Shahrizat yang dilanda kontroversi isu projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan.

azlanSementara itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita BN berkata pihaknya telah mengenal pasti 30 kawasan parlimen yang akan diberikan tumpuan dan perhatian luar biasa daripada jentera pilihan raya Wanita BN.

Katanya kawasan parlimen berkenaan adalah kawasan yang diterajui  pemimpin tertinggi parti pembangkang yang dijangka berjaya dirampas semula oleh BN pada pilihan raya umum ke-13.

"Dari bancian sikap dan maklum balas pemilih yang undi mereka, kita dapati kelemahan mereka amat sangat dari segi karenah, janji kosong dan macam-macam," katanya.

"Dari bancian sikap dan maklum balas pemilih yang undi mereka, kita dapati kelemahan mereka amat sangat dari segi karenah, janji kosong dan macam-macam," katanya. MK

1 ulasan:

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob,

Kalau di Jepun dan Korea, pemimpin yg bermasalah cam ni akan menunduk malu dan terus resign. Di Malaysia? Ramai yg takde kemaluan.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...