Translate

Mesti Baca

Jumaat, 23 Disember 2011

Skandal NFC: Memang Lu Isteri CEO NFC....!!!!!


Semua orang tahu yang lu adalah isteri CEO NFC tetapi lu tak boleh lepas tangan ajer wahai Shahrizat. Jika lu bukan Ketua Wanita Umno dan seorang menteri kabinet, adakah lu punya suami dan anak-anak akan dapat dana RM 250 juta secara mudah?. Memang RM 250 juta itu adalah pinjaman daripada kerajaan tetapi ia adalah satu pinjaman mudah dengan faedah tak sampai 2 % setahun. 

Sedangkan rakyat marhaen yang memohon pinjaman sebanyak RM 25,000 melalui IKS pun bukan main susah prosedurnya walau pun mereka yang memohon lebih layak dan mempunyai perniagaan yang sudah bertapak, tapi lu punya suami dan anak-anak ada kelayakan ker untuk buat projek lembu. Gua rasa lembu pun lu punya keluarga geli geleman nak pegang kerana lu punya keluarga semuanya berasal dari kayangan.

Gua rasa lebih baik lu letak semua jawatan yang lu pegang disebabkan lu memang sudah menjadi liabiliti kepada negara. RM 250 juta bukannya jumlah yang sikit, jika diagihkan kepada para perternak lembu duit sebanyak itu gua pasti akan lahir 500 tauke lembu yang pasti bergelar jutawan. Bila belum dapat duit RM 250 juta, macam-macam janji ditaburkan oleh lu punya suami dan anak-anak yang tidak pernah terlibat dalam bidang perternakan. /Baca lagi........

Rabu, 21 Disember 2011

Dana Bank Dunia: Akhirnya Mahathir Mengaku Tetapi Menafikan Yang Beliau Terlibat.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.
/Baca Lagi......

Selasa, 20 Disember 2011

Umno Sama Umno Bergaduh, Gua Jadi Penontonnya.

cheras umno deputy chief mahadi abdul shukor Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.

Timbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.

"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini./Baca lagi......

Isnin, 19 Disember 2011

Rupanya Mahathir Adalah Barua Bank Dunia....!!!!!!

http://2.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TBhANGBHkFI/AAAAAAAAAk4/bQJdRPhtV3w/s1600/TunDrMahathir.jpg

Gua sangka Mahathir betul, rupa-rupanya si Mamat Kutty memang 'separuh melayu yang mudah lupa'. Semua orang Umno dan rakyat Malaysia amnya, hidup-hidup dikencing oleh Mamat Kutty yang mengaku Melayu. Gua boleh tafsirkan yang si Mamat Kutty nih memang jenis manusia yang tak sedar diuntung. Itu pun masih tak mengaku dan menyalahkan bekas timbalannya sebagai agen IMF sedangkan dirinya sendiri main pintu belakang dengan Bank Dunia.

Cukup ler wahai Mamat Kutty, lu duduk diam-diam dah ler sambil makan pencen dan hasil rompakan semasa menjadi Perdana Menteri. Macam kata orang-orang tua, 'gajah bila dah jadi bangkai tutup dengan pelepah kelapa banyak mana pun tetap akan berbau juga'. Memang lu ler bangkai tu wahai Mamat Kutty yang sampai sekarang masih angkuh dengan sikap bodoh sombongnya./Baca lagi......

Saifuddin Nafi Terlibat 'Insiden Bendera' Atau Pertunjuk 'Berambus Najib'.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan kehadirannya di tempat berlakunya perhimpunan yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk menerima memorandum.

Katanya, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara dan penegakan demokrasi, tetapi insiden Sabtu lalu "bukan sebahagian daripada demokrasi yang dimaksudkan", yang ingin dicapai melalui pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu.
 
"Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Datuk Seri Mohd Najib," katanya./Baca lagi......

Ahad, 18 Disember 2011

IMF: Tun Mahathir Cuba Alih Isu


Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.

"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.HarakahDaily

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...