Translate

Mesti Baca

Sabtu, 26 November 2011

Apabila Abu Jahal Nampak Dua Ekor Harimau Di Sisi Rasulullah S.A.W.

Diriwayatkan bahawa Bilal r.a. berkata : "Kami bersama Rasulullah s.a.w. di kediaman Abu Bakar r.a. di Mekah, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu. Maka saya keluar, kiranya dia adalah seorang laki-laki Nasrani seraya berkata, "Apakah disini ada Muhammad bin Abdullah?".

Maka dia saya persilakan masuk. Orang Nasrani berkata, "Hai Muhammad, engkau mengira/mendakwakan bahawa diri adalah Rasulullah, kalau engkau benar-benar demikian, maka tolonglah saya terhadap orang yang menganaiya saya!".

Tanya Nabi s.a.w. : "Siapakah yang menganaiya engkau?".

Jawabnya : "Abu Jahal bin Hisyam telah merampas harta saya". 

Maka Nabi s.a.w. berdiri dan saat itu tengah hari.

Kata Bilal r.a. : "Kami berkata; Wahai Rasulullah, Abu Jahal pada saat ini tidur siang, maka akan sukarlah bagi engkau untuk menguruskan hal itu bahkan kami khuatir dia akan marah kepada engkau dan menyakiti engkau baginda tidak mendengar kata-kata kami". Maka baginda pergi kerumah Abu Jahal dan mengetuk pintunya sambil marah-marah.

Maka keluar Abu Jahal dengan marahnya, kiranya dia adalah Rasulullah yang berdiri dimuka pintu.

Kata Abu Jahal : "Masuklah, mengapa engkau tidak utusan saja, tentu saya akan datang".

Kata Nabi s.a.w. : "Engkau telah mengambil harta orang Nasrani ini, kembalikan harta itu kepadanya".

Kata Abu Jahal : "Adakah hanya kerana ini engkau datang?, kalau sekiranya engkau utusan saja, tentu saya kembalikan harta itu kepadanya".

Kata Nabi s.a.w. : "Jangan engkau panjang kata dan waktu, akan tetapi berikanlah harta itu kepadanya!".

Kata Abu Jahal kepada anak laki-lakinya : "Keluarkanlah semua harta yang saya ambil dari orang ini dan kembalikan kepadanya".

Kata Nabi s.a.w. : "Hai laki-laki Nasrani, apakah telah cukup sampai jumlah hartamu?".

Jawabnya : "Ya cukup, hanya sebuah keranjang yang belum".

Kata Nabi s.a.w. kepada Abu Jahal : "Keluarkanlah keranjangnya hai Abu Jahal!".

Maka Abu Jahal mencari didalam rumahnya, akan tetapi sudah tidak ditemui. Maka dia memberi ganti yang lebih baik dari keranjangnya. 

Kata isteri Abu Jahal : "Demi Allah, sungguh engkau telah tunduk kepada anak yatimnya Abu Thalib dengan tunduk dan menrendah sekali".

Kata Abu Jahal : "Kalau sekiranya engkau melihat apa-apa yang saya lihat tentu engkau tidak mengatakan demikian".

Kata isterinya : "Apakah yang engkau lihat?".

Kata Abu Jahal : "Jangan engkau cerca/jangan engkau buka aibku dikalangan kaumku, saya melihat dikanan kiri Muhammad ada dua ekor harimau, sehingga tiap-tiap saya akan mengatakan sesuatu saya tidak sanggup, hampir-hampir kedua harimau itu menerkam saya. Maka itulah sebabnya saya tunduk".

Kata Bilal r.a. : "Tatkala si Nasrani melihat apa-apa yang telah dilihat dari peristiwa Abu Jahal itu, maka dia berkata : "Hai Muhammad sungguh engkau adalah Rasulullah dan agama engkau adalah hak/benar", maka dia masuk Islam dengan patuh dari sebab berkah pertolongan terhadap orang yang dianaiya". 
(Zubdatul Waa'izdiina)

Betapa Besarnya Pahala Bersedekah.

Menurut satu riwayat:

Bahawa Nabi Isa a.s. berjalan melewati sebuah desa dan di desa itua ada seorang yang kurang sopan (nakal).

Para ahli desa itu melaporkan kepada Nabi Isa a.s.: "Bahawa orang yang nakal itu selalu menahan air, meludahi dan selalu mengokori air itu, maka sudilah engkau (Nabi Isa a.s.) berdoa kepada Allah agar ia tidak bisa kembali sekiranya pergi kemana sahaja".

Kemudian Nabi Isa a.s. berdoa: "Yaa Allah, utuskan kepadanya seekor ular sehingga dia tidak kembali hidup".

Dan adalah sinakal (Qashar) itu pergi untuk memampatkan kain di air, sedang dia membawa tiga potong roti. Maka ketika dia sampai ditempat air itu, ia dihampiri oleh seorang ahli ibadah yang sedang melakukan ibadah digunung situ dan memberi salam dan berkata, "Apakah engkau membawa sesuatu yang mungkin engkau berikan kepada saya atau engkau tunjukkan kepada saya sehingga saya dapat melihatnya atau sehingga saya dapat merasakan baunya, kerana sesungguhnya saya belum makan sesuatu sejak demikian dan demikian".

Maka si Qashar pun memberi kepada sepotong roti. Seorang yang tekun beribadah (Abid) tadi berkata, "Hai Qashar, mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan mensucikan hatimu".

Maka si Qashar memberikan kepadanya sepotong lagi roti. Si Abid berkata pula, "Hai Qashar, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan dosamu yang kemudian".

Si Qashar memberi rotinya yang ketiga kepada si Abid dan si Abid berkata, "Hai Qashar, mudah-mudahan Allah membangun untukmu sebuah istana didalam syurga". Kemudian si Qashar kembali ke desanya semula.

Melihat hal itu ahli desa berkata kepada Nabi Isa a.s., "Sungguh si Qashar kembali lagi".

Kata Nabi Isa a.s., "Hai Qashar, apakah yang telah engkau perbuat hari ini dari beberapa kebaikan, ceritakan kepada saya!". Maka si Qashar memberitahu kepadanya tentang kisah air, roti dan doa-doa yang dibaca oleh si Abid tadi.

Kata Nabi Isa a.s., "Berikan bingkisanmu itu !"

Maka si Qashar pun datang dengan membawa bingkisannya dan membukanya, tiba-tiba didalamnya terdapat seekor ular hitam terikat dengan tali dari besi.

Maka Nabi Isa a.s. berkata: "Hai ular hitam".

Kata ular, "Ya, hai Nabi Allah".

Kata Nabi Isa a.s.: "Tidakkah aku mengirim engkau untuk laki-laki ini (untuk menyeksa/mematuknya)?.

Sahut ular: "Ya betul, akan tetapi telah datang seorang peminta-minta dari gunung itu dan minta makanan kepada si Qashar, kemudian dia memberinya makan dan peminta-minta itu berdoa untuknya tiga kali, maka tiba-tiba adalah seorang malaikat yang berdiri meng-amini sehingga Allah ta'aala mengutuskan seorang malaikat dan mengikat saya dengan ikat dari besi".

Kata Nabi Isa a.s. : "Hai Qashar, mulailah engkau berbuat baik, maka sungguh Allah mengampuni engkau". (Tanbiihul Ghaafiliina)

Jumaat, 25 November 2011

Kelebihan Shalat Dua Rakaat Jibrail Dengan Shalat Dua Rakaat Umat Muhammad.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tatkala Allah ta'ala selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang paling bagus, dan menciptakan pula pula baginya enam ratus sayap yang panjangnya sayap itu antara timur dan barat, maka Jibrail memperhatikan dirinya sendiri kemudian berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makluk yang lebih bagus daripada aku?".

"Allah ta'aala menjawab: "Tidak". Maka Jibrail berdiri serta shalat dua rakaaat kerana bersyukur kepada Allah ta'ala dan tiap-tiap rakaat lamanya dua puluh ribu tahun. Setelah selesai shalat, maka Allah ta'aala berfirman: "Hai Jibrail, kamu telah menyembah kepadaKu dengan ibadat yang sungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadatmu; akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan yang Aku cintai, namanya 'Muhammad'. Dia mempunyai umat yang lemah lagi selalu berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan shalat dua rakaat yang hanya sebentar saja, mereka dalam keadan lupa dan serba kurang, fikirannya pun melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaKu dan ketinggianKu, sungguh shalat mereka itu lebih Aku sukai daripada shalatmu, kerana mereka mengerjakan shalat dengan perintahKu sedang kamu mengerjakan shalat tanpa perintahKu."

Kata Jibrail: "Yaa Tuhanku, apakah yang Engkau anugerahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?".

"Allah berfirman: Mereka Ku beri syurga Ma'waa/ sebagai tempat tinggal".

Maka Jibrail minta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa itu dan Allah pun mengizinkannya. Kemudian berangkatlah Jibrail dengan menebar seluruh sayapnya dan terbang. Setiap dia menebarkan dua sayapnya, boleh menempuh jarak perjalanan tiga ribu tahun dan ketika menelangkupkan pun dapat menempuh jarak yang sejauh itu. Maka dia pun sudah terbang seperti itu selama tiga ratus tahun lamanya sehingga letih lemahlah dia yang akhirnya turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuahpohon dan sujud kepada Allah ta'aala seraya berkata mengucapkan didalam sujudnya: "Yaa Tuhan, apakah saya sudah merempuh didalam jarak setengahnya, atau sepertiganya atau seperempatnya?".

Allah menjawab: "Hai Jibrail, kalaulah engkau terbang tiga ratus ribu tahun, dan meski punlah Aku berikan kepadamu kekuatan seperti kekuatanmu yang sudah ada dan Aku beri pula beberapa sayap sebanyak sayap yang telah engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap imbuhan shalat dua rakaaat yang mereka kerjakan". (Misykaatul Anwaari) /GAnti Najib/Rosmah

RUU Perhimpunan Aman: Myanmar Lebih Bebas Berbanding Malaysia.








































Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan kebebasan rakyat di Malaysia lebih terhad ekoran undang-undang baru perhimpunan aman berbanding di Myanmar, negara Asean yang pernah mempamerkan rekod hak asasi manusia paling buruk.
Ambiga  berkata, Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.
“Sesuatu yang memalukan apabila Burma (Myanmar) boleh mengesyorkan undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita,” kata beliau hari ini.
Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, perkembangan itu satu penghinaan ke atas rakyat Malaysia kerana sebelum ini mereka dijanjikan dengan amalan demokrasi yang lebih luas.
“Tetapi sekarang adalah keadaan sebaliknya,” kata Ambiga dengan merujuk kepada janji Najib sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.
Parlimen Myanmar, negara didominasi tentera itu telah meluluskan undang-undang minggu ini yang membenarkan rakyatnya mengadakan protes secara aman tetapi hanya memerlukan penunjuk perasaan memaklumkan pihak berkuasa lima hari lebih awal.
Bagaimanapun undang-undang di Malaysia memerlukan penganjur memaklumkan polis 30 hari lebih awal. Protes jalanan dilarang.
Undang-undang Myanmar menggariskan bahawa penunjuk perasaan harus mengelak berhimpun di kawasan bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan kedutaan.
Undang-undang Malaysia juga menyediakan peruntukan itu tetapi mengenaikan zon ‘buffer’ 50 meter.
Kawasan larangan itu termasuklah rumah-rumah ibadat.
Ambiga yang mengetuai Perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu awal minggu ini telah menggesa kerajaan dengan segera menarik balik undang-undang itu jika Najib jujur dalam reformasi politik dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi terbaik./MInsider

Bakal Di Tumbangkan, Ini Juga Akan Jadi Pada Umno dan Kerana Itulah RUU Digubal.


Bashar pengecut
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kelmarin, menggelar Presiden Syria, Bashar Al-Assad sebagai pengecut kerana tindakan pemimpin itu menggunakan kekerasaan ke atas rakyat Syria.
“Bashar kerap berkata beliau akan berjuang sehingga mati. Tetapi berperang sehingga mati dengan rakyat sendiri bukan karakter seorang pejuang. Ianya adalah sikap seorang pengecut.
“Anda (Bashar) perlu mengambil iktibar daripada pemimpin Libya (Muammar Gaddafi) yang memerangi rakyatnya sendiri dan hanya lebih sebulan lalu, dia juga menuturkan kata-kata yang sama seperti anda,” kata Erdogan dalam kritikan pertamanya terhadap Bashar.
Erdogan turut menuntut Bashar meletak jawatan, meningkatkan lagi tekanan negara rantau Timur Tengah ke atas Damsyik selepas kerajaan Syria dilaporkan menggunakan kekerasan melampau bagi menghentikan protes menentang Bashar yang bermula, Mac lalu.
Namun Erdogan menegaskan gesaan beliau itu tidak bermakna Ankara menyokong sebarang campur tangan ketenteraan di Syria yang dianggapnya perlu menyelesaikan konflik dalaman mereka sendiri.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebut 3,500 terbunuh setakat ini sepanjang protes di Syria yang tercetus semasa revolusi Arab di Timur Tengah.Sinar

Khamis, 24 November 2011

Apa itu Akta Polis Seksyen 27.





















































Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat pertama kali yang sepatutnya dibawa oleh Najib tetapi pada saat akhir dibawa Menteri yang jaga parlimen, Nazri Aziz. Patut ler beliau tidak membenarkan ianya dihebahkan kepada umum sebelum ianya dibacakan oleh bos beliau. Gua ingin berkongsi dengan lu all, apa itu akta polis seksyen 27, 27A, 27B dan 27C yang menjadi kontroversel ketika ini.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan:
  1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.
  2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
  3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.
  4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa didalam bangunan kebiasaannya dibenarkan.
Maka lu all boleh ler bezakan antara akta diatas dengan RUU Perhimpunan Aman yang baru dibacakan. Adakah Rang Undang-undang ini lebih bagus atau lebih zalim, maka lu all sendirilah yang nilaikan kerana ini melibatkan kepentingan awam.

Antara kandungan penting rang undang-undang yang dicadangkan itu:
  1. Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang ditetapkan oleh menteri dalam negeri.
  2. Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan kecuali terdapat bantahan dari polis.
  3. Tiada protes jalan dibenarkan.
  4. Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
  5. Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.
  6. Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000.
  7. Individu bawah umur 21 tahun tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan
  8. Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan. Ini tidak termasuk perhimpunan berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.
Dimanakah keadilan buat rakyat marhaen bila akta baru untuk mengantikan akta polis seksyen 27 lebih zalim dan menindas hak rakyat untuk bersuara. Kita telah ditipu hidup-hidup oleh kerajaan milik Umno kerana kita menyangkakan akta yang baru hendak digubal ini lebih baik daripada akta polis. Inilah kecelakaan yang dibawa oleh Umno terhadap rakyat dalam mempertahankan kesenambungan politik mereka.

Umno berhujah "Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa apa-apa sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting daripada segi ketenteraman dan keselamatan dalam negeri". Nampaknya Umno semakin menyerlah dan cuba mewujudkan sikap pemerintahan diktator dalam mengengkang rakyat marhaen bersuara dan menentang segala penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan. Malah menteri dalam negeri, Hishamuddin dengan sikap sombong dan angkuhnya berkata tidak akan menarik balik akta tersebut atau menerima sebarang rayuan dari mana-mana pihak agar ianya dikaji semula.

Inilah sikap angkuh pemimpin Umno yang semakin hari semakin ego dan sombong dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka. Mereka merasakan yang mereka akan berkuasa buat selama-lamanya tanpa menoleh kebelakang untuk melihat apa yang terjadi kepada para pemimpin yang sealiran dengan mereka yang akhirnya tumbang ditanya rakyat mereka sendiri. Inilah masanya rakyat patut bangun menentang akta yang bersikap drakula dan usah lagi percaya dengan kata-kata manis Najib yang kononnya ingin melakukan perubahan. kita pasti dua akta baru yang akan mengantikan akta ISA laknatullah pasti lebih zalim dari akta ISA itu sendiri kerana inilah buktinya.

Ben Ali dari Algeria, Mubarak dari Mesir, Gaddafi dari Libya, Suharto dari Indonesia, Arroyo dari Filipina telah tumbang ditangan rakyat mereka sendiri. Sikap para pemimpin ini sama sahaja dengan sikap pemimpin Umno yang angkuh kerana mereka merasakan bahawa tiada siapa yang berani menjatuhkan mereka. Siapalah kamu wahai Umno yang sombong,  
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang kamu tidak tahu. Maha suci bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang menjadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Bijaksana dan  tidak pula Allah itu adalah MahaThir kerana Mahathir adalah Bapa Mizan".

Jika Berlaku, Tidak Mustahil PM Adalah Dari PAS.

 Mustahilkah DAP jadi tauke Pakatan pasca PRU 13?

ULASAN Bukan mustahil Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ke-13. Ditegakkan atas nama keadilan, kesamarataan, ketelusan dan kebajikan, rakyat mungkin sahaja memberi peluang kepada gabungan tiga parti – PAS, DAP dan PKR – untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno dan sekutu BNnya.

azlanBukan mustahil juga kemenangan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan besar kepada lanskap politik negara. Atas nama keadilan, kesamarataan, ketelusan kebajikan, tumpuan akan diberi kepada rakyat yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan kerajaan.


Bukan mustahil juga akan bangkit satu suasana dan rukun ekonomi di mana usahawan baru yang berniaga menurut hukum ketelusan dan tiada rasuah akan muncul. Usahawan “atas kertas” dan hanya berharap kepada kontrak langsung kerajaan Umno-BN selama ini akan berkurangan dan mungkin juga pupus.


Juga bukan mustahil sistem pendidikan negara akan turut berubah dengan pesatnya. Atas nama hak asasi dan semangat Perlembagaan, pendidikan menurut sistem yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing kaum akan bercambah. Mungkin ini akan meningkatkan kebebasan bersuara dan penyertaan dalam proses pembangunan nasional.


NONEDemikian hajat penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Satu bangsa Malaysia baru akan muncul. Generasi yang bebas bersuara dan tidak takut dikenakan sekatan budaya dan bahasa. Ini namanya demokrasi.


Ini semua mungkin berlaku kerana Pakatan Rakyat dan pemimpinnya yakin sistem yang ada sekarang terlalu rapuh, korup dan tidak adil. Bagaimana mahu adil jika ada sesetengah pihak selama ini diberi layanan, tumpuan serta bantuan berlebih-lebihan – di segi ekonomi, peluang pendidikan dan pekerjaan. Kelihatan seolah-olah hanya sesuatu kaum sahaja diberi keutamaan.

Kesamarataan jadi realiti 


Maka bukan mustahil, sistem keselamatan, pendidikan, perkhidmatan awam akan lebih majmuk sifatnya. Dengan terlerainya soal monopoli kaum tertentu dalam sistem-sistem hidup berkenaan, maka akan lebih terjaminlah keadilan. Kesamarataan akan jadi realiti – di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.


azlanDan bukan mustahil juga, citra sebenar Malaysia akan muncul. Kebebasan beragama yang lebih terjamin di bawah pemerintahan Pakatan rakyat akan menyaksikan penganut apa jua agama akan merdeka untuk menghayati ajaran suci masing-masing. Masjid, kuil, gereja akan sama-sama mewarnai karakter Malaysia.


Dan, bukan mustahil juga lebih ramai guru dari kalangan semua rakyat akan tampil menabur bakti mendidik anak bangsa. Soal kelebihan peluang terbabit dalam bidang perguruan dan keguruan seperti dalam zaman Umno-BN tidak timbul lagi. Dakwaan bahawa ada pilih kasih dalam pemarkahan pencapaian pelajar di semua peringkat tidak akan kedengaran lagi. Institusi pendidikan menyaksikan semakin kurang bilangan pelajar dari keturunan yang mendapat habuan istimewa Umno-BN.


university students 050805Hukum persaingan adalah jelas. Penempatan pelajar di semua peringkat akan mengikut pencapaian atau merit. Bagi pelajar lembam atau memang pada dasarnya malas, mereka akan tercicir. Meritokrasi akan menentukan sifat kurang rajin mereka akan dihukum.


Lanjutan itu ia akan merubah corak dan komposisi pekerjaan di negara ini. Hanya yang pandai, berpendidikan dan berkemahiran akan mengisi strata pembuat dasar dan penyeliaan di sektor awam dan swasta.

Dasar meritokrasi mutlak


Bukan mustahil Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional, Telekom, MAS dan sebagainya adalah anak Malaysia yang dipilih atas dasar meritokrasi mutlak. Soal kaum dan agama bukan perkiraan lagi. Ia ikut suara majoriti.

azlanBukan mustahil perbahasan tentang mewujudkan “tongkat sosial, tongkat ekonomi, tongkat pendidikan” tidak akan kedengaran lagi. Itu janji Pakatan Rakyat. Pemerintahan akan ikut demokrasi. Siapa dapat undi majoriti dia akan dianugerahi kuasa.


Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang berwibawa dan bijaksana – dari semua keturunan dan fahaman. Ada memang berjiwa majmuk seperti PKR. Ada berjiwa Islam dalam PAS. Ada bersemangat Cina dalam DAP.


Atas nama demokrasi, siapa yang punyai majoriti dalam Pakatan Rakyaat akan jadi pemimpin. Ini hukum. Kini pemimpinnya adalah Anwar Ibrahim dari PKR. Parti itu menang 31 kerusi parlimen dalam pilihanraya 2008. Namun kini tinggal 25. Bakinya sudah melompat atau dipecat.

PAS masih bertahan dengan 24 kerusi. DAP pula adalah pemegang saham kepimpinan tertinggi. Ia ada 28 kerusi.


selangor dap congress 2011Buat masa ini DAP walaupun memiliki saham terbesar dalam Pakatan, ia masih mahu Anwar terus memimpin Pakatan itu. Ini sebagai menghormati bilangan majoriti rakyat Malaysia – Melayu-Bumiputera-Islam.

DAP juga insaf Perlembagaan Malaysia dan amalan politik mahukan Melayu-Islam jadi Perdana Menteri.


Tambahan pula Pakatan Rakyat kini hanya berstatus Pembangkang yang memiliki satu pertiga kerusi Dewan Rakyat; belum layak jadi pemerintah. Mengambil alih kepemimpinan Pakatan sekarang hanya tambah beban.

Anwar paling layak


Buat masa ini Anwar paling layak kerana beliau paling kuat dan rajin berkempen ke semua kutub Malaysia. Biar Anwar jadi jurubicara Pakatan Rakyat. Biar Anwar yakinkan rakyat Umno-BN curang dan Pakatan Rakyat terutama DAP berjiwa Malaysia dan wajib disokong.


azlanNamun pada hakikatnya PKR dan PAS sendiri tahu peluang DAP adalah lebih cerah daripada mereka menjelang pilihanraya umum ke-13.


Trend pengundian pilihanraya negeri Sarawak tahun ini dan beberapa siri pilihanraya kecil sebelum itu menunjukkan kemungkinan DAP akan mendapat sokongan besar daripada masyarakat Cina dan bukan Melayu.


Menurut rukun politik Pakatan Rakyat, Melayu PAS dan Melayu PKR akan menyokong DAP. Amalan ini akan menjanjikan DAP kemungkinan kemenangan lebih besar dan luar jangka.


Meskipun imej DAP ialah parti Cina, PAS dan PKR boleh jadi saksi bahawa DAP akan jadi parti Cina demokratik yang percaya pada keadilan, kesamarataan, ketelusan dan kesamarataan. DAP akan turut membantu rakyat Bumiputera, Melayu dan Islam.


pakatan council meeting 290911 before pc front imageIdeologi Pakatan Rakyat akan memastikan DAP apabila menang besar kelak tidak akan lupa pada rakyat Bumputera, Melayu dan Islam. DAP akan menghormati kontrak sosial dalam Pakatan Rakyat – orang Melayu dan Islam akan tetap jadi penentu polisi kerajaan Pakatan Rakyat.

Melayu Islam ahli DAP!


Ini bukan mustahil. DAP faham sentimen orang Melayu-Islam. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar serta Ketua-ketua Menteri akan tetap terdiri dari kalangan orang Melayu dan Islam. Mereka akan tetap bersultan dan merafak sembah pada Raja-raja Melayu yang beragama Islam.


Cuma ada sedikit perbezaan. Pemimpin utama kerajaan Pusat dan Negeri-negeri pasca Pilihanraya umum ke-13 ini bukan lagi mewakili Umno atan mana-mana parti komponen BN. Mereka adalah orang Melayu Islam ahli DAP!

Ini bukan mustahil kerana ia adalah kerajaan Pakatan Rakyat.


NONEPAS memang parti zuhud. PAS tidak pernah mengunjurkan akan menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS sendiri tidak mahu tumpu perhatian pada kawasan majoriti bukan Melayu-Islam. Setelah berbahagi dengan Melayu PKR, mustahil PAS akan menjadi kerabat dominan dalam Pakatan Rakyat untuk mengizinkannya menerajui negara.


Bukan mustahil Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya. Bukan mustahil yang memimpin Pakatan Rakyat melangkah ke Gerbang Kuasa ialah DAP.



ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu. Malaysiakini

Rabu, 23 November 2011

Umno Semakin Takut Bila Muhyiddin Timbulkan Isu UG.


NONE


















Sudah terang lagi bersuluh bila Muhyiddin Yassin menimbulkan semula isu Kerajaan Perpaduan (UG) dengan PAS. Dalam keadaan Umno yang sedang menghadapi krisis dalaman dan pilihan raya umum semakin hampir membuatkan Umno semakin mengelabah. Beliau telah membangkit isu UG bila ditanya tentang tuntutan royalti minyak yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Kelantan.

Krisis dalaman Umno dilihat semakin parah sejak Najib mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah dengan bantuan Mahathir. Umpama 'air yang tenang tidak semestinya tiada buaya' dan itulah yang sedang dihadapi oleh Umno ketika ini kerana penyokong setia Pak Lah masih menyimpan dendam. Mereka melihat pengunduran Pak Lah adalah satu rampasan kuasa dan amat memalukan, apatah lagi isu ini dibangkitkan oleh Muhyiddin dengan sokongan Mahathir.

Muhyiddin seperti mencari talian hayat untuk perjalanan politik beliau yang semakin kabur maka beliau seperti merayu kepada PAS agar dapat membantunya. Seperti yang dihebohkan oleh media massa bahawa populariti Najib semakin meningkat tidak akan membantu Umno kerana dari segi sokongan rakyat semakin merundum. Muhyiddin tahu populariti Najib naik bukan kerana kehebatan beliau tetapi semata-mata rakyat benci melihat tingkahlaku Rosmah yang boros. 

Rakyat marhaen mempersoalkan siapa sebenarnya yang memerintah negara dan melihat Najib seperti boneka kepada Rosmah. Seperti yang diketahui oleh segelintir rakyat bahawa didalam Umno ketika ini wujub satu gerakan yang dinamakan .Gerakan Bersihkan Najib' yang dipelopori oleh tiga orang menteri kabinet. gerakan ini wujub pun bukan kerana mereka bencikan Najib tetapi mereka amat meluat melihat tingkah laku Rosmah yang umpama 'lebih kuah dari nasi'.

Jika ahli Umno sendiri meluat dengan Rosmah, apatah lagi dengan pembangkang. Mereka tahu bagaimana sikap Rosmah yang terlalu hipokrit dan cita-cita besarnya dalam mempengaruhi Najib dalam segala aspek. Yang pasti rakyat marhaen akan dihidangkan isu 'Ketuanan Melayu' dan perpecahan Melayu dalam masa terdekat ini.

Muhyiddin mula lemas dengan musuhnya yang masih menyimpan dendam gara-gara asakan beliau supaya Pak Lah mengundurkan diri. Ini adalah salah satu sebab kenapa Umno tidak mengadakan pemilihan diPerhimpunan Agung tahun ini dan mengantikannya dengan Perhimpunan Agung biasa sahaja. Seperti apa yang dikatakan oleh blogger Gerakan Anti Najib/Rosmah yang Umno semakin menghampiri hayatnya ada kebenarannya. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini memetik sumber dari Bernama, Sila Baca Sini
Sumber: Musafirlalu

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...