Translate

Mesti Baca

Sabtu, 10 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 7)

Jadual Kelapan
 
[Perkara 71]
Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
BAHAGIAN I
PERUNTUKAN TETAP
Raja bertindak ikut nasihat
1. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai seorang anggota Majlis Raja-Raja, Raja hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seseorang anggotanya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis itu, kecuali sebagaimana yang diperuntukan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri; tetapi Raja berhak, atas permintaanya, mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Negeri yang boleh didapati oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai anggota Majlis Raja-Raja, jika Raja dikehendaki bertindak mengikut nasihat atau atas nasihat, maka Raja hendaklah menerima dan berindak mengikut nasihat itu.
(2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu:/Baca lagi.......

Pendakwa II Kes Liwat Letak Jawatan.


Isnin dan Selasa depan - tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

NONEDifahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan
jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya.

Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

"Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut.

"Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini.

Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.Malaysiakini

Dr M: Shahrizat Harus Tahu Bila Nak Berundur


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

NONEBercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya b
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".
 
"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

NONE"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".
erhenti".
 
"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".Malaysiakini

Jumaat, 9 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 6)

Jadual Keenam

[Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)]
Bentuk Sumpah dan Ikrar

1. Sumpah Jawatan dan Setia
"Saya,............................................................, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ............................................................... dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

(CATATAN—Seseorang hakim Mahkamah Peresekutuan, selain Ketua Hakim Negara, seorang hakim Mahkamah Rayuan atau seseorang hakim Mahkamah Tinggi atau seseorang pesuruhjaya kehakiman hendaklah menggunakan perkataan "kewajipan-kewajipan kehakiman saya dalam jawatan itu" sebagai ganti perkataan "kewajipan-kewajipan jawatan itu".)
2. Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia

"Saya,........................................................................................, setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segalaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."/Baca lagi.......

Skandal NFC: Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?














Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.
“Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.
Katanya, Barisan Nasional telah kalah 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas, dan mereka sewajarnya akur dengan keputusan rakyat.
Tegasnya, sesiapa pun yang memerintah di peringkat Persekutuan wajib menghormati pilihan rakyat itu.
Shahrizat, ujarnya antara pemimpin BN yang kalah dalam pilihanraya lalu tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil wang rakyat untuk kegunaan BN, apalagi jika tujuannya adalah atas kepentingan politik.
Sepatutnya, tambah beliau dana itu diberikan kepada ahli parlimen yang menang untuk diagihkan kepada rakyat, bukan kepada orang-orang yang sudah kalah dan ditolak rakyat.
“Jika dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas Shahrizat mengatakan isu National Feedlot Centre (NFC) tiada kaitan dengannya, kali ini MIC Batu mengesahkan isu terbaru ini memang ada kaitan dengan beliau,” katanya.
Justeru, tegasnya DPPWP mahu Shahrizat menjawab, bagaimana penyelaras BN Parlimen Batu, Yahaya Mat Ghani mendapat kuasa untuk menguruskan dana RM2 juta bagi parlimen itu.
Beliau mempersoalkan adakah Yahaya kakitangan kementerian dan ke mana dana RM2 juta itu dibelanjakan.
“Diharap Shahrizat boleh kemukakan segala resit dan bukti agihan yang dibuat atas nama kementeriannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Pakatan Rakyat,” katanya.Harakah Daily

Tengku Muhammad Fakhry Saman IGP Dan Tiga Yang Lain RM100 juta


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas empat pihak termasuk Ketua Polis Negara berhubung tindakan polis mengenakan kurungan di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan secara tidak sah dua tahun lalu.
Peguam Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Harpal Singh berkata pelangganya juga menuntut RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk.
Laporan Star Online menyebut bahawa dalam pernyataan tuntutan, putera itu menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain sebagai defendan.
Bercakap kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini pagi ini Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau hanya melaksanakan haknya sebagai seorang rakyat Malaysia demi keadilan./Baca lagi.......

Mungkin Kerana Takut Scorpene Tak Timbul, Zahid Tak ikut Serta.

 
Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - akan dibenar menaiki kapal selam Scorpene hari ini.
 
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menyertai mereka.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Langkawi pada kira-kira jam 2.30 petang, Zahid (kiri, putih) mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau mempunyai satu lagi majlis rasmi untuk dihadiri.

Apabila sama ada taklimat akan diberi kemudian selepas mereka menaiki Scorpene, Zahid secara bergurau berkata, "Mereka pasti balik," sambil memeluk Lim, menyebabkan hadirin di situ ketawa melihatnya./Baca lagi..........

Hasan Ali Mungkin Digugurkan Sebagai Calonl, Apakah Ini Langkah terbaik???

azlan














PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya./Baca lagi.......

Khamis, 8 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 5)

 Jadual Keempat
[Perkara 37]


Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
BAHAGIAN I
SUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG


Kami .......................................................... ibni .............................................. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:


Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.
BAHAGIAN II
SUMPAH BAGI TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Kami ..................................................... ibni ....................................... yang telah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
dan dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan tanggungan Kami yang telah ditetapkan dan yang akan ditetapkan pada suatu masa ke suatu masa yang ke hadapan ini oleh undang-undang dan Perlembagaan Negeri Malaysia./Baca lagi.........

Utusan Yang Busuk Sampai Ke Usus.

Utusan Terus Jadi Batu Api Pecahkan PAS
Akhbar Umno, Utusan Malaysia didakwa terus cuba menjadi batu api untuk memecah belahkan PAS dengan melaga-lagakan antara kepimpinan parti Islam itu.
(Tulisan Zaini dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia)

Terbaru, akhbar bahasa Melayu itu sekali lagi memainkan isu kerjasama PAS dan Umno yang telah dikuburkan PAS sebelum ini./Baca lagi.........

Malah tulisan editor kanan akhbar milik Umno itu, Datuk Zaini Hassan cuba menjadikan pemimpin PAS Selangor pula sebagai kambing hitam./Baca lagi......

Apa Alasan Najib Kepada PBB Tentang RUU Perhimpunan Aman.

Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam.

Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.

Maina (kanan) berkata rang undang-undang itu mengandungi takrif yang kabur mengenai perhimpunan dan juga sekatan dan syarat-syarat perhimpunan, yang menurutnya telah memberikan "kuasa berlebihan" kepada pegawai penguatkuasa undang-undang dan menteri dalam negeri./Baca lagi.........

Selasa, 6 Disember 2011

Kontrak Alstom: Bekas MB Perlis Nafi Terima Habuan RM25 juta

 
Meskipun adanya hasil siasatan terperinci oleh pihak berkuasa Switzerland, veteran Umno Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh menafikan pernah menerima habusan daripada syarikat gergasi kejuruteraan Perancis Alstom yang memperoleh kontrak membina loji jana kuasa di Perlis lebih dua dekad lalu.
Bekas menteri besar Perlis dan bekas Speaker Dewan Negara ini berkata demikian dalam reaksinya berhubung laporan Straits Times Singapura bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh beliau.
Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak berkenaan./Baca lagi.........

Amin Iskandar Mahu Blogger Fasik (Papagomo) Minta Maaf.


Seorang kolumnis hari ini menuntut penulis blog pro-Umno papagomo.com, Wan Muhammad Azri Wan Deris meminta maaf atas satu tulisan di laman berkenaan yang didakwa memfitnah dirinya.

Kolumnis berkenaan, Amin Iskandar berkata, kandungan tulisan bertajuk 'Amin Iskandar penulis the malaysian insider akui dicabul Anwar Ibrahim' itu tidak benar dan merupakan satu fitnah yang menjatuhkan nama baiknya.

“Saya difitnah oleh penulis blog tersebut yang menuduh saya dicabul oleh (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan blog tersebut telah memaparkan sebuah gambar saya dan sebuah gambar yang bukan saya,” laporan polis itu dipetik.

Laporan berkenaan merujuk kepada salah satu daripada gambar yang didakwa Wan Muhammad Azri dalam tulisan berkenaan sebagai "aksi cabul yang telah berjaya dirakam."/Baca lagi........

Isu NFC: Serah Kepada Pucuk Pimpinan, Maka Syaitan Bisu Ler Jadinya.

 
Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil wajar terus memegang jawatan politik atau memintanya berundur ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kendalian anak-anak dan suaminya.
Ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Tender Alert System (G-TAS) di sini, Ketua Umno Lembah Pantai ini berkata, walaupun banyak isu dibangkitkan pembangkang termasuk NFC, keputusan sama ada Shahrizat akan kekal sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno seharusnya diputuskan di peringkat pusat.
Shahrizat tewas dalam mempertahankan kerusi Lembah Pantai tiga tahun lalu. Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang kini disandang oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar./Baca lagi....

Kenapa Rosmah Campur Tangan Dalam Isu Skandal NFC ?


Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan wanita Umno menjawab apa yang didakwanya sebagai ‘fitnah pembangkang’ terhadap’pemimpin BN’ membuktikan bermulanya campur tangan isteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam skandal projek lembu.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ‘amaran’ Rosmah itu juga bukti kegagalan pentadbiran Najib menjawab skandal itu.

“Kalau sampai Rosmah campur tangan dalam sesuatu itu, membuktikan betapa skandal lembu NFC ini bakal menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam menguruskan skandal penyelewengan wang rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com /Baca lagi.....

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 4)

Jadual Ketiga
 
[Perkara 32 dan 33]
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
BAHAGIAN I
PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG
1. (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika—
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.
(2) Sesuatu ketetapan di bawah seksyen ini tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurangkurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.
2. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang Negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan yang diperihalkan dalam seksyen 4 dan, jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang Negerinya ialah yang berikut selepas Negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu./Baca lagi......

Isnin, 5 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 3)

BAHAGIAN III
[Perkara 31]
PERUNTUKAN TAMBAHAN BERHUBUNG DENGAN KEWARGANEGARAAN
Menteri
1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dijalankan oleh mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong, dan sebutan dalam Jadual ini mengenai Menteri hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
3. (Dimansuhkan).
4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini atau Jadual ini yang berhubung dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftar, dan, berhubung dengan perintah-perintah di bawah perenggan (c) Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang sedemikian: tetapi mana-mana orang yang terkilan dangan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada Menteri./Baca lagi.........

Sidang Umno Terakhir Sebelum Putrajaya Jatuh?

Adalah benar Perhimpunan Agung Umno ke 64 bermula 29 November lalu adalah yang terakhir sebelum PRU 13, tetapi ia lebih menjurus kepada menghadapi Anwar Ibrahim dari penghadapi masalah parti itu dan pilihan raya yang bakal dihadapi itu.
Mesyuarat agung bagi mana-mana pertubuhan yang didaftarkan, baik ia diadakan sekali setahun atau dua tahun sekali, selain dari memenuhi kehendak undang-undang adalah satu acara muhasabah bagi mengkaji kelemahan dan kekuatan organisasinya.
Kalau tidak pun atas sebab kehendak undang-undang, ia wajar berhimpun bagi memeriksa apa yang telah dibuatnya setahun lalu sebagai persiapan lunjakan kerja setahun akan datang atau masa-masa mendatang. Apa kelemahan dan kegagalan setahun lalu dan apa pula kekuatan dan kejayaannya. Dari situ ia akan tahu kelemahan dan kekuatannya.
Tetapi bermula dari perasmian ketiga-tiga sayapnya — Wanita, Pemuda dan Puteri — ia dilambakkan dengan menghadapi Anwar Ibrahim yang ditendangnya dari Umno hujung tahun 90an dulu. Sudah lebih sepuluh tahun Anwar  tidak ada dalam Umno, ia masih dihantui oleh bayang-bayang ketua pembangkang itu. /Baca lagi........

Perkasa Sanggah Raja Porno Tetapi Tolak Hudud Dari PAS, Mana Perginya Hudud Dari Umno..!!!!

Pertubuhan pendesak hak orang Melayu, Perkasa mendakwa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek celupar dan masih kabur mengenai undang-undang hudud apabila mendakwa pelaksanaan hukum Islam itu akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mahu Umno selaku parti teras Barisan Nasional (BN) “mengajar sikit mulut celupar” Presiden MCA yang tidak tahu hujung pangkal menyatakan hudud akan menjatuhan ekonomi Malaysia.
Kata Syed Hassan, Umno perlu menasihatkan Presiden MCA itu supaya menarik balik kenyataan salah mengenai hudud, yang dibuat pada satu forum di Wisma MCA semalam.
Dr Chua dipetik berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia./Baca lagi........

Rasis : Terima Kasih Umno.


Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak ‘ketahuan’ lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang ‘sakaratul maut’.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan ‘tongkat’ kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat ‘buah tangan’ isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di’selamat’kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut? Baca lagi.....

Ulasan: Kemana Perginya Sikap Bertanggungjawab Anwar?.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Pada awal 1981 Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Pemimpin belia yang dilihat paling dinamik dan berbakat mencorakkan lanskap politik Malaysia mengumumkan dirinya menyertai Umno.

Perisytiharan itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri keempat Malaysia yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan sebelumnya.

anwar ibrahim interview 241104 denialNegara terkesima. Takjub. Bagaimana Anwar yang belum lagi sempat melangsaikan perjuangan memimpin lebih 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika itu menentang pindaan Akta Pertubuhan yang dilihat mengongkong kebebasan berpersatuan boleh memilih menyertai parti kerajaan?

Maka pada sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu, wartawan tempatan dan antarabangsa bingkas bertanyakan prinsip perjuangan Anwar. Apakah sikapnya terhadap peraturan dan pelbagai akta yang mencengkam kebebasan dan hak rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah berubah?

Anwar menjawab ringkas tetapi tegas dan jelas : “Dulu kerajaan tidak mahu mendengar suara rakyat. Sebab itu, saya tentang. Tapi sekarang kerajaan (Dr Mahathir) lebih responsif terhadap tuntutan kita, maka kita harus bersikap lebih bertanggungjawab (responsible)”.

Bersorak Umno khasnya dan rakyat jelata amnya. Dr Mahathir pula meraih dividen politik yang amat besar dalam tempoh paling singkat memimpin Umno. Harimau muda dalam politik Malaysia itu berjaya dijinakkan dan rela bekerjasama dengannya. /Baca lagi.....

Ahad, 4 Disember 2011

Semua Berita Di Blog Dan Youtube Tidak Betul, Hanya Kata-Katanya Sahaja Yang Benar..... Betul Ke Wahai First Lady.

 ROSMAH  beramah mesra dengan ahli Kelab UMNO Luar Negara dalam satu pertemuan di PWTC, semalam.

Datin Seri Rosmah Mansor semalam meminta pelajar Malaysia di luar negara tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pihak tertentu, termasuk serangan peribadi ke atas dirinya yang bertujuan melemahkan kerajaan.

Isteri Perdana Menteri berkata, semua tuduhan melalui laman sosial termasuk Youtube dan laman blog itu, tidak benar dan fitnah semata-mata./Baca lagi........

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 2)

BAHAGIAN III
[Perkara 31]

PERUNTUKAN TAMBAHAN BERHUBUNG DENGAN KEWARGANEGARAAN

Menteri
1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dijalankan oleh mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong, dan sebutan dalam Jadual ini mengenai Menteri hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
3. (Dimansuhkan).
4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini atau Jadual ini yang berhubung dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftar, dan, berhubung dengan perintah-perintah di bawah perenggan (c) Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang sedemikian: tetapi mana-mana orang yang terkilan dangan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada Menteri./Baca lagi.........

Lim: Macam Mana DAP Boleh Pimpin Pakatan?.

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.
 
“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman./ Baca lagi....

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 1)

Jadual Pertama
 
[Perkara 18(1), 19(9)]
Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian

Saya..................................................................beralamat di ............................dengan ini mengaku atas sumpah bahawa saya dengan sesungguhnya dan sepenuhnya menolak dan bersumpah meluputkan segala kesetiaan saya kepada mana-mana negeri atau Negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah bahawa saya akan jujur dan menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar kepada Seri paduka beginda Yang di-Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.


 Jadual Kedua

[Perkara 39]
BAHAGIAN I
[Perkara 14(1)(a)]
KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR SEBELUM HARI MALAYSIA

1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainya;
(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962; Baca lagi......

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...