Translate

Mesti Baca

Khamis, 17 November 2011

Memang NFC Salah, Kenapa SPRM Lepas Tangan..!!!!


Isu projek Fidlot semakin panas apabila beberapa ahli parlimen BN menyarankan agar Shahrizat meletak jawatan adalah tepat walaupun beliau dipertahankan oleh Pak Lah, KJ dan juga TPM, Muhyiddin Yassin. Semua mereka yang mempertahankan Shahrizat adalah watak utama berkaitan isu projek lembu negara. Projek ini diluluskan pada tahun 2008 semasa era Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula adalah menteri yang bertanggungjawab tentang Pertanian dan Asas Tani dan seperti biasa, KJ akan mempertahankan pak mentuanya.

Pak Lah pula dah macam Mahathir pula perangainya, bila cuba mempertahankan Shahrizat. Beliau menyuruh suami kepada Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi Eksekutif NFC menjawab semua kekalutan isu lembu ini. Tanpa merasa bersalah, beliau enggan mengulas bila ditanya oleh wartawan dengan alasan ia adalah perkara lama. Lama mana yang dimaksudkan oleh beliau, adakah perkara ini berlaku 30 tahun yang lepas atau pun 300 tahun yang lampau. Nampaknya Pak Lah cuba lepas tangan tentang perkara yang telah beliau putuskan semasa menjadi PM, sebagaimana dengan skandal PKFZ yang melibatkan berbilion duit rakyat berpindah tangan kepada para kroninya. 

Inilah sikap yang tidak bijak bagi seorang yang bergelar bekas Presiden Umno dan juga mantan Perdana Menteri. Patutlah Mahathir marah sangat kat beliau dan menuduhnya penyebab negara kehilangan ratusan bilion RM semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Adakah Dr Mohd Salleh dan anak-anaknya akan mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM 250 juta dan geran RM 6 juta jika beliau bukan suami Datuk Shahrizat Jalil?. Sebagaimana menantu Pak Lah yang masih muda dan tak tahu berniaga diberi pinjaman RM 11 juta jika KJ adalah Khairy Jamaluddin yang tiada kena mengena dengan Pak Lah. Memang Shahrizat bukan CEO NFC, tetapi beliau ada kepentingan dalam kerajaan dan bertaraf menteri penuh.

Apabila timbul pula isu pembelian kondo mewah yang bernilai RM 9.8 juta oleh NFC, mereka semakin terjerat sehinggakan terpaksa mengupah beberapa blogger untuk mempertahankan kesalahan mereka ini. Maka dicananglah kat alam maya bahawa tindakan tersebut adalah satu strategi perniagaan dalam menguruskan kewangan syarikat. Para blogger upahan menyatakan, kondo mewah yang terletak di Bangsar itu bukannya bernilai RM 9.8 juta tetapi hanya bernilai RM 7.5 juta sahaja. PKR kata RM 9.8 juta, blogger upahan kata RM 7.5 juta, mana hilangnya RM 2.3 juta lagi?. Bila duit dah masuk poket blogger upahan, maka mulalah cerita direka-rekakan dalam usaha membela tuannya.

Yang menjadi persoalannya, memang duit itu adalah pinjaman mudah kerajaan (itu pun belum tentu dibayarnya) tetapi ianya untuk projek lembu nasional dan apa kena mengena pula sampai dibelinya kondo mewah. Dana tersebut adalah dana awam yang diperuntukkan untuk mengurangkan import 40 peratus daging lembu dari luar negara. Nampaknya kerajaan cuba mengLembukan rakyat dengan fakta-fakta bodoh dalam membela penyelewengan dan takkanlah rakyat sebegitu bodoh untuk menerima alasan yang karut marut ini.

Yang menghairankan, kenapa SPRM cuba lepas tangan dengan alasan isu ini perlu disiasat oleh pihak polis dan bukannya SPRM. Sedangkan perkara ini terang-terang menunjukkan telah berlaku penyelewengan berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan bukannya tuduhan tanpa fakta dari pihak pembangkang. Adakah kerana isu penyelewengan ini melibatkan mantan Perdana Menteri, Pak Lah dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin maka SPRM tidak berani melakukan siasatan walau pun fakta-fakta yang diberikan jelas lagi terang, bahawa berlakunya penyalahangunaan kuasa.

Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.

2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.

4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab. Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan. Ini adalah satu daripada beribu-ribu perbuatan tidak amanah yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno/BN terhadap rakyat. Para pemimpin-pemimpin Umno/BN dan kroni-kroninya dengan penuh rakus melakukan rompakan besar-besaran terhadap negara tanpa menghiraukan apa yang berlaku kepada rakyat.

Jurang kehidupan diantara yang kaya (pemimpin Umno/BN) dengan yang miskin (rakyat marhaen) semakin hari semakin jauh jaraknya. Malah mereka memaksa rakyat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan mereka kerana keperihatinan mereka memberi RM100 kepada setiap murid dan dalam masa yang sama, mereka berpesta seperti penyamun tarbus.

Terkini: Ada Usaha Dari Pihak Kerajaan Untuk Menyelamatkan Tajudin Ramli.

 
Seorang menteri persekutuan dilapor mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan beberapa eksekutif kanan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menyelesaikan kes tuntutan hutang jutaan ringit membabitkan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajudin Ramli, yang dijadual dibicarakan pada Feberuari nanti.

NONEPercaturan di belakang tabir itu dipercayai berkaitan dengan dengan surat kontroversi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, 8 Ogos lalu yang mengarahkan GLC berkenaan membatalkan saman ke atas Tajudin.

Menurut sumber, mesyuarat percaturan itu sepatutnya bermula minggu ini, dengan kemungkinan GLC lain yang mahu mengheret Tajudin ke mahkamah mengaturkan pertemuan pada tarikh yang belum ditentukan.

Namun, tidak diketahui sama ada pertemuan itu telah dibawa ke pengetahuan lembaga pengarah GLC berkenaan kerana tiada sebarang pengumuman dimaklumkan kepada Bursa Malaysia berhubung usaha terbaru untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan.

Adalah difahamkan lagi, mesyuarat pertama yang dijadualkan adalah antara Nazri dan ketua pegawai eksekutif , Telekom Malaysia Bhd (TM) Zamzamraini Mohd Isa pada Selasa (15 Nov) ini.

azlanMenurut sumber lagi, Nazri meminta supaya mesyuarat dengan Zamzaraini, yang juga pengarah urusan TM, diadakan pada 15 November ini bagi membincangkan jalan penyelesaian mengenai pertikaian dengan Tajudin.

"Amat luar biasa bagi menteri persekutuan untuk campurtangan dengan mengadakan mesyuarat dengan sektor swasta atau GLC bagi menyelesaikan pertikaian yang membabitkan pihak ketiga kerana Tajudin bukan seorang penjawat awam. Tiada sebab bagi kerajaan untuk campur tangan bagi pihaknya," kata sumber yang biasa dengan urusan berkenaan.

"Apa yang ada bagi Nazri untuk camour tangan bagi menyelesaikan perkara itu?" /Malaysiakini

Polis Dan Keganasan: Siapa Pukul Siapa...!!!!


Gajah pun boleh mati...!!!

Rabu, 16 November 2011

Mahathir Tidak Layak Bercakap Pasal Bersatu.



ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.

Masa itu Parti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.

Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.

Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia  dibenarkan oleh demokrasi.

Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula  KITA  dan lain-lain.

Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang.

Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir.

Sama saja dengan sekarang ada KITA dan PKR. Tetapi adanya KITA itu samalah dengan adanya S46, Berjasa dan  Hamim dulu. Adanya sekejap saja  dan adanya seperti tak ada  saja.

Beza sekarang ada PKR yang kedudukannya lebih kuat dari S46.

Katakanlah keadaan itu tidak baik pada orang Melayu, maka ia banyak disebabkan oleh politik Dr. Mahathir sendiri.

Apa untungnya PAS berada dalam BN? Perpecahan Melayu itu dapat diredakan, malah ia seperti hampir bersatu. Tetapi yang memecahkannya ialah Dr. Mahathir sendiri. Berseteru semula PAS dengan  UMNO. Angkara siapa? Jika tidak baik, Dr. Mahathirlah yang menjadikan begiu.

Kemudian berpecah pula orang  Melayu kepada Berjasa dan  Hamim. Siapakah yang mendorongkan wujudnya parti itu? Jangan kata Dr. Mahathir tidak ada peranan.

Kemudian tinggal PAS dengan UMNO semula kerana Berjasa dan Hamim ada seperti tidak. Tetapi gara-gara politik Dr. Mahathir memecah belahkan UMNO, muncul pula S46. Orang Melayu terbagi tiga pula. Dari  dua jadi tiga. Jangan kata ia bukan angkara Dr. Mahathir!

Selepas S46 hilang stamina Melayu kembali berpecah kepada dua semula. Tetapi Dr. Mahathir berkarinah lagi. Ditendangnya pula Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Ia menyumbang kepada keadaan yang ada sekarang. Anwar dan penyokong-penyokongnya dalam UMNO membentuk PKR. Apakah keadaan yang ada ini suatu yang  tidak baik bagi orang Melayu?

Kalau ia satu malapetaka kepada bangsa Melayu, maka antara orang yang menjadikannya begitu ialah Dr. Mahathir. Punca besar perpecahan itu dalam setiap kejadian adalah dari Dr. Mahathir. Jika dia tidak tendang PAS dari BN, mungkin BN itu boleh menjelma mejadi sebuah parti dominan orang Melayu.

Tetapi kerana politik gilanya memperbodohkan Tun Hussein Onn, orang tua terpengaruh lalu menendang PAS. Dato Asri,  Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz tidak boleh disalahkan. Mahathir mesti belajar menyalahkan dirinya sendiri.

Kalau dia marah orang Melyu  jadi begitu, dia kena marah dirinya dulu. Kalau  dia menangis, itulah tagis buaya. Tangis yang sudah  tidak ada erti.

Katakanlah orang Melayu  betul berpecah.  Yang melebar dan memperkuat perpecahan itu ialah diskriminasi kerajaan UMNO terhadap orang PAS  dan anak-anaknya. Orang Islam dan orang PAS yang tidak bersama UMNO dilihat sebagai orang Melayu kelas tiga.

Orang  Melayu kelas satu ialah UMNO yang menyokong Perdana Menteri. Melayu kelas dua yang  tidak menyokong Perdana Menteri dan Presiden UMNO. PAS adalah Melayu kelas tiga.

Amalan diskriminasi UMNO itu lebih memecahkan orang Melayu dibandingkan dengan kewujudan beberapa parti Melayu.

22 tahun dia berkuasa dia tidak dapat buat apa-apa untuk menyatukan orang Melayu. Sepanjang masa  dia memecahkan orang Melayu. Yang layak baginya bukan menyesali perpecahan itu tetapi menyesali  dirinya tidak buat apa-apa untuk menyatukan orang lain.

Harakahdaily/ Sumber

Selasa, 15 November 2011

NFC: Biar Logik Sikit Ler Wahai Pak Lah, Kalau Isteri Tiada Kuasa Takkan Suami Dapat Projek.

 Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tidak wajar meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dilaporkan gagal, memandangkan anggota Kabinet itu tidak terlibat dalam projek tersebut.
Sebaliknya, bekas perdana menteri ini berkata individu yang perlu menjawab segala persoalan berkaitan adalah suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.
Abdullah menambah Shahrizat tidak perlu melayan desakan supaya meletakkan jawatan.
“Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.
“Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah (tanya) tapi sekarang dia tidak terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Sains dan Nilai: Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini.
The Malaysian Insider difahamkan NFC mula beroperasi pada 2008 semasa pentadbiran Abdullah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ditanya mengenai NFC, Abdullah bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dengan alasan ia perkara lama.
Isu projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.
Susulan pendedahan laporan itu, pada Khamis lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).
Ekoran skandal itu, banyak pihak terutamanya dari PKR menggesa supaya Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno meletakkan jawatan yang disandang dan bertanggungjawab atas perkara itu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada “pinjaman” RM83 juta disalurkan kepada NMLC.
Menurut Abdullah, Salleh adalah individu yang paling tepat untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.
“Saya cadangkan supaya Ahli Parlimen kita jemput Dr Salleh beri taklimat dan terangkan mengapa isu ini timbul.
“Berapa banyak duit, ke mana duit itu dibelanjakan... tanya mereka yang tahu, jangan terlalu cepat keluarkan pandangan dan selepas itu nak buat kesimpulan. Apa yang penting tanya orang yang berkenaan,” katanya. 

PRU13 Sudah Tidak Lama lagi, Rosmah Ada Dalam Senarai Ker...!!!!

1
 

Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini susulan pertemuan Jumaat lalu - dipercayai bagi memperhalusi soal bakal calon dan pembahagian kerusi pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan pertemuan hari ini, yang masa dan tempatnya belum ditentukan lagi, akan memfokus ke atas aspek berkenaan memandangkan pucuk kepimpinan telah menetapkan bulan depan sebagai tempoh menyediakan senarai akhir calon yang bakal diturunkan nanti.

“Agenda pertemuan esok (hari ini) belum diketahui lagi, tetapi Datuk Seri Najib (gambar) hendak jumpa dengan kami... kemungkinan untuk memberi input dan pandangan mengenai soal calon dan pembahagian kerusi,” kata seorang pemimpin parti komponen kepada The Malaysian Insider.

“Masa pertemuan hanya akan diketahui esok selepas Datuk Seri Najib balik dari luar negara,” kata beliau lagi sambil menambah, “tetapi pertemuan esok bukan indikasi pilihan raya akan berlangsung tahun ini.”

“Saya tidak melihat pilihan raya tahun ini, mungkin tahun depan... tapi bukan tahun ini, yang itu pasti,” katanya lagi.

Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu telah bertolak ke Hawaii sejurus selepas pertemuan itu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan akan pulang ke tanah air pagi ini.

Justeru Najib yang juga Perdana Menteri dan Presiden Umno dijangka bertemu dengan kesemua ketua komponen BN lewat petang atau malam ini.

“Datuk Seri Najib sendiri sudah memaklumkan ketika mesyuarat Jumaat lalu bahawa beliau mahu bertemu dengan semua presiden parti komponen (sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air),” kata pemimpin itu.

Seorang lagi pemimpin berkata pihaknya sudah pun menghantar senarai nama calon kepada Najib beberapa bulan yang lalu untuk pertimbangan dan penelitian beliau.

“Nama-nama telah pun dihantar, bukan ikut kerusi atau kawasan yang ditandingi, yang diperuntukkan ketika pilihan raya umum lalu, tetapi satu senarai kasar secara umum untuk pertimbangan.

“Kemungkinan selepas ini akan disediakan senarai khusus ikut kawasan, ada kemungkinan pertemuan esok (hari ini) akan membuka ruang ke arah itu,” kata pemimpin itu.

Katanya, ia adalah kerana kemungkinan akan ada perubahan kerusi yang ditandingi memandangkan banyak parti komponen khususnya di Semenanjung tewas tiga tahun lalu, misalnya MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Sebelum ini, Umno meminta komponen BN menyerahkan kerusi yang mereka tewas kepada parti lain untuk disaingi.

Dalam satu temu bual dengan akhbar Umno, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata calon-calon yang akan diturunkan BN pada pilihan raya umum ke-13 “memang boleh menang dan memberi impak” dengan menekankan bahawa Najib mahukan calon dan kerusi yang boleh menang.

Najib, yang mengetuai BN sejak menyandang jawatan perdana menteri pada April 2009, sebelum ini pernah berkata bahawa mahu memberi tumpuan ke atas faktor calon boleh menang dalam usaha perikatan itu mendapatkan balik majoriti dua pertiga di Parlimen dan menawan kembali negeri-negeri dimenangi Pakatan Rakyat.

Malah Najib juga memperkenalkan strategi meminta parti-parti komponen menghantar senarai bakal calon terlebih awal berbanding amalan-amalan sebelum ini.

“Jadi kami sudah mengemukakan nama bakal calon sebelum, jadi senarai muktamad akan diketahui dan diputuskan bulan depan,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan Najib memanggil pertemuan hari ini sebab beliau akan menghadiri sidang kemuncak Asean dan Asia Timur selepas ini dan disusuli dengan Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini.
Beliau dijangka akan bercuti bulan depan.

Spekulasi kononnya Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen Jumaat lalu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dipanggil meleset dengan beliau berkata tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan, dan mesyuarat itu langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya.

Sebaliknya, Najib berkata ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama.

“Ini supaya kita dapat cari kata sepakat untuk tangani apa juga isu sama ada sensitif atau sebaliknya,” kata Najib.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.

Pada Mac 2008, BN menang di 140 daripada 222 kawasan Parlimen ditandingi dan 307 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri. MInsider

Haji Najib Semakin Pening Kepala Menjelang PRU13, Makan Panadol ler.


PRU 13 sentiasa menjadi tanda tanya buat semua rakyat Malaysia dan ahli politik amnya. Lobi melobi mula kedengaran dalam persaingan untuk menjadi calon. Bakal-bakal yang merasakan mereka mempunyai pontesi sebagai calon mula bermesra dengan warga marhaen. Haji Najib semakin pening kepala untuk menentukan tarikhnya dan satu pertemuan diantara parti komponen akan diadakan selepas beliau pulang dari persidangan APEC nanti. Gua punya jin-jin pun belum lagi memberi pentunjuk kepada gua kerana mereka masih cuba berinteraksi dengan jin Hajjah Rosmah. Tapi gua terang-terang bagi tahu kat pemimpin Umno, gua punya harga RM 500,000 untuk PRU ini sahaja.

Berbalik kepada isu pilihan raya umum, Umno semakin tertekan dengan apa yang berlaku mutakhir ini.  Para penasihat Haji Najib melihat Haji pada tahun ini satu platform yang baik untuk menaikkan semula imej Haji Najib yang teruk tercalar mengikut kajian Merdeka Center. Kerana itulah Haji Najib ditonjolkan sebegitu rupa oleh media pencacai semasa beliau mengerjakan haji bersama rombongannya. Cerita dan gambar-gambar beliau yang dikepong dengan layanan first class oleh kerajaan Arab Saudi, hanyalah untuk tatapan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat kampung dan bukan untuk warga yang celek politik. 

Ini juga sebagai satu mesej buat rakyat marhaen bahawa PRU 13 sudah semakin hampir. Haji Najib akan mendengar dari para penasihatnya, adakah haji yang dilakukan telah menaikkan kembali populariti beliau. Beliau pun tahu, gua pun tahu dan semua pemimpin Umno pun tahu, bahawa Hajjah Rosmah adalah satu liabiliti buat beliau disebabkan sifat ego dan borosnya. Baik-buruk, busuk-wangi, hodoh-comel, gemuk-kurus Hajjah Rosmah tetap isteri kesayangan beliau dulu, kini dan mungkin juga akan datang.

Tapi apakan daya, segala usaha telah dilakukan tetapi Qada' dan Qadar Allah s.w.t. tiada siapa yang dapat menafikannya. Bila pulang ke Malaysia, Haji Najib tersentak dengan isu lembu tinggal dalam kondo mewah yang dengan jayanya dimainkan oleh PR. Isu ini benar-benar memerangkap Umno dan Haji Najib yang masih dalam usaha mencari simpati rakyat, bahkan ia juga melibatkan Hajjah Rosmah. Malaysia sentiasa memeranjatkan dunia dengan isu yang pelik tapi benar. Isu ini bukan melibatkan ribuan atau tarusan ribu atau jutaan atau puluhan juta tetapi ia melibatkan ratusan juta RM dana awam. Nampaknya Haji Najib, Hajjah Rosmah dan para panglimanya cuga meLEMBUkan rakyat.

Kali ini gua akan tumpukan isu Syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik suami dan anak-anak menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil. NFC telah dikurniakan tanah seluas 5,000 ekar diGemas, Negeri Sembilan. Dengan peruntukan permulaan sebanyak RM 73.64 juta, projek ini bermula pada tahun 2008 semasa Pak lah menjadi Perdana menteri dan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi jangan hairan dengan lalakan dari ketua Pemuda Umno, KJ kerana beliau tahu tentang perkara ini terlibat semasa era mentuanya menjadi PM.

Projek NFC yang melibatkan dana awam sebanyak RM250 juta ini sepatutnya mula menghasilkan 8,000 ekor lembu pada 2010 yang mana ia cukup untuk keperluan 40 peratus (1,500 sehari) pengeluaran daging di negara ini. Oleh kerana projek ini melibatkan orang-orang yang berpengarus, salah urus yang tiada kesudahan ini menyebabkan 3,289 lembu berkeliaran diladang tanpa diurus dengan baik. Sekarang ini hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor yang dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.
NONE

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu cukup bermasaalah sehingga memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Perbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Ironiknya daging NFC ini dinamakan 'Gemas Gold' bernilaiRM184 untuk satu kilogram, lembu-lembu NFC dicanangkan sebagai daging Wagyu yang menjadi lengenda dan amat diminati ramai. Seekor lembu Wagyu boleh dijual antara RM30,000 hingga RM60,000. Lembu 'Gemas Gold' ini pula berdasar wang dibelanjakan ialah  RM55,000 sekor pada 31 julai.

Nampaknya Pak Lah, Muhyiddin Yassin, Noh Omar dan Haji Najib telah berbohong kepada warga marhaen tentang isu NFC. Keseluruhan pinjaman mudah dan geran berjumlah RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimilik suami dan anak-anak Shahrizat. Rekod telah menunjuk sejumlah RM130 juta telah dimasukkan kedalam akaun NFC pada tahun 2008.

Manakala pada pada 13 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 pula NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Apa yang difahamkan, dari simpanan tetap itu telah memberi pulangan sebanyak RM406,000 setahun dan mereka sekeluarga telah melancung keluar negara dengan kos RM8,00,000 bersumberkan dari duit NFC.

 Kondo mewah One Menerung RM9.8 juta yang dikatakan dibeli oleh NFC untuk keselesaan anggota-anggota lembunya.

Kes pembelian kondo mewah oleh keluarga Shahrizat di One Menerang melalui NFC amat memeranjatkan kerana ia bersumberkan wang daripada peruntukkan projek Lembu yang bernilai RM256 juta. Gua jamin duit yang bernilai ratusan juta itu akan lenyap tanpa dapat dikesan kerana SPRM suruh polis ambil kes, polis pula suruh SPRM yang lakukan, ini apa cerita nih. Dua jabatan yang tak ada teloq bila melibatkan Ketua Wanita Umno dan tiada bezanya dengan kes Ketua Wanita Umno dulu, Rafidah Aziz dengan pembahagian saham-saham kepada nenantunya sehingga menjadi kaya raya. 

Jika lu susah sangat biar gua sendiri ambil kes nih. Gua rasa mereka-mereka nih boleh didakwa dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ajen. Seksyen 409 Kanun Keseksaaan menyebut 'Barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta atau kawalan terhadap harta, dalam kapasiti sebagai penjawat awam atau ajen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum'. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimun dua puluh tahun penjara dengan senbatan dan denda jika sabit kesalahan.

Lu Pak Lah duk diam-diam ler pasal hangpa lu tak bagi orang kacau Shahrizat dan hanya suruh tanya laki dia jer. Lu tak boleh kata perkara nih dah lama dah, sedangkan isu ini dalam pengetahuan lu dan Muhyiddin semasa lu jadi PM. Baru nak masuk 4 tahun, lama apenya lainlah yang dah memang lama pun (umur). Jangan jadi bodoh dan cuba nak perbodoh warga marhaen pulak, jika isteri dia tiada apa kuasa, lu berani ker nak bagi RM250 juta dan mungkin lu bagi pasai dia kroni lu.

Jangan jadi macam Mahathir 'Separuh Melayu yang Mudah Lupa' tuh, semua kesalahan yang dilakukan dikata tak tahu, tak ingat tapi bila orang sebut jasa dia, belum sebut jasa pun dah mengaku bagai nak rap. Lu tiada hak untuk mendiamkan isu ini walau pun lu bekas PM, gua ape peduli. Ada banyak lagi yang gua akan dedahkan tapi nilainya tetap RM500,000, apalah sangat dengan RM500,000 nih berbanding lu Umno yang songlap berbilion duit rakyat.
Bersambung.......

Isnin, 14 November 2011

Wajib Tonton: Liputan Royalti Minyak Kelantan Oleh Al-Jazeera.

Awang Adek dilaporkan telah menolak dengan penuh kesombongan risalah yang diberikan kepadanya oleh pemimpin kerajaan Kelantan berkaitan janji bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak tentang royalti minyak patut dihebahkan kepada rakyat Kelantan. Adakah manusia yang bernama Awang Adek layak untuk jawatan Menteri Besar Kelantan?. Inilah sicelaka yang sanggup menjadi pengkhianat kepada rakyat Kelantan semata-mata untuk survival politik dan keduniaan yang beliau nikmati.

Ahad, 13 November 2011

Syabas Gua Ucapkan Kepada Ahli PAS Yang Berani Nih.

 
 Penyokong Perkosa, Jamil Hussain yang cedera akibat pukulan kerana mengatal dengan laki orang.

Kesabaran ahli-ahli PAS ada batasnya, selama ini ahli PAS cukup sabar dengan gelagat Perkosa (separuh Melayu yang mudah lupa sebagai penasihatnya) dan Pukida (pemilik Islam Hadhari sebagai penaungnya) yang sentiasa cuba cari pasal dengan PAS. Sikap ahli PAS masih cool dan tidak terikut-ikut provokasi yang dilakukan oleh dua ekor NGO Melayu tulen nih hasil daripada tarbiah yang diberikan oleh pihak pimpinan yang diterajui oleh para ulama. Kerana itulah tahap disiplin ahli PAS cukup tinggi berbanding dengan mana-mana parti politik di Malaysia dan PAS juga mempunyai 'Unit Amal' yang bertindak untuk menjaga tingkah laku para ahlinya.

Gua sendiri mengakui bagaimana disiplin para ahli-ahli PAS dalam menjaga keselamatan para pemimpinnya dan mengawal keadaan setiap kali diadakan ceramah. Bagi gua, ceramah PAS akan lebih aman jika tiada campur tangan polis kerana ahli PAS bukan macam Umno, MCA, MIC, Perkosa mahu pun Pukida. Sorry bro, gua susah sikit sebut Perkkkkaase dan Paakiiiiddda kerana itulah gua lebih selesa menyebut Perkosa dan Pukida. Lu baca sini Pengalaman Gua Dengan Pukida.

Apa yang berlaku di Pasir Gudang ada hikmahnya yang mana kesudahannya seekor cedera dibelasah dan sekor lagi pura-pura pengsan (takut kena belasah lagi) oleh ahli-ahli PAS yang kesabaran mereka telah disangkut kat pagar kawasan ceramah. Utusan Meloya tidak berani menyebut nama NGO taik kucing itu kerana takut nama gah NGO itu dimalukan. Gua rasa selepas ini para pendekar-pendekar NGO taik kucing akan berfikir sepuluh kali untuk melakukan provokasi disetiap ceramah-ceramah PAS.

Selama ini pendekar Umno, Perkosa, Pukida dan yang sewaktu dengannya cuba mendabik dada kerana segala provokasi mereka dilindungi oleh pihak polis. Disebabkan polis selalu memberi muka kepada puak-puak inilah maka insiden ini berlaku. Mungkin mereka tidak mengetahui yang didalam PAS sendiri ada puak yang dipanggil 'Taliban', bukan Taliban macam kat Afganistan tuh tetapi para pendekar PAS yang disimpan dalam peti besi. Mereka akan keluar apabila keadaan sudah tidak dikawal lagi oleh pihak polis dan FRU. Lu sendiri fikir ler....

Ulasan bangang dari seorang menteri yang juga ahli parlimen kawasan tersebut amat memalu dan meloyakan gua. Beliau (Mohd Khaled Nordin) mengatakan kedatangan Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang kononnya Mat Sabu telah menimbulkan kontraversi (Mat Indera ler tuh). Lu sape nak kata tak alu-alukan, kalau Mat Sabu tak dialu-alukankan takkan ribuan yang hadir..... Bodoh punya menteri, bukan ker lu diantara 3 menteri yang terlibat dalam 'Gerakan Bersihkan Najib', betul ker nih.

Kehadiran Mat Sabu semata-mata untuk memperbetulkan sejarah yang telah diputar belitkan oleh puak-puak celaka lu ler. Lu boleh sebar dengan menggunakan segala media massa milik kerajaan dan milik pencacai lu agar rakyat dihidangkan dengan cerita-cerita putar alam lu. Seperti mana lu keluar statement yang Mat Indera mengaku seorang komunis bersumberkan daripada arkid polis British, boleh percaya ker atau lu nih memang bodoh tahap sial.

Polis akan melakukan apa sahaja untuk mengabui mata rakyat Malaysia dengan bukti-bukti yang boleh dipertikaikan, nama pun polis. Gua bukan nak tuduh polis kerana gua tahu majoriti abang polis baik orangnya tetapi yang segelintir inilah yang celakanya.

Gua ambil contoh kes dimahkamah apabila tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah yang menyebut, "Bahawa kamu telah dituduh memasukan dadah jenis heroin kedalam tubuh kamu dibalai polis........" Lu baca, baru dihadap kemahkamah OKT sudah di'tuduh' dan ayat yang sebetulnya ialah di'dakwa'. Malah polis buat tuduhan yang OKT telah memasukkan dadah tersebut dibalai polis pulak, ada akal ker. Ini adalah kenyataan semasa gua berada dimahkamah sebagai pemerhati untuk kes pengambilan dadah dan kerana itulah gua cukup tidak percaya 100 peratus statement pengakuan Mat Indera sebagai komunis jika melihat pendidikan agamanya. Bak kata-kata orang tua dan gua sendiri....
'kerana setitip nila, habis susu sebelangga'
'kerana umno celaka, habis tergadai negara'
'kerana Rosmah/Najib kesayangan gua, habis rombongan Haji dipanggil Haji Kepong'
'Kerana Rosmah seorang, semua tauke belian senyum'.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...