Translate

Mesti Baca

Khamis, 10 November 2011

Lu Jadi PM Arab Saudi Wahai Haji Najib.

Bukan main berlagak lagi apabila Haji Najib pulang ke Malaysia dan siap ketuk tin kosong bagi tahu kat rakyat Malaysia yang Raja Abdullah memuji beliau. Gua rasa lu jadi Perdana Menteri Arab Saudi ler dan Hajjah Rosmah pula boleh jadi First Lady Arab Saudi, rakyat Malaysia mesti bangga sama lu dan Hajjah Rosmah. Duk sana lagi bagus, pasal negara kaya dan boleh ler Hajjah Rosmah shooping sakan sampai hilang akal. Orang kampung buta huruf dan orang Umno celaka yang buta hati lu boleh temberang tapi bukan orang yang celek IT sekarang nih.

Tentang sambutan yang diberikan pula, lu cepat-cepat buat kenyataan sebelum lu diserang tentang sikap berlebihan yang lu telah tonjolkan. Sejak lu kahwin dengan Hajjah Rosmah, banyak pula temberang lu nih, macam orang tahu bagaimana Kedutaan dan Kementerian Luar Malaysia telah mengarahkan agar lu disambut dengan penuh meriah. Kerajaan Arab Saudi juga diminta menyediakan pengawal untuk mengawal lu, Hajjah Rosmah dan rombongan lu, betul tak Haji Najib...!!!

Memang tak pernah dalam sejarah pemimpin Umno celaka diberi perhormatan berucap di Istana Mina melainkan pencacai lu, Khir Baharom tapi setakat dalam istana jer. Tetapi sudah ada dalam sejarah ulama-ulama Tanah Melayu yang menjadi Iman di Masjidil Haram dan di Masjidil Nabawi, antaranya TGHH tapi akhbar pencacai tak pernah siar pun. Kalau gua nih bijakpandai, gua akan pilih menjadi Iman di dua tempat suci ini daripada berucap didalam Istana Mina.

Nasib baik ler Haji Najib tak masuk dalam Kaabah, kalau tak gua pasti heboh satu dunia malah lebih hebat daripada Haji Mahathir yang pernah merasainya. Memang Haji Najib teringin sangat-sangat untuk berada dalam Kaabah (macam gua dan seluruh umat Islam) tetapi disebabkan Hajjah Rosmah tidak dibenarkan masuk maka melepaslah Haji Najib.Gua petik artikel dari Bernama dan lu sendiri baca....

Najib Dakwa Raja Abdullah Sokong Kepimpinannya

Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia diberi penghormatan luar biasa oleh kerajaan Arab Saudi ketika beliau berada di negara berkenaan bagi menunaikan ibadah haji.

NONEPerdana Menteri berkata, tidak pernah dalam sejarah, Malaysia diberi penghargaan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dalam bahasa Arab di Istana Mina dan mendapat pujian yang tinggi oleh semua yang hadir.

"Saya juga telah berkesempatan bercakap menerusi telefon dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi) yang berada di Riyadh selama 25 minit, dan baginda telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan kita di Malaysia.

"Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah.

"Ini menujukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan 'Custodian of the holy mosque' (pengawas Masjidil Haram) dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita," katanya dalam ucapannya sebaik tiba dari tanah suci di Kompleks Bunga Raya KLIA di Sepang, hari ini.

Najib dan rombongan yang termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah, tiba dengan pesawat khas pada 3.25 petang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hadir menyambut kepulangan Najib dan rombongan.

Najib melahirkan penghargaan kepada Muhyiddin kerana telah menjalankan pentadbiran dengan begitu baik sepanjang beliau tiada di dalam negara.

"Terima kasih juga yang hadir sambut ketibaan saya dan isteri serta rombongan. Alhamdulilah, kami telah selesai melakukan ibadah haji dan mudah-mudahan Allah akan menerima ibadah dan menerimanya sebagai haji mabrur.

"Maka dengan ini, kita akan meneruskan perjuangan kita dengan semangat dan kekuatan serta keimanan untuk memastikan matlamat dan cita-cita kita akan tercapai," katanya. Bernama

Muhyiddin Dalam Bahaya, Hajjah Rosmah Mula Meminggirkannya.

 


Pegawai khas kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah - Muhd Lukhman Ghani mendakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinMuhd Lukhman yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga kelima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya dipetik Harakahdaily.

Akhbar rasmi PAS itu juga memetik Muhd Lukhman berkata tindakan meminggirkan Muhyiddin boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro- BN sendiri.

Dua hari lalu, beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

Antara mereka termasuk Razaleigh, bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bekas presiden MCA  Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Senarai keutamaan

NONEBagaimanapun, Muhyiddin menafikan dakwaan itu dan berkata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi.

Harakahdaily juga memetik Muhd Lukhman yang juga ahli majlis tertinggi Amanah berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua, adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

NONE"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya dipetik portal itu lagi.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Razaleigh, Muhd Lukhman berkata ruang bersuara mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang.

Rabu, 9 November 2011

Gambar Yang Mengecewakan Gua Kerana Bik Ma Gua Masih Tidak Berubah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan sebaik tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Apa yang boleh gua katakan apabila kepulangan Bik Ma yang gua tunggu selama ini, pulang dengan penuh kehampaan. Apa guna pulang dengan sambutan yang begitu hangat oleh pucuk pimpinan, jika masih belum berubah. Apakah Bik Ma gua belum sampai seru lagi untuk melakukan perubahan pada dirinya?. Hanya Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam yang Maha Mengetahui segala kejadian yang akan datang.

Gua tindak meminta cincin belian yang puluhan juta harganya, gelang yang bernilai jutaan, beg-beg yang bernilai ratusan ribu, kediaman yang disewa puluhan juta setiap tahun, bil elektrik yang bernilai ratusan ribu setiap bulan atau pun bil air yang bernilai puluhan ribu setiap bulan. Apa yang gua pinta, hanyalah perubahan pada dirinya yang mengaku sebagai seorang muslim.

Apakah cukup sekadar dipanggil 'Hajjah Kepong' atau 'Hajjah Terabur' mahu pun 'Hajjah Manberur' tanpa mengambil kira pandangan rakyat Melayu/Islam amnya dan rakyat Malaysia/Muslim umumnya.

Apakah cukup dengan hujah menutup aurat belum tentu baik, mendedahkan aurat belum tentu jahat tanpa mengambil kira ikrar yang dilaungkan setiap kali solat iaitu....

"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Ku hadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekelian alam. Sesekali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam".

Jika Allah s.w.t. pun ditipunya hidup-hidup, apatah pula dengan rakyat marhaen yang hidup pun diibaratkan 'menjadi pengemis dinegara sendiri'. Dimanakah 'Haji Mabrur' yang dicari-carikan walaupun sudah beberapa kali dikepong oleh para pengawal yang mengawal beliau dan rombongannya agar tiada siapa yang datang mengacau beliau supaya beliau dan rombongannya selesa beribadat untuk mencari 'Haji Mabrur'.

Apakah itu Haji Mabrur?

Setiap jamaah tentu mendambakan haji mabrur yang menurut hadits dari Abu Hurairah, bakal mendapatkan balasan syurga. Persoalannya, apa hakikat haji mabrur dan apa intipatinya ?

Kata mabrur seperti diterangkan Ibn Mandhur dalam Lisan al-Arab, mengandung dua makna:

Pertama, mabrur berarti baik, suci dan bersih.

Jadi haji mabrur adalah yang tak terdapat didalamnya noda dan dosa. (Dalam hal jual-beli berarti tak mengandung dusta dan penipuan)

Kedua, mabrur berarti maqbul, artinya mendapat ridhla Allah SWT.

Jadi siapakah yang berhasil mendapat haji mabrur?

Jawapannya, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang yang berlaku. Boleh jadi jumlah mereka tak terlalu banyak. Kisah perjalanan haji Ibnu Muwaffaq yang dikutip al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din menunjukkan itu.

Diceritakan, ketika Ibnu Muwaffaq berada di suatu masjid di Mina, ia sempat tertidur sejenak. Dalam tidurnya, ia melihat dan mendengar dialog dua orang malaikat.

Seorang bertanya kepada temannya, “berapa jumlah jamaah haji tahun ini?”

“Enam ratus ribu orang”, jawabnya. 

“Berapa orang dari mereka yang hajinya maqbul?” tanyanya lagi. 

“Enam orang saja” kata temannya singkat. 

Mendengar jawaban ini Ibnu Muwaffaq terjaga. Gemetaran ia termenung sejenak, memikirkan betapa besarnya jumlah jamaah haji ketika itu, tetapi betapa sedikitnya jumlah yang maqbul.

Meski orang yang meraih haji mabrur tak dapat diidentifikasi secara pasti, namun Rasulullah SAW pernah menunjukkan beberapa intipatinya. Ketika ditanya tentang kebaikan haji, beliau bersabda: “memberi makan dan bertutur kata yang baik”. 

Memberi makan disini harus dipahami secara luas, yaitu kesediaan kita untuk berbagi rasa dengan sesama serta kesanggupan kita untuk menyumbangkan sebagian harta yang kita miliki untuk fakir miskin dan kaum dhuafa. Sedang yang dimaksud bertutur kata yang baik, menurut Imam Ghazali adalah berbudi luhur dan berakhlak mulia. Sumber

Setiap pelaku haji, demikian al-Ghazali, harus memperhatikan betul soal akhlak ini, baik sewaktu berada di tanah suci maupun setelah kembali ke kampung halamannya. Inilah makna yang dapat dipahami dari ayat 197 Al-Baqarah:
ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٌ۬ مَّعۡلُومَـٰتٌ۬‌ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلۡحَجِّ‌ۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُ‌ۗ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰ‌ۚ وَٱتَّقُونِ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
 سُوۡرَةُ البَقَرَة:١٩٧ 
"(Musim) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)
Surah Al-Baqarah ayat 197

Kedua intipati yang disebut Rasulullah SAW diatas bersifat sosial. Ini berarti haji yang mabrur pada hakikatnya adalah haji yang dapat membuat pelakunya semakin peduli terhadap persoalan-persoalan sosial dan kemanusiaan.

Ia dan masyarakat memperoleh kebaikan dari ibadah haji yang dilakukannya. Karena itu, syurga Allah memang pantas dan layak baginya.

Jika dalam seramai 600,000 itu hanya 6 orang sahaja (0.001%) yang mendapat 'Haji Mabrur', maka dari 3 juta umat Islam yang mengerjakan haji hanya 30 orang sahaja yang mendapat 'Haji Mabrur'. Mungkinkah rombongan Haji Najib dan Hajjah Rosmah sahaja yang mendapat 'Haji Mabrur' pada tahun ini...!!!! 
Wallahualam.....

Semoga Najib Dapat 'Haji Mabrur' Dan Lakukan PRU13 Dengan Pembaharuan.


Di sebalik desas-desus pilihan raya umum dipanggil dalam waktu terdekat, PAS berharap semoga perubahan dapat dilihat pada diri Datuk Seri Najib Razak selepas mendapat haji mabrur termasuk memastikan pilihan raya umum ke-13 adalah yang bersih dan adil dengan memenuhi janji tuntutan pembaharuan.

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen dengan sembilan anggota diberi enam bulan untuk mengkaji sistem pilihan raya negara ini.

Spekulasi semakin rancak pilihan raya umum ke-13, yang pertama di bawah kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri, akan dipanggil dalam waktu terdekat sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air selepas menunaikan haji. Pun begitu sesetengah penganalisis dan pemimpin parti politik menjangkakan ia hanya akan dipanggil pada suku pertama tahun depan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, partinya mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Najib telah mendapat haji mabrur kerana itu yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji.

“Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga,” kata beliau sambil menambah, “inilah cita-cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ia sebagai rukun Islam.”

Pesuruhjaya PAS Pahang ini menambah, haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik.

Najib yang juga Presiden Umno merupakan sebahagian daripada tiga juta jemaah yang menunaikan haji, salah satu rukun Islam, kali ini.

Tuan Ibrahim berkata, dalam erti kata lain, rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang bakal dihayati oleh Perdana Menteri dan isterinya dalam melaksanakan amanah memimpin negara ini.

Menurut beliau, antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur sudah tentulah tindakan susulan Najib terhadap banyak penyelewengan sama ada daripada kroni Umno dan serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya baru-baru ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober lalu juga mendapat perhatian banyak pihak khususnya pembangkang yang mengkritik siri kelemahan pentadbiran Najib. Najib mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

“Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bila mana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara.

“Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, Perdana Menteri tak pergi haji lagi,” kata Tuan Ibrahim.

Namun tahun ini, kata Tuan Ibrahim, sudah tentu tidak akan sama kerana Naib yang baru menunaikan haji dengan semangat melontar “jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan sama ada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur.”

Lebih besar dari itu, tambah beliau, rakyat yakin Najib akan hanya mengadakan pilihan raya setelah segala penyelewengan sistem pilihan raya dapat diperbaiki.

“Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihan raya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih?

“Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, Perdana Menteri diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam pilihan raya umum akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan,” katanya lagi.
Sumber : TMI

Selasa, 8 November 2011

Selongkar Kembali: Ajaran Ayah Pin Telah Di Fatwakan Sesat, Tetapi Beliau Bebas Tanpa Apa-Apa Tindakan.



'Ayah Pin' atau Ariffin Mohd adalah satu nama yang sinonim dengan ajaran sesatnya yang dipanggil 'Kerajaan Langit'. Jika tidak silap gua, gua pernah berjumpa beliau pada era 80'an. Beliau adalah anak murid kepada Hassan Yaacob yang juga mentuanya. Hassan Yaacob telah membawa satu ajaran yang dinamakan 'Ajaran Hassan Anak Rimau' yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa.

Gua bukan mengenali beliau dengan dekat tetapi gua ada cerita untuk dikongsikan bersama lu all. Hassan Anak Rimau mempunyai dua anak murid yang paling kanan, Ariffin dan seorang lagi yang gua lupa namanya. Selepas kematian Hassan Anak Rimau, berlaku perebutan kuasa diantara mereka berdua yang mana kesudahannya, perebutan tersebut telah dimenangi oleh Ariffin.

Dengan pengikut yang ditinggalkan oleh guru/mentuanya, Ariffin berjaya menambahkan pengikutnya sendiri. Ajaran yang dibawa oleh Ariffin selepas kematian gurunya telah dikenali sebagai 'Ajaran Ayah Pin' oleh penduduk setempat dan telah pun diwartakan sesat. Walau pun beberapa kali didakwa oleh mahkamah syariah dan dipenjarakan, beliau tidak menunjukkan keinsafan malah beliau bertambah agresif menyebar ajarannya.

Gua pernah berhujah dengan beberapa orang anak murid 'Hassan Anak Rimau' / 'Ayah Pin' tentang apa yang dikatakan kehebatan ilmu mereka berkaitan ketuhanan. Mereka (anak murid) telah menganggap tahap keilmuan mereka sudah sampai ketahap tertinggi melebihi Muhammad Rasulullah s.a.w.. Jika anak murid pun sudah menganggap hebat, sudah tentulah gurunya sendiri dianggap 'Tuhan'. Gua tidak boleh menulis apa yang dihujahkan dengan mereka-mereka ini kerana mungkin ada yang tidak memahaminya.

Ramai dikalangan pemimpin Umno dan orang yang berpengaruh terpengaruh dengan ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin. Mereka telah menyalurkan kewangan bernilai ratusan ribu/jutaan RM kepada Ayah Pin dan dengan dana inilah, beliau membina komplek diatas tanah milik isterinya. Maka terbinanya 'Kerajaan Langit' dengan berlatarkan 'Teko Gergasi' 'Payung' dan dikomplek tersebut juga terdapat struktur tempat pengikutnya bertawaf. Lu nak tahu siapa diantara pemimpin-pemimpin Umno celaka yang terlibat ???.

Jika mengikut apa yang berlaku sekarang nih semakin ramai Melayu yang mengaku Islam telah mengikut beliau secara tidak langsung. Pada pengamatan gua yang jahil nih, ada mereka-mereka ini yang telah menjadi sama taraf dengan 'Ayah Pin'. Malah, mungkin lebih hebat dari ilmu yang dimiliki oleh Ayah Pin itu sendiri.

Aziz Bari: Tak Masuk Akal Jika PR Perintah, Sektor Awam Terhakis.



Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.
Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.
“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Aziz (gambar) berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.
Dalam komennya semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam jika mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak menolak keperluan menggunakan tenaga kerja secara cekap demi pulangan yang optimum.
Justeru kata beliau, jika ada mana-mana pihak yang melahirkan pandangan sedemikian, ia hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin terbabit dan bukannya dasar Pakatan Rakyat.
“Kalau ada mana-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili Pakatan Rakyat,” kata beliau.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menekankan tentang keperluan pelaksanaan pengurusan yang bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini.
Laporan-laporan media pro-Umno mendakwa hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Ruangan Awang Selamat Mingguan Malaysia kelmarin juga mendakwa isu tersebut satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.
Pua dipetik sebuah akhbar Cina baru-baru ini berkata kerajaan pihaknya akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Sehubungan itu Mahfuz juga berkata, banyak yang boleh dipelajari daripada sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada.
Dalam ulasanya, Aziz juga berkata, sektor awam telah melalui pelbagai perubahan sehingga aspek keberkecualian kakitangan awam telah terjejeas khususnya ketika pentadbiran Dr Mahathir.
“Ini termasuklah pengenalan akujanji ataupun amalan pelantikan (pelanjutan jawatan) yang bersifat kontrak yang telah menjejaskan moral perkhidmatan,” kata beliau sambil menambah, aspek itu telah membawa kepada elemen politiking yang menjejaskan mutu perkhidmatan.
“Di bawah Perlembagaan, perkhidmatan awam seharusnya neutral, berkhidmat dengan mana-mana kerajaan semasa. Kesetiaan dan ketaatan adalah kepada negara, yang diterajui Yang di-Pertuan Agong. Itu sebabnya bagi saya akujanji adalah tidak berperlembagaan,” katanya lagi. (TMI)

Baru Sedar Ker Yang Umno Bukan Parti Untuk Panglima Bersuara.



Beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

NONEPemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan semasa Umno tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.

"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," kata Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang.

Menurut beliau, ruang itu ditutup kerana Umno sekarang hanya bergantung kepada satu idea sahaja.

azlanBeliau memberi contoh, semasa perhimpunan agung Umno, di mana, ahli-ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk mendedahkan perkara yang hendak dibangkitkan untuk diluluskan terlebih dahulu.

"Oleh itu, suara dari bawah tidak mendengar," kata Razaleigh yang juga adalah presiden Amanah.
Nak kutuk

Bagi Abdul Kadir pula, kumpulannya itu masih menaruh keyakinan dalam Umno tetapi memilih ruang baru bagi menyuarakan pendapat mereka kepada orang ramai.

NONE“Tidak ada ruang dalam parti (bagi perbezaan pendapat)," katanya.

Dakwanya, kebebasan menyuarakan pendapat yang berbeza wujud suatu ketika dulu dalam Umno tetapi dilenyapkan semasa pentadbiran presiden keempat parti itu, Tun Hussein Onn.

"(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.

"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.

Amanah dilancarkan Julai lalu dan pendaftarannya diluluskan  Pendaftar Pertubuhan dua minggu lalu.

NONESelain Razaleigh dan Abdul Kadir, turut serta pada sidang media itu adalah bekas presiden MCA  Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Amanah juga dianggotai oleh timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun.

Betul Ker DAP Beban Kepada Pakatan Rakyat..???

kenyataan bodoh dan bangang tony pua untuk mengurangkan kakitangan awam menimbulkan perasaan tidak senang dan sokongan yg ada mungkin akan menurun. apakah DAP tidak sedar kenyataan bangang mereka akan memusnahkan sokongan yg ada. kalau mahu menikam sesama sendiri pun buat lah kenyataan lain yg boleh menguntungkan pakatan rakyat bukannya mencari isu yg boleh memampuskan sokongan terhadap pakatan rakyat. sokongan kakitangan kepada pakatan rakyat adalah penting. umno berhempas pulas untuk mendapatkan sokongan dari kakitangan awam dan dap memberikan batang leher untuk di sembelih semperna raya korban.

dap sepatutnya lebih bijak mengeluarkan pendapat. dan dap sepatutnya menjadi lebih bijak kerana ramai blogger tersohor berada dalam dap dan blogger memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada dap kerana bijaknya pemimpin dap  mengeluarkan kenyataan. penjawat awam sepatutnya tidak disentuh dengan semudah itu. dan kenyataan mahu mengurangkan kakitangan yg tidak effisien mengikut jejak langkah kerajaan cina mengundang padah kepada pakatan rakyat. bagi blogger yg menyanjung kepimpinan dap menyambut baik kenyataan bangang ini. sokongan kakitangan awam kepada kerajaan yg mahu memimpin negara diperlukan. tidak dinafikan bahawa ada pekerja awam ini yg total menyokong umno. sampai pencen tetap sokong umno walaupun berkhidmat secara sambilan sampai pencen.

sebahagian besar kakitangan awam menyokong pakatan rakyat semenjak dari zaman reformasi lagi. zaman penjawat awam mengphotostatkan tulisan internet utk disebarkan dikampung dan bandar. dap jangan lupa apa yg pernah disumbang oleh penjawat awam. walaupun masih gagal menjatuhkan kerajaan umno. itu tapak yg subur kepada pembangkang diawal pencetus reformasi. tapak awal dimana umno mula goyah dengan kebangkitan rakyat walaupun perlahan. penjawat awam yg menyebarkan tulisan tulisan internet kepada umum sebelum ledakan internet berlaku. dap jangan lupa sejarah lampau. jangan kerana berasa diri hebat kerana dapat menawan jentera umno.
 . 
sokongan penjawat awam kepada pakatan rakyat begitu tinggi. jangan persiakan sokongan mereka. walaupun ada yg tak berani menzahirkan sokongan tapi sokongan tetap ada. sokongan senyap kepada pakatan rakyat. jika ada seorang bekerja dengan kerajaan mereka ada keluarga. jika mereka merasa terancam dengan kenyataan bangang tony pua pasti sokongan akan beralih. dap sepatutnya lebih berhati hati mengeluarkan kenyataan. rakyat malaysia masih lagi belum terbuka sepenuhnya menerima dap. itu yg dap perlu faham dan penyokong dap perlu tahu. walaupun melayu ada yg menubuhkan cawangan dap tak bermakna sokongan kepada dap akan dapat sokongan sebilangan besar rakyat melayu malaysia. dap jangan jadi beban kepada
Sumber: FreeZoneTerengganu 

Isnin, 7 November 2011

Jom Kita Layan Bagaimana Bijaknya 'Separuh Melayu Yang Mudah Lupa' Didik Anak Angkatnya.

Mazhar Mahathir memberi komen pada papagomo.com.
Aku rasa kau terlepas satu benda muratad. Baca ni and bagitau aku apa kau panggil orang yang buat macam ni: If a person worships 3 Gods (one of which is Syaitan), follows the teachings of a man that says he is ALLAH SWT (the other of the 3 Gods) and does nothing to oppose this guy's teachings and instead follows him or make excuses to not do anything, what would you call that person?
www.papagomo.com
Yang pelik kalau anak angkat kenapa bin mahathir?Terlepas pandang ke?Patutlah jadi begitu kerana Allah melarang anak2 angkat di bin kepada bapa angkat. Mungkin bala' diturunkan kpd org2 yg engkar. AlAzhab ayat 5-6. Bertaubatlah Tun.
 ·  · Semalam pada pukul 12.59 pagi · 

    • Romy Izrilsyairi sape org tu?
      Semalam pada pukul 8.01 pagi · 
    • Mazhar Mahathir Korang ada akal, pikir sendiri. Jangan buat2 tak tau pulak.
      Semalam pada pukul 12.03 ptg · 
    • Jouhar Fahmi Ahmad Sabki pasal apa nak worship 3 God..? engkau ni..tuhan org Islam Allah yg Esa ! kalau 3, dah tentu syaitan semuanya
      Semalam pada pukul 1.29 ptg ·  ·  4
    • Mazhar Mahathir Itulah hakikatnya!! Papagomo toyol setan ni pengikut ajaran penyembah 3 tuhan yang antaranya Syaitan dan seorang manusia yang mengaku diri dia Allah SWT! PAPAGOMO MURTAD! LAKHNAT!
      Semalam pada pukul 2.41 ptg · 
    • Mentri Penyelesaian Salam Jouhar Fahmi, kalau dah lubang tu pun tak dapat dikenali, apa yang kita boleh harap dari golongan sebegini. Bayangkan bila najis dikatakan wangi, sudah tentu sedap adalah keutamaan mereka berbanding halal dan haram.
      2. Benarkah apa yang diperjelaskan dalam isu ini ? andai benar maka terbuktilah semakin besar tanggung jawab kita, maka semakin besarlah 
      dugaan yang akan kita perolehi. 
      ( Syaitan merasuk orang kebiasaan saja, kalau standard YM TUN M, Raja Iblislah yang menjadi lawannya. Bayangkan pula apalah perasaan YM TUN M berhadapan setuasi begini. Syukur pada Allah swt yang menetapkan segalanya )
      Semalam pada pukul 2.55 ptg · 
    • Layla Jani Al-Attas macam tak betul jer ank TUN ni...ckp mcm org mabuk,tuhan ada 3???
      22 jam yang lalu ·  ·  1
    • YaZid PakAndak tingg tul ilmu dia ni...samapi aku pun tak paham apa yg dia hujahkan!
      22 jam yang lalu ·  ·  1
    • Mazhar Mahathir Layla Jani Al-Attas - Woi~!! BACA MACAM BUDAK UMOR 3 TAHUN!! CUBA BUKAK MATA SIKIT BACA BETUL2! AKU KATA ENGKAU ANTARA PENGIKUT MANUSIA YANG SEMBAH 3 TUHAN! ORANG TU KATA DIA ALLAH SWT, DAN DIA SEMBAH SYAITAN. KALAU MACAM TU, MAKNANYA KAU PUN SEMBAH 3 TUHAN, SYAITAN!!!!!!!!
      21 jam yang lalu · 
    • Layla Jani Al-Attas LU kena rasuk syaitan ke...
      19 jam yang lalu · 
    • Mazhar Mahathir Layla Jani Al-Attas Bodoh! Lain kali tak tahu, jangan buat macam tahu! Lepas tu nak cover malu mula la silap baca la, kata aku kena rasuk la.... Bodoh, tak tahu mana nak letak muka nak tunjuk pandai pulak! Itu namanya bodoh sombong! Gi mampos sama kau murtad laknat!
      19 jam yang lalu · 
    • Layla Jani Al-Attas aku kesian kat dr M ada ank macam ko yg dah sesat n lalok...lu la murtad!!!islam x benarkan umatnye jadi gay!!!ngok
      18 jam yang lalu ·  ·  1
    • Mazhar Mahathir Layla Jani Al-Attas bagus, So betul la kau pengikut manusia yang mengaku diri dia Allah SWT dan mengaku dia sembah syaitan dan murtad? Sesuai engkau murtad, laknat!
      17 jam yang lalu · 
    • Mazhar Mahathir Owh, lagi satu benda. Kalau engkau tahu sangat pasal Islam, apa itu Al-quran?
      17 jam yang lalu · 
    • Amir Mamat seseorang yang menuduh org lain murtad, sesungguhnya dia sudah murtad dulu, sbb hanya org yang sudah murtad saja tahu perangai dan kelakuan golongan seangkatannya... so..???
      15 jam yang lalu · 
    • Aiyori Yutaka drama minggu ini
      14 jam yang lalu · 
    • Sofia Sya'irah Kesian Tun Mahatir..Mazhar Bagus jangan guna Nama tun Pada nama kamu...perangai kamu yg mcm syaitan suka2 hati tuduh2 org murtad..mudah2an balik ke pangkal jalan....Amin....
      2 jam yang lalu · 
    • Mazhar Mahathir Sofia Sya'irah BODOH LAA KORANG NI!!! BUKA MATA BACA SIKIT APA AKU TULIS! 

      Ok, baca betul2! Aku nak korang jawab soalan ini: 

      Kalau seorang manusia itu mengaku diri dia Allah SWT, dan juga mengaku sembah syaitan, dan dia juga mengaku diri dia murtad, maka orang itu apa? a) Orang Islam b) Murtad. 

      SOALAN KEDUA: Kalau orang tersebut mempunyai pengikut2 yang MENGIKUTINYA dan ajarannya setelah dia mengaku diri dia Allah SWT, dan mengaku menyembah syaitan serta mengaku diri dia murtad, maka pengikutnya adalah, a) Orang Islam b) Murtad. 
      2 jam yang lalu · 
    • Sofia Sya'irah Encik Mazhar saya Bercakap mengenai cara kamu mjwb komen2 org kat sini..tak pyh Gunakan perkataan BODOH! Jangan Berlagak pandai kalau bercakap tu ibarat Bercakap d hadapan CERMIN! saya nak tanya 1 saja Gay tu Baik Ka dr segi moraliti??Kita Bebas Menganuti Agama dan Kepercayaan Masing2 di Malaysia tetapi tiada agama yg menyokong perbuatan yg tidak bermoral..jangan kata islam, kristian, buddha, hindu pun menentang hubungan sejenis...ngam la ko join si Ambiga Sreenevasan..hei mana moraliti anda sebagai seorang manusia yang beragama! Memalukan Malaysia saja!
      2 jam yang lalu · 
    • Mazhar Mahathir Sofia Sya'irah - Habis tu, kalau semua guna ayat bukan main lagi nak tunjuk pandai, tapi bila saya bagi soalan atau statement semua tak reti nak baca, nak panggil apa lagi? Bukan satu kali cakap, dah banyak kali. Tapi tak faham2 lagi. 

      Sekarang, saya nak saudari jawab soalan saya di atas, dan saya nak yang lain juga jawab soalan di atas. Dan REPLY. JANGAN lari dari soalan itu macam semua orang lari (taknak jawab -takut sakit terkena).

      Lagi satu benda, kalau nak sekadar jadi hero kampung tapi ilmu tak cukup jawab, apa itu Al-Quran? Dan siapa tuhan kamu? Kau jangan nak cakap pasal Islam. Aku Api Islam. Aku orang Islam yang lebih rela mati untuk Allah SWT yang benar daripada membuat alasan pasal nak harta dan pangkat. 

      So, sekarang jawab soalan2 berikut dan JANGAN NAK LARI DARI JAWAB!
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Sofia Sya'irah soalan sya pun kamu tak jawab nak sya jwb soalan kamu apahal? tinggi gamak mana ilmu kamu ni? hinggakan kamu nak org mjwb persoalan kamu? atau kamu yg sesat dlm jiwa dan minda kamu sendiri hingga memilih kehidupan yg songsang..jgn marah bila org membuat penilaian pada kamu mazhar! dan ada baiknya kamu jgn keluarkan kenyataan yg boleh menguris hati rakyat Malaysia! sbb Tun Mahatir pemimpin yg kami kagumi! kesian Tun sebab ini pembalasan kamu pada dia.......
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Mazhar Mahathir Sofia Sya'irah - Nampak sangat malu tak tau nak letak muka! Aku tanya soalan dulu ke engkau? Lepas tu engkau kata AKU tak jawab soalan engkau LEPAS kau tak jawab soalan aku??!!! Kalau engkau nak tahu dari segi morality, aku tak payah jawab sebab nampak sangat engkau tak tahu menahu apa2 tentang agama dan Al-Quran. Lagi satu benda, kalau orang tu cakap depan muka aku dia Allah SWT dan dia sembah Syaitan dan dia murtad, kau ingat aku peduli pasal apa yang kau RASA?! WOI MURTAD! AKU TAKKAN MURTAD MACAM ENGKAU!
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Mazhar Mahathir Lagipun, soalan engkau tu aku dah jawab banyak kali kat sini, kau je yang tak baca dan seorang pun tak nak jawab soalan aku!
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Sofia Sya'irah kesian Tun Mahatir bagus masa ko kecil2 dia bagi jer ko kat Ambiga Sreenevasan..baru ngam dgn kau......nta merapu ape ko ni...patutlah papagomo bminat tulis entri pasal Gayboy jamban mcm kau!
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Layla Jani Al-Attas aku rasa budak jamban ni pengikut ajaran sesat!!!maybe dia pengikut ayah PIN yg kecoh dulu!ckp dgn dia mcm ckp dgn beruk!kta ckp lain dia
      41 minit yang lalu · 
    • Layla Jani Al-Attas jwb lain!kelakar pn ada si DOL ni hihihi...ni yg dikata bodoh x blh d ajar,pndai x blh diikut,biar la SILUNCAI terjun dgn labu2nye bersama team gay2 nye...YOU ARE SO FUNNY MAZHAR JUST LIKE CLOWN WITH A RED NOSE...
      36 minit yang lalu · 

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...