Translate

Mesti Baca

Sabtu, 31 Disember 2011

'Datuk' Didakwa Menipu Pengerusi NFC



Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya./Baca lagi......

Ampu Dan Mengampu Sudah Jadi Darah Daging Umno.

 



















Mashitah Cuba Mengampu Jadi Calon?

Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian semalam sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya.

Sambil membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu “paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih”.

"Tulisan Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat./Baca lagi.......

Jumaat, 30 Disember 2011

Yahoo! Letakkan Hasan Ali Antara Tokoh Politik Terhangat 2011.


Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.
Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.
Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan (gambar) sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.
“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu./Baca lagi.......

Aziz Bari Tawar Diri Sebagai Calon Pakatan.


 
Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
“Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel./Baca lagi.........

Rabu, 28 Disember 2011

Kemelut Selesai, Hasan Ali Temui Nik Aziz


Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telahpun membuat pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini./Baca lagi......

Selasa, 27 Disember 2011

Ekslusif, Kondo Mewah Keluarga Shahrizat Di Singapura

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.

Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk./Baca lagi.......

Isnin, 26 Disember 2011

Dendam Umno Besut Terhadap Sultan Terengganu.

Bendera Terengganu dikibar separuh tiang oleh Umno Besut.

Umno Besut bersikap separuh matang apabila mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang ketika rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan yang dilakukan oleh Umno Besut yang dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh amat memalukan dalam keadaan beliau sendiri masih memakai gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan oleh Sultan Mizan kepada beliau. Jika beliau dan pengikut setianya Datuk Rosol Wahid seorang yang mempunyai maruah, mereka patut mengembalikan semula gelaran tersebut kepada pihak Istana Terengganu.

Dendam mantan Menteri Besar Terengganu dan pengikut setianya masih terbuku dihati mereka disebabkan Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk jawatan Menteri besar Terengganu untuk penggal kedua. Pelantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Umno telah ditolak pihak Istana yang ketika itu dipangku oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Kerana dendam itulah, Umno Besut cukup sinonim dengan perkataan 'Natang' (binatang) yang dilemparkan terhadap pihak Istana Terengganu. /Baca lagi.......

NFC Paku Terakhir Keranda Umno.


Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, penulis minum bersama beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di kafe. Sedang kami berbual-bual, datang seorang Timbalan Menteri, sambil membawa secawan kopi, duduk bersama-sama dengan kami semeja.

Tiada lain yang menjadi topik perbualan selain isu Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan skandal syarikat NFC milik anggota keluarganya.

Dengan nada merungut Timbalan Menteri itu berkata, sepatutnya Shahrizat sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno. Dalam erti kata lain, beliau mengatakan Shahrizat merupakan liabiliti yang akan membebankan Umno dalam jangka panjang.

Memang pun, soal Shahrizat sudah beberapa kali dibangkitkan wakil rakyat Umno-BN. Dengan nada lantang, mereka mendesak Shahrizat melepaskan jawatan. Gesaan itu dibuat berulang kali tetapi kerajaan dan parti pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, diam membisu.

Ketua Umno Cheras, Dato' Syed Ali al-Habshee sudah tidak tahan sehingga terpacul perkataan 'biawak hidup' dari mulutnya. Lantas penyokong Shahrizat yang berang, terus menyerang Syed Ali dan mempersoalkan kepada siapa ungkapan biawak hidup itu dilontarkan./Baca lagi......

7 Tahun Tsunami Yang Semakin Dilupakan.


Seorang wanita dari Jepun yang hadir sama memakai tudung dalam munajat Tsunami.

30 Muharram 1433H. [MOD] -

Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa di Aceh, Nampak semakin dilupakan.


Tanpa perancangan yang jelas, percutian 26 Disember bersama keluarga dalam rangka memenuhi hajat Isteri yang tidah pernah ke Aceh sejak tamat belajar pada tahun 1992 berkebetulan dengan ulangtahun ke 7 peristiwa yang menyayat hati itu.


Ketibaan kami di Bandara Blang Bintang yang terletak sekitar 15 km dari Banda Aceh disambut dengan senyuman orang Aceh yang memang kami kenal hati budi mereka selama 6 tahun kami belajar di Aceh.


Selepas Tsunami berlaku saya bersama 28 orang rombongan dengan yayasan Amal Malaysia cawangan Perak sempat sampai di Lhoksmawe untuk memberi bantuan kemanusiaan.


Untuk kali keduanya dengan jumlah rombongan yang lebih kecil sekitar 7 orang sempat sampai ke kota ilmu Darussalam tempat yang penuh dengan kenangan semasa belajar dari tahun 1986 hingga 1992./Baca lagi.....

Adakah Ini Perang Yang Tidak Menguntungkan PAS....!!!!

Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa 

Fathi Aris Omar

Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.

Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.

Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.

Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno./Baca lagi.......

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...