Translate

Mesti Baca

Jumaat, 2 Disember 2011

Dendam Mahathir Terhadap Pak Lah.

Nampaknya Mahathir masih menyimpan dendam terhadap Pak Lah walau pun sudah 3 tahun Pak Lah melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib. Mahathir yang terkenal dengan sikap 'Mudah Lupanya' tentang apa yang telah beliau lakukan selama 22 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri. Beliau hanya nampak kesalahan orang sahaja sehinggakan beliau menyangka hanya beliau sahaja yang betul dan kerena itulah beliau mempunyai empat orang timbalan.

Pada era pemerintahannya yang disifatkan sebagai seorang diktator class dunia, beliau langsung tidak boleh mendengar walau satu bantahan pun. Hitam katanya maka hitamlah jadinya, putih katanya maka putihlah jadinya. Siapa pemimpin tertinggi Umno/BN yang berani menyanggah pendapat beliau semasa belaiu menjadi PM, maka akan dipancung pemimpin tersebut. 22 tahun para pemimpin tertinggi Umno menjadi tikus demi menyelamatkan karier politik dan periuk nasi masing-masing. 

Kenapa Mahathir tidak berani menentang tingkah laku Najib dan Rosmah sedangkan beliau tahu perkara sebenar?. Beliau hanya berani menyerang Pak Lah bagaikan singa tetapi bila berhadapan dengan Najib dan Rosmah, beliau hanyalah seekor tikus. Ini semua kerana untuk menyelamatkan karier politik  Mukriz dan juga perniagaan anak-anaknya yang masih lagi perlu dibantu oleh Najib. Dendam Mahathir terhadap Pak Lah hanyalah wayang semata-mata kerana diera Pak Lah, anak-anaknya kurang mendapat projek kerana banyak projek disapu oleh anak dan menantu Pak Lah./Baca lagi.....

ANAK Sokong Pak Sam Saman Isa Samad.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Ketua Peneroka, Shamsuddin Othman untuk menyaman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, sekiranya enggan memenuhi tuntutan warga Felda.
Menerusi perbincangan yang diadakan, Shamsuddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda tetap bersama-sama dengan warga Felda lain di seluruh negara mendesak Isa tidak menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Pengerusi Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Shamsuddin yang telah mengetuai peneroka sejak 15 tahun lalu dan berada dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu telah memberi masa sehingga 15 hari kepada ISA untuk tunduk kepada desakan itu./Baca lagi........

Ambil Iktibar Kilang Lynas Di Australia Yang Bocor.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, mahu kerajaan ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi.
Menurutnya, ini disebabkan kandungan radioaktif pada sisa pejal di Mt Weld ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan terhasil kilang itu di Gebeng ialah pada kadar 6 Bq|g.
Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut./Baca lagi.....

Skandal NFC : 'Jingga 13' Dakwa Ada Konspirasi Untuk Bersihkan Nama Shahrizat Dan Keluarga.

Jingga 13 amat kesal dengan kenyataan polis semalam bahawa siasatan awal mendapati tiada unsur pecah amanah jenayah dalam kes melibatkan skandal Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ia juga mendakwa wujud konspirasi mahu menyelamatkan Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet, dan keluarganya.
Pertubuhan tidak formal itu membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan pembelian kondominium mewah di Bangsar menggunakan dana projek itu dan kemudian kes itu dipindahkan kepada polis.
Ketua Koodinator Jingga 13 Fariz Musa (gambar) berkata, kenyataan dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam kelihatan tergesa-gesa dan terlalu ‘pantas’ sedangkan siasatan masih di peringkat awal./Baca lagi...

Skandal NFC : Wanita Umno Dakwa Shahrizat Adalah Liabiliti Buat Umno.

 

Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.
Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”/Baca lagi...

Perak Bakal Dapat MB Baru !!!

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir didakwa tidak lagi akan dipilih sebagai menteri besar Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13.
Sebaliknya beberapa nama dikatakan bakal menggantikan Zambry termasuklah Bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli, Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Bruas Datuk Manaf Hashim yang didakwa kini sangat rapat dengan perdana menteri.
Menurut sumber, desas-desus itu sangat kuat diperkatakan kakitangan kerajaan negeri malah usaha lobi-melobi juga jelas dapat dilihat blog-blog politik ahli Umno negeri itu./Baca lagi....

Khamis, 1 Disember 2011

Penjelasan Isu Cincin RM 24.45 Juta.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila KLIK SINI

Siapa Sebenarnya HAMKA.

Buya Hamka lahir pada tahun 1908 di desa kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, HAMKA sendiri merupakan singkatan dari nama beliau yakni Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Hamka merupakan putra dari Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yg juga merupakan ulama di tanah minang, diawali bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.

Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majelis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi). Buya Hamka merupakan sosok otodidak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti, dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman, beliau juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Soerjopranoto, Haji Fachrudin, AR Sutan Mansur, dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang andal./Baca lagi...

Baik Jadi Lembu NFC Daripada Jadi Ahli Umno.

Gua tak sangka lembu-lembu keluaran NFC hidup begitu mewah sekali sehinggakan penjawat awan yang bergaji RM 3,000 sebulan pun tidak dapat menandingnya. Sudahlah lembu-lembu NFC hidup dalam kondo mewah, kenderaan yang dibawanya pun bukan calang-calang kereta, Mercedes CLS 350 bro. Siap naik kapal terbang fisrt class, pergi melancung kat luar negara. Gua rasa ahli Umno celaka jadi lembu lagi bagus darpada jadi pencacai yang hanya dapat RM 100 untuk sekali umur hidup buat nank-anak yang bersekolah. Itu pun ahli Umno celaka masih berlagak siap tanya lagi kat pembangkang, apasal lu pun ambil juga peruntukan RM 100 tuh. Memang celaka tahap sial betul para pencacai Umno celaka nih, dia ingat duit tuh mak bapak dia punya ker.

Macam Shahrizat ler, cakap bukan main hebat berapi-api kat depan pewakilan dan siap selak lengan baju. Gua rasa kalau beliau selak baju atau selak kain atau pun bogel terus lagi baik dari selak lengan baju, konon nak tunjuk betapa betinanya beliau. Pewakilan wanita sampai melompong mulut dengar hujah dari Shahrizat, tapi isu NFC and Sons langsung tak disentuhnya. Dan inilah tahap pemikiran pewakilan yang bermotokan 'Yes Men' dan 'Yes Mom'. 

Pendedahan terbaru Rafizi yang si Shahrizat dok pongpang cakap anak derhaka sebab dia cakap rafizi dan anak2 muda yang belajar tinggi2 neh seme atas jasa dia dan ibu2 umno.. sila rujuk sini beb, bukan tulisan tapi rakaman dia bercakap lagi beb, langsung! Heh. Untuk maklumat lanjut sila KLIK SINI

Rabu, 30 November 2011

PRU 13 Semakin Hampir.

Laporan awal jawatankuasa pilihan khas berhubung proses memperbaiki sistem pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen, Khamis ini.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya.
“Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting,” katanya dipetik Bernama Online.
“Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan,” katanya kepada pemberita selepas menyaskikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam ‘Failure Analysis and Wafer Testing’, di sini hari ini.
Pendengaran awam pertama PSC diadakan pada 11 November di bangunan Parlimen, manakala yang kedua diadakan di Sabah selama dua hari, Jumaat lalu.
Pendengaran awam seterusnya dijadual diadakan di Sarawak (8-9 Disember), Pulau Pinang (15-16 Disember), Kelantan (7-8 Januari) dan Johor (12-13 Januari)./Sumber

Lawak Orang Gila, Muhyiddin Mahu Ahli Umno Jihad.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”
Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.
“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan. /Baca lagi....

Kalau Sekadar Angkat Tangan Buat Apa, Tolong Jawab Isu NFC Wahai Shahrizat.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

NONESambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.
Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak"./Baca lagi...

PSC Cadang Adakan Suruhan Diraja Siasat 'Projek IC'.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan mereka menjadi pengundi.

NONEDalam laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu.

"Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu./Baca lagi....

Selasa, 29 November 2011

Akhirnya RUU Perhimpunan Aman Di Luluskan.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

NONERang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih./Baca lagi...

Umno Umpan Wang Untuk Jatuhkan PAS.

Umno mempertahankan tradisi lama, menggunakan umpan wang dan hiburan bagi menarik sokongan rakyat.
Wang menjadi pengantaraan bagi memaksa ibu bapa hadir pada majlis penyampaian apa-apa sahaja bantuan di bawah kerajaan pusat.
Dan sekarang kesempatan digunakan sepenuhnya dengan memaksa ibu bapa datang ke sekolah bagi menerima wang sebanyak RM100 bagi pihak anak mereka. Sebelum wang disampaikan mereka dipaksa mendengar ceramah politik Umno. /Baca lagi.....

PAS Akan Cabar RUU Di Mahkamah.

PAS memaklumkan tindakan untuk menghalang perlaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman 2011 di mahkamah akan dibuat selewat-lewatnya Jumaat ini.

Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan pihaknya kini sedang giat menyiapkan dokumen berkaitan dan yakin ia boleh diselesaikan dalam minggu ini.

"Bagi membantah perlaksanaan RUU tersebut PAS akan mengemukakan bantahan perlaksanaan tersebut di mahkamah selewat-lewatnya Jumaat ini./Baca lagi....

Samad Kata Ia Tidak Gentar.

Tan Sri Isa Samad menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau selaku ketua peneroka pada satu majlis di Negeri Sembilan pertengahan bulan ini. Baca lagi..

Bantahan terhadap RUU Perhimpunan Aman.

Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
NONEPerarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja. Baca Lagi...

Isnin, 28 November 2011

Apa Guna menyambut Maal Hijrah, Jika Pemikiran Masih Menyokong Kesesatan....!!!!! (Bhg 2)


Bersambung dari bahagian 1....

Maka baginda s.a.w. keluar dan mendaki gunung Abi Qubais lalu mengerjakan solat dua rakaat kemudian mengangkat tangan sambil berdoa kepada Tuhannya. Maka turunlah malaikat Jibrail a.s. dan bersama dengan dia seramai dua belas ribu para Malaikat dengan panah ditangan mereka.

Lalu Malaikat Jibrail bersalam : "As'salaamualaika yaa Rasulullah, sungguh Allah telah bersalam kepadamu dan berfirman; 'Hai kekasihku, jangan takut dan jangan bersusah hati. Aku bersamamu dimana engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan didalam qadha kepastianKu dizaman azali apa-apa yang telah diminta oleh raja Habib bin malik pada hari ini, maka pergilah engkau kepada mereka dan berikanlah hujahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah ta'aala telah menundukkan untukmu matahari, bulan, malam hari dan siang hari. Dan sesungguhnya raja Habib bin malik mempunyai seorang puteri yang jatuh tertelentang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan tidak mempunyai dua mata. Maka beritahukan kepadanya bahwa Allah ta'ala telah mengembalikan kepadanya dua tangan, dua kakinya dan dua matanya".

Kemudian baginda s.a.w. turun dan sungguh baginda tambah bersinar dan tambah gembira. Malaikat Jibrail diangkasa dan para Malaikat berbaris lurus serta Rasulullah s.a.w. berdiri di Makam Ibrahim. Dan adalah saat itu waktu matahari terbenam. Maka matahari mulai seakan-akan berlari kencang, ertinya bercepat-cepat sehingga terbenam dan menjadi sangat bertambah gelap. Kemudian bulan terbit dengan terangnya.

Maka tatkala bulan itu sudah meninggi, baginda memberikan isyarat dengan jari-jarinya kepada bulan itu sehingga bulan itu mulai seakan-akan berlari sehingga turun kebumi dan berdiri dihadapan Nabi s.a.w., sedang keadaaan bulan itu bergerak-gerak seperti awan, kemudian terbelah menjadi dua dan masuk dibawah bajunya lalu yang separuh keluar dari lengan bajunya yang kanan dan yang separuh dari lengan bajunya yang kiri. Kemudian kembali menjadi bulan yang bersinar terang serta berseru dengan suara keras :
"Saya bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu hamba Allah dan utusanNya, sungguh berbahagia orang yang membenarkan engkau dan sungguh rugi orang yang menyalahi engkau".

Kemudian dia, bulan itu kembali kelangit menjadi bulan yang terang dan menghilang. Maka matahari datang terbit seperti pertama kali.

Kata raja Habib : "Masih ada syarat lagi".

Baginda menyahut lebih dahulu : "Sungguh engkau mempunyai seorang puteri yang terjatuh (tidak bertangan, tidak berkaki dan tidak bermata), dan sesungguhnya Allah ta'aala telah mengembalikan semua anggotanya".


Maka bangunlah raja Habib sambil berdiri dan berkata : "Hai ahli Mekah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keragu-raguan sesudah yakin, maka ketahuilah olehmu sekalian bahwa sesungguhnya saya bersaksi 'Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang sendirian tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu hambanya dan utusanNya".


Dan raja Habib masuk Islam dan diikuti oleh para teman-temannya/bala tenteranya. Maka kata Abu Jahal : "Wahai tuan raja, apakah tuan mahu percaya dengan ahli sihir ini kerana tuan raja melihat terpesona sihirnya?".


Maka raja Habib pun keluar kembali ke negeri Syam dengan sudah masuk Islam dan masuk istananya. Kemudian dia raja Habib disambut oleh anak puterinya dengan mengucap : "Asyhadu an laa illaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluhu (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya)".

Kata raja Habib kepada anak puterinya : "Hai anakku, dari mana kamu belajar kalimat-kalimat itu?".

Anak puterinya menjawab : "Sewaktu saya tidur, telah datang seorang laki-laki seraya berkata ; 'Singguh ayahmu telah masuk Islam, maka apabila engkau mau masuk Islam, sungguh aku kembalikan kepadamu semua anggotamu dengan baik".

Saya pun masuk Islam dalam tidur dan pagi ini saya menjadi seperti/yang ayah lihat. Maka raja Habib bersungkur sujud kepada Allah dengan bersyukur terhadap nikmat iman dan tambahnya keyakinan. Kemudian raja Habib bin malik mempersiapkan emas, perak dan kain diatas lima unta dan mengirimkannya bersama-sama beberapa budaknya kepada Rasulullah s.a.w. Ketika para budak dan kiriman itu sudah dekat kota mekah, tiba-tiba Abu Jahal muncul meahannya seraya berkata : "Milik siapa kamu sekalian ini?".

Mreka menjawab : "Kami sekalian milik raja Habib bin Malik dan kami mau datang kepada Rasulullah s.a.w.".

Mereka ditekan oleh Abu jahal untuk dirampas semua bawaannya dari tangan mereka. Akan tetapi mereka enggan dan membangkang, sehingga terjadi pertekaran dan pecahlah perang antara dua belah pihak, maka berkumpullah penduduk Mekah dan datang pula para paman nabi s.a.w.

Sedang para budak itu berkata : "Raja habib bin malik bermaksud menghadiahkan semua harta ini kepada Muhammad s.a.w.".

Kata Abu Jahal : "Raja Habib menghadiahkan kepada saya".

Maka nabi s.a.w. bersabda : "Hai penduduk mekah, apakah kamu sekalian rela menerima usul saya?".

Mereka semua menjawqab : "Ya".

Baginda bersabda : "Kami sekalian memutuskan terhadap percakapan unta, untuk mengetahui harta ini?".

Maka Abu Jahal datang kerumah patung-patung serta tidur dimalam itu disisi patung-patung itu dan dia telah memberikan beberapa korban kepada patung seraya bermohon dan merendah diri kepada patung sampai pagi hari.

Ketika waktu pagi telah tiba, para penduduk Mekah datang semua, Rasulullah s.a.w. bersama para paman baginda pun datang juga dan demikian pula Abu Jahal datang terus mengelilingi unta-unta seraya berkata : "Berbicaralah engkau hai semua unta dengan atas nama Lata, Uza dan Manata". Masih saja Abu Jahal melakukan demikian itu, sehingga matahari sudah tinggi, tidak terdengar sedikit pun kata-kata dari unta itu.

Maka penduduk Mekah berkata : "Cukuplah engkau hai Abu Jahal dan tampillah engkau hai Muhammad".

Rasulullah s.a.w. mendatangi unta-unta itu seraya bersabda : "Hai unta, makluk Allah, demi ciptaan Allah, berkatalah engkau dengan kekuasaan Allah ta'aala".

Maka berdirilah salah seekor dari unta-unta itu seraya berkata dengan suara keras lagi terang : "Hai kaum ahli Mekah, kami semua adalah hadiah dari raja Habib bin Malik untuk Muhammad s.a.w.".

Lalu baginda Nabi s.a.w. memegang tali kendati unta itu serta membawanya kegunung/Jabat Qubais, kemudian baginda mengeluarkan semua emas dan peraknya dan dijadikan suatu bukit kemudian baginda bersabda : "Jadilah kamu semua akan pasir".

Kemudian semua emas dan perak itu menjadi bukit sampai sekarang.

Ceritanya berpadanan dengan satu ayat dimana Allah s.w.t. berfirman :
"Telah dekat saat (Kiamat) dan telah terbelah bulan dikala itu. Apabila mereka melihat suatu ayat (tanda kekuasaan Allah), mereka berpaling (dari padanya) seraya berkata ; (Ini) adalah sihir yang terus menerus (terjadi). Mereka mendustakannya dan mereka mengikuti hawa nafsu mereka; sedang tiap-tiap urusan itu pasti berlaku".
Surah Al-Qamar ayat 1-3

Insyaallah... kami akan berkongsi banyak lagi cerita-cerita menarik yang mungkin anda ada yang belun mengetahuinya. Jika ada apa kesilapan, tolong panjangkan kepada pihak kami.

Apa Guna menyambut Maal Hijrah, Jika Pemikiran Masih Menyokong Kesesatan...!!!!! (Bhg 1)


Setiap 1 Muharram kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umno mengadakan sambutan kelendar Islam dan mengadakan anugerah 'Tokoh Maal Hijrah' dengan menyediakan sijil dan juga hadiah wang tunai kepada sesiapa yang terpilih. Jika dulu, hanya kepada orang yang beragama Islam sahaja tetapi sekarang ia diberi juga kepada yang bukan Islam. Mungkin kerana hendak menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang patut dicontohi oleh semua negara-negara umat Islam diseluruh negara, kerana itulah diadakan sambutan 'Maal Hijrah' dan juga pertandingan 'Melagukan Al-Quran' diperingkat negara dan juga peringkat antarabangsa.

Adakala sambutan yang dibuat melampau batas-batas yang sepatutnya disebabkan ingin menunjuk-nunjuk kepada dunia betapa hebatnya Malaysia. Apatah lagi bila Islam liberal yang menjadi anutan para pemimpin Umno mendapat pujian daripada 'Polis Dunia', Amerika dan sekutu-sekutu baratnya. Maka dijajalah oleh para pemimpin negara yang diketuai Najib and Rosmah sehinggakan masa yang dihabiskan banyak diluar negara daripada dalam negara. 

Apa guna sambutan Maal Hijrah yang disambut setiap tahun jika tidak menghayati apa pengertiannya. Sebagai umat yang mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w., maka tekadkan dihati agar melakukan penghijrahan dengan menolak Umno yang terang-terangan menentang Allah dan Rasulnya. Bukan itu sahaja, malah mereka mendusta dan mempermain-mainkan ayat-ayat Allah dan Sunnah Rasulnya. Mereka menjadikan hukum Allah sebagai bahan lawak sesama mereka tanpa menghiraukan kesan daripada apa yang mereka perkatakan. Marilah kita renungkan kembali satu kisah bagaimana hijrahnya seorang raja dizaman Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan bahawa Habib bin Ibnu Malik adalah seorang raja dari beberapa raja zaman jahiliah di kota Syam dan orang-orang Arab menamakannya 'Raihaanatu Quraisyin'.

Ketika Raihanah Quraisy itu menerima surat dari Abu Jahal yang maksudnya untuk ini, sebagaimana yang sudah berlalu maka dia Habib bin Malik mengenderai kudanya dan bersertanya dua belas ribu perkuda dan dia singgah di Abthah, suatu tempat yang sudah dekat dengan kota Mekah. Abu Jahal pun berserta pembesar-pembesar Mekah keluar menyambut mereka dengan membawa bermacam-macam hadiah dan penghiasan.

Setelah Abu Jahal dan para pengikutnya sampai di Abthah, maka raja Habib bin Malik mempersilakan Abu Jahal duduk disebelah kanannya serta bertanya kepadanya tentang Nabi Muhammad. 

Maka Abu Jahal berkata : "Tuan, sebaiknya tuan bertanya kepada Bani Hasyim".

Raja Habib bin Malik pun bertanya kepada mereka : "Bagaimana pendapatmu mengenai Muhammad?".

Mereka menjawab : "Kami kenal dia sejak kecil selalu jujur dan benar kata-katanya. maka ketika dia sampai berumur empat puluh tahun, dia mencela tuhan-tuhan kita dan memunculkan agama yang bukan agama nenek moyang kita".

Kata raja Habib bin Malik : "Bawalah olehmu sekalian akan Muhammad dengan baik-baik, kalau dia membangkang maka dengan kekerasan".

Mereka pun mengutuskan salah seorang kepada Muhammad. maka Rasulullah s.a.w. keluar disertai oleh Abu bakar r.a. dan Siti Khadijah r.a. isterinya yang kedua-duanya dengan menangis sambil berkata : "Kami khawatir terhadap kekejaman orang kafir kepada engkau, yakni perkosaannya, usahanya mengalahkan engkau serta murkanya kepada engkau".

Maka baginda bersabda : "Janganlah kamu kedua menghawatir aku dan serahkanlah urusanku kepada Allah".

Lalu Abu bakar r.a. mengaturkan pakaian baru berwarna merah dan serban hitam kepada baginda. Lalu Rasulullah s.a.w. mengenakan keduanya terus keluar sampai berhenti dihadapan raja Habib bin Malik, sedang Abu bakar r.a. disamping kanannya dan Siti Khadijah r.a. berada dibelakangnya.

Tatkala raja habib bin malik melihat nabi s.a.w., maka dia berdiri memberi hormat kepada Nabi s.a.w. dan menyediakan sebuah kursi dari emas untuk baginda. Sedang Siti Khadijah berdoa;
"Yaa Allah, tolonglah Muhammad dan terangkanlah hujjahnya/jawabannya".

Ketika baginda duduk dihadapan raja Habib bin Malik sedang cahaya baginda memancar di wajahnya serta baginda dalam keadaaan tenang dan leher-leher sama tampak menjulur kagum dan wibawa baginda menyasar kepada orang-orang, maka raja raja Habib bin Malik mengangkat kepala sambil berkata : "Hai Muhammad, engkau tahu bahawa para nabi itu semuanya mempunyai mukjizat, maka apakah engkau juga mempunyai mukjizat?".

Maka baginda s.a.w. bersabda : "Apakah yang engkau kehendaki?".

Raja Habib bin Malik berkata : "Saya menghendaki agar matahari terbenam dan bulan keluar serta turun kebumi dan terbelah menjadi dua, kemudian masuk dibawah sarungmu lalu yang separuh keluar dari lengan bajumu yang kanan dan yang separuh lainnya keluar lewat lengan bajumu yang kiri. Kemudian bulan itu kumpul lagi menjadi satu diatas kepalamu dan bersaksi terhadap keutusanmu, lalu kembali kelangit menjadi bulan yang bersinar kemudian terbenam. Dan sesudah itu matahari terbit dan berjalan ketempatnya seperti semula".

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila aku sudah melakukan itu semua, apakah engkau mahu beriman kepadaku?".

Kata raja Habib bin Malik : "Ya mau, dengan syarat kamu dapat memberitahukan kepadaku apa-apa yang ada didalam hatiku".

Maka meloncatlah Abu Jahal dan berdiri dihadapan raja Habib bin malik seraya berkata : "Wahai tuan raja, engkau telah baik dan engkau telah mengatakan kata-kata yang tepat"
Bersambung......

Ahad, 27 November 2011

Anwar: Pakatan Mantap Banding 2008, PRU-13 Peluang Terbaik Tukar BN

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Pakatan Rakyat lebih bersedia kali ini untuk membentuk kerajaan pusat sambil menegaskan, pilihan raya umum ke-13 peluang terbaik untuk mengubah kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Ini adalah peluang terbaik sejak 1957. Ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk bangkit dan mengubah sistem (semasa di bawah BN),” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ketika berucap menutup Kongres Nasional PKR Kelapan di sini hari ini.
Katanya, jika pilihan raya umum diadakan dengan adil dan demokratik, sudah pasti BN akan kalah dengan mudah.
Pakatan Rakyat sebelum ini menekankan pilihan raya umum hanya patut diadakan selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selepas menyediakan senarai pembaharuan sistem pilihan raya.
Kata Ketua Pembangkang itu, perikatan tersebut tidak bersedia untuk membentuk kerajaan persekutuan pada  2008 apabila ia menafikan majoriti tradisi  dua pertiga BN di Parlimen.
Pakatan Rakyat juga memperoleh kejayaan di lima negeri termasuk Kelantan dan menguasai majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.
DAP-PAS-PKR mengadakan ikatan tidak formal pada pilihan raya umum lalu dan Pakatan Rakyat dibentuk sejurus selepas keputusan pilihan raya umum itu.
Anwar juga berkata, pengalaman Pakatan Rakyat menerajui lima kerajaan negeri merupakan “lapangan latihan” yang membolehkan mereka membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.
“Parti (PKR) telah bertarung dan melalui kesukaran bukan satu atau dua tahun, tetapi lebih 10 tahun. Jika kita menang pada (pilihan raya umum) 1999, kita tidak bersedia,” kata Anwar merujuk kepada pilihan raya umum yang diadakan pada tahun berikut selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
“Pada 2008, ia adalah ujian pertama membentuk kerajaan negeri. Jika kita telah membentuk kerajaan persekutuan, kita kemungkinan cuai. Ia satu lapangan latihan (yang baik),” katanya lagi.
“Kita telah membersihkan pengkhianat, kotor daripada parti,” katanya.
PKR telah berhadapan dengan tindakan sejumlah ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri keluar parti.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri meninggalkan PKR sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak awal 2009.
Anwar berkata partinya tiada kekuatan di Sarawak tiga tahun yang lalu manakala Sabah pula diselubungi masalah.
Sebaliknya kemajuan dicatatkan pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kata Ahli Permatang Pauh ini. /MInsider

Derma Untuk Persatuan Amal Siswazah Islam Kemboja.

Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan dan ingin memiliki saham-saham yang tinggi nilainya dan tidak akan jatuh nilainya malah akan sentiasa naik walau pun kemelesetan ekonomi dunia jatuh merundum. Dijamin dapat pulangan yang besar tanpa mempunyai apa-apa risiko dan nilainya tiada tandingan berbanding dengan belian mahu emas. Kelebihan saham-saham ini ialah ia boleh ditunaikan di Padang Mahsyar dengan ganjaran pahala yang besar. Anda boleh melabur terus dengan memasukan kedalam akaun Maybank No.153010440042. Dermalah untuk saudara-saudari kita yang berada di Kemboja agar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. 

Umum mengetahui bagaimana daifnya umat Islam Kemboja yang berada dalam negara pasca perang. Tidak dinafikan banyak NGO-NGO dari negara kita yang melakukan kutipan derma untuk umat Islam Kemboja dan kita tetap menghargai usaha mereka tetapi mengikut sumber yang boleh dipercayai, ada berlaku sedikit sebanyak penyelewangan bila dana sampai kesana. Walau bagaimana pun kita tidak bersangka buruk terhadap sesiapa. Oleh itu jalan terbaik jika saudara ingin menyumbang, saudara boleh menyumbang terus kepada Persatuan Amal Siswazah Islam Kemboja. Ini adalah salah satu pertubuhan yang mewakili umat Islam Kemboja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saudara boleh berhubung terus dengan Ustaz Yusof Osman di FB beliau di (Yusof Osman) Klip borang untuk lebih jelas.


Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...