Translate

Mesti Baca

Jumaat, 16 Disember 2011

Hasan Ali: ‘Pemimpin PAS Harus Berlapang Dada Dan Berjiwa Besar’



Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu “berlapang dada dan berjiwa besar.”
Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.
“Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Hasan mengeluarkan reaksi itu ekoran kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyifatkan Hasan dan bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu./Baca lagi........


Pemuda PAS Gesa JPA Tangguh SBPA, Terima Rintihan Cuepacs

Pemuda PAS menggesa kerajaan tidak tergesa-gesa dalam pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mahu ia dikaji semula dengan melihat kesan dan keberkesanannya supaya kepentingan kakitangan awam terpelihara.
Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya bersetuju dengan gesaan Cuepacs supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA agar perbincangan dapat dibuat.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
“Pemuda PAS juga meminta kakitangan awam supaya menangguhkan dulu menandatangan borang opsyen sebelum perbincangan dan keputusan dibuat oleh kerajaan berhubung isu ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Kata beliau, Pemuda PAS memandang serius tindakan Cuepacs yang semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA kerana didakwa kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu./Baca lagi........

'Perang' Pada Hasan Dan Nasha


PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.

NONEBermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali (kanan) dalam akhbar web PASHarakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan, sekurang-kurangnya sehingga minggu depan.

Malah, Harakah edisi Isnin depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS./Baca lagi.........

Khamis, 15 Disember 2011

Protes AUKU: 15 Siswa Ditahan Di KL Sentral

 

Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan.

student flashmob at kl central 141211 06Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.
Namun, hanya beberapa minit selepas sempat berkumpul, kira-kira 25 mahu mereka bersurai tetapi ini tidak dihiraukan oleh mereka. Polis kemudian mula bertindak dan menangkap mereka.
15 daripada mereka dibawa ke balai polis berhampiran.
Kumpulan mahasiswa itu menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.
student flashmob at kl central 141211 07Mereka membawa sepanduk dan poster yang berbunyi 'Kami bersatu untuk kebebasan akademik' dan 'Berikan autonomi keada universiti' dan juga kertas bersaiz A4 yang tertera perkataan 'bebas'.
Ketua polis daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberi mereka dua minit untuk menyampaikan mesej dan kemudiannya mengarahkan mahasiswa berkenaan supaya bersurai.
Pelajar pada mulanya hanya mendiamkan diri dan mengikuti Mohd Safwan yang secara tiba-tiba bergerak ke arah orang ramai.

Polis bertindakbalas dan dalam pergelutan kecil itu, sepanduk dan poster pelajar dirampas dan sebahagian daripada mereka ditangkap.

Wan Bari kemudian mengarahkan anggotanya membawa Black Maria. Tetapi tidak pasti sama ada mereka yang ditangkap itu dibawa ke tempat lain.
Adalah dipercayai mahasiswa itu mungkin didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitter berkata beliau sedang memantau kes itu.Malaysia

Ahad, 11 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 8)

Jadual Kesembilan
 
[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
 
 1. Hal ehwal luar negeri, termasuk—

(a) Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana negara lain;
(b) Perlaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
(c) Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;
(d) Organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan perlaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu;
(e) Ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan, dan emigrasi dan pengusiran dari Persekutuan;
(f) Pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;
(g) Bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan
(h) Ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.
2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk—
(a) Angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;
(b) Mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi bersama dengan mana-mana angkatan tentera Persekutuan; angkatan pelawat;
(c) Kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pengkalan bagi angkatan laut, darat dan udara; berek, padang terbang dan kerja lain;
(d) Olah gerak:
(e) Peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing musuh; harta musuh; perdagangan dengan musuh; kerosakan perang; insurans risiko perang;
(f) Senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;
(g) Perkhidmatan negara; dan
(h) Pertahanan awam.
3. Keselamatan dalam negeri, termasuk—
(a) Polis; penyiasatan jenayah; pendaftaran penjenayah; kenteraman awam;
(b) Penjara; institusi pemulihan akhlak; rumah reman; tempat tahanan; percubaan akhlak bagi pesalah; pesalah juvana;
(c) Tahanan pencegahan; sekatan kediaman;
(d) Perkhidmatan risikan; dan
(e) Pendaftaran negara. /Baca lagi..........

Kepada Siapa Bai'ah Itu, Najib Atau Rosmah....!!!!!


Ramai melihat Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir minggu lalu membawa kelainan kerana buat pertama kali dalam sejarah parti itu menyaksikan 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian melafazkan ikrar taat setia yang Datuk Seri Najib Razak sifatkan sebagi sumpah ‘bai’ah’.
Dua kali ikrar dilafazkan oleh anggota dan pemimpin Umno pada perhimpunan itu iaitu pertama ketika majlis Taklimat Presiden Umno di hadapan Najib pada 30 November dan kedua pada akhir perhimpunan 3 Disember yang diketuai Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ikrar taat setia yang dilafazkan para perwakilan, menjadi elemen penguat kepada anggota Umno untuk komited kepada parti bagi memastikan kemenangan setiap calon Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13./Baca lagi......

Penyokong Ramasamy Berhimpun Di Mesyuarat DAP

 


Krisis politik di Pulau Pinang semakin panas apabila, kira-kira 200 penyokong Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berhimpun di luar Hotel Pearl View Butterworth, pagi ini, bagi meluahkan sokongan mereka kepada pemimpin itu.

penang dap convention 111211 2Pemimpin DAP Pulau Pinang dijadual berkumpul di hotel itu hari ini bagi konvensyen tahunan parti itu.

Ramasamy terbabit dengan pertelingkahan “bapa angkat - panglima perang” yang tercetus awal minggu ini apabila didakwa bertindak sebagai “panglima perang” dengan mengumumkan keputusan mengenai agihan beberapa kerusi parti itu.

Kumpulan yang sebahagian besarnya berbangsa India sejak jam 8 pagi tadi, membawa sepanduk dan melaungkan slogan membidas ADUN Seri Delima dan Batu Kawan - RSN Rayer dan A Thanasekharan - kerana menuntut Ramasamy menarik balik kenyataannya mengenai “bapa angkat” dan memohon maaf kepada pengerusi DAP, Karpal Singh.

Kumpulan yang mendakwa diri mereka pengundi di kawasan Nibong Tebal dan Batu Kawan itu, termasuk anggota NGO dari Hindraf dan Makkal Sakhti menjerit "Kami mahu Ramasamy" dan  "Rayer adalah pemngkhianat masyarakat India".

penang dap convention 111211 ramasamyKedua-dua wakil rakyat itu juga dibidas berhubung kegagalan mempertahankan tanah penduduk  Kampung Buah Pala dan didakwa kurang turun padang bagi membantu penduduk kampung.

Mereka mendakwa, sebaliknya, Ramasamy yang sering mendekati penduduk kampung dan memberikan bantuan yang sewajarnya.

Apabila Karpal tiba di lokasi, jeritan mereka semakin kuat. Dakwa mereka, Ramasamy, adalah antara pemimpin India yang terbaik di Pulau Pinang dan mesti dibiar meneruskan jawatannya. Malaysiakini

Menteri Diminta Dedah Hubungan Dengan Blogger Fasik .

DAP mahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah keistimewaan dimiliki blogger Papagomo sehingga dibenar menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak.

Setiausaha publisitinya Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog itu dalam kapal tersebut telah membuktikan Zahid hanya berbohong bahawa tiadak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal tersebut selain wartawan Bernama dan TV3.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Jejas keselamatan negara
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan mempersoal tindakan kementerian pertahanan membenarkan blogger kontoversi Umno itu menaiki kapal tersebut.

Bercakap kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi, Anwar mendakwa tindakan membawa Papagomo itu mungkin menjejaskan keselamatan negara.

Beliau juga turut melahirkan rasa hairan seolah-olah Papagomo 'berada di atas undang-undang' dan tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.

Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.

Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu. HarakahDaily

Apabila Isu DPMS Di Politikkan

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjelaskan penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali adalah sebagai memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan Rakyat negeri itu.
Beliau yang dipertik Bernama berkata, pemberian anugerah itu bukan atas kapasiti Hasan sebagai ahli politik tetapi atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam.
"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan  kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan PAS," katanya yang dilapor agensi berita itu./Baca lagi.......

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...