Translate

Mesti Baca

Sabtu, 5 November 2011

Selamat Menyambut Aidul Adha Kepada Seluruh Umat Islam.

Gua ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Aidul Adha kepada umat Islam diseluruh dunia dan Malaysia amnya. Semoga segala korban anda diterima oleh Allah s.w.t. dengan mengampun segala dosa-dosa dengan rahmat-Nya sebelum darah ternakan yang dikorban jatuh menitis diatas muka bumi ini. Disini juga gua lampirkan bersama-sama dengan 'Amanat Rasulullah s.a.w.' kepada umat manusia dan para-para jin. Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijrah diLembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Jumaat, 4 November 2011

Benarkah Ini Awk Jamil Khair...?????

Nak kenal awek cun Jamil Khair Menteri Agama ada di sini
Inilah mem Jamil Khair.... kiranya 10 kali Ok lah nak dibanding dengan Rosmah,



aku bukan nak cerita hai dia ni,, dia ni aku tak mau nak ambik kira,,, cuma aku cerita burok laku perangai pemimpin UMNO....

Burok laku kerana geng-geng UMNO mengambil kesempatan bila sampai ke tanah suci,, apa tidaknya,, tujuan Tabung Haji mula-mula ditubuhkan untuk memudahkan umat Islam Malaysia melaksanakan fardhu Haji... 

Tetapi nampaknya sekarang ni Tabung terpaksa menyediakan kemudahan istemewa kepada pemimpin UMNO yang menunaikan haji ke Mekah dengan ala ekslusif... apa cerita..ni....

Dato Paduka Badruddin Amiruldin

Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kolej Poly Tech Mara merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia turut hadir untuk mengerjakan fardhu umrah dan haji beliau

Rosmah masih menunjuk bersikap kurang sopannya


Nampaknya UMNO sesuka hati memperkuda agensi-agensi yang dibawah pemerintahan mereka untuk kepentingan mereka sendiri. Nak pi buat ibadat ke nak makan ala-ala eklusif...


Ni lagi satu,,, lu tengok, seolah-olah tak yakin dengan ketentuan Allah, Allah dah jemput mari ke rumah dia Baitullah, dah tentu selamat,, tetapi lu orang lihatlah sendiri,, dah berapa ramai dah umat Islam yang sedang mengerjakan Saei mati kena tembak......

Kredit: ManjongMari

Memang Betul, Najib Tak Tipu.


Ini yang gua marah nih pasal apa yang Najib nafikan itu adalah betul dan anaknya tidak hadir sama di Australia. Nampaknya akhbar kat Australia pun anti kat Najib/Rosmah sehinggakan melaporkan perkara yang tidak benar terhadap beliau dan keluarganya. Gua sokong apa yang benar ajer dan gua petik dari Malaysiakini...

Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.

"The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik.

Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.

Akhbar itu melaporkan, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)  Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah itu diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat yang ketat.

Khamis, 3 November 2011

Najib Nafi Rosmah Berjoli Kat Australia.

 
Ini anak siapa pula yang bergambar dengan Rosmah. Mungkin pelajar Malaysia yang menuntut di Australia kot. Lu pandai-pandai ajer nak nuduh apatah lagi dengan Najib yang ketika ini mengerjakan haji. Takkan lu all tak percaya dengan PM kita nih.....

Najib menafikan yang Rosmah bershooping sakan kat Australia dan anaknya tidak berada di Australia seperti yang dihebohkan oleh media negara tersebut. Akhbar The West Australian telah melaporkan yang peniaga mendapat untung besar apabila seorang wanita pertama membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000 (RM162,333). Penafian Najib itu boleh dibaca dibawah ini yang gua petik daripada Malaysiakini...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

NONEJusteru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Berita itu kemudiannya dipetik oleh para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily.

NONESelain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Akhbar Australia itu melaporkan bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

18 Tahun Keatas Sahaja: Inilah Realiti Satu Kehidupan.

Kehidupan sosial Azizah Mahzan yang amat meloyakan.
Anak menteri mana pula yang kantoi dengan awek kat hotel...!!!
Jangan malu-malu.....
Satu hari bersama Bik Ma kesayangan gua, takkan solat pun nak kena tunjuk kat lu all...!!!
Bukan senang Bik Ma gua nak tunjukkan betapa beratnya tugas sebagai 'first lady' kat orang ramai dan ini klik video yang dirakam khas untuk lu all.
Ketika ini gua sedang menanti kepulangan Bik Ma gua yang pasti akan mengemparkan dunia dan rakyat Malaysia amnya.

Inilah Ketua Peguam Anwar Pada 1998, Lu Biar Betul Wahai Firaun Besar.


Pengakuan firaun besar (zul kulim) untuk sabotaj kerajaan, apa tindakan polis terhadap beliau kerana inilah adalah bukti pengakuan beliau. Tetapi gua jamin firaun besar akan dilindungi oleh pihak polis disebabkan kepencacaian beliau sudah melebihi tahap lebih umno daripada umno celaka sendiri.

Selasa, 1 November 2011

Bila Blogger Fasik Tahap Sial Merajuk...!!!!

Blogger fasik tahap sial.

Nampaknya Umno celaka akan kekurangan seekor blogger bertaraf fasik lagi sial kerana merajuk dan gua tengok ini sebagai satu lakonan agar pemimpin tertinggi Umno celaka datang memujuk beliau. Si blogger fasik ini tidak berpuashati terhadap beberapa pemimpin tertinggi Umno celaka yang semakin gila kuasa disamping dikelilingi oleh para pegawainya yang gilakan projek sehinggakan lupa jasa beliau dengan cerita-cerita fasik terhadap Pakatan Rakyat.

Blogger fasik lagi sial ini juga seperti memberi kata dua kepada para pemimpin tertinggi Umno celaka agar datang memujuk beliau berserta dengan sampul surat yang tebal isi kandungannya. Jika si blogger celaka tahap sial dibayar RM 80,000, kenapa beliau hanya dibayar RM 30,000 sahaja. Sedangkan berita-berita fasiknya lebih sensasi berbanding dengan berita-berita yang dibawa oleh blogger celaka tahap sial nih.

Blogger celaka tahap sial.

Sudah ler satu projek pun tidak dihulurkan oleh para pemimpin Umno celaka kepadanya, malah elaun bulanannya pun semakin bulan semakin dikurangkan. Inilah yang membuatkan beliau bertambah-tambah sakit hati apatah lagi dengan berita fasik terbarunya telah disanggah oleh salah seorang pemimpin Barisan Nasional iaitu Presiden Gerakan, Tan Sri Sukun.

Dengan perasaan marahnya yang membuak-buak, si blogger fasik tahap sial ini masih sempat cover dia punya macho, 'Biar yang berjawatan je buat kerja, depa yang nak kekal kuasa bukan aku pun' dan kata-kata fasiknya telah disambut oleh penjilatnya yang menjadi nasi tambah yang gua petikan. 'Kita adalah pejuang yang muncul tatkala Umno/BN lemah dan kita tidak akan memperdulikan apakah kritikan dan teguran pemimpin atasan termasuk pegawai yang berkenaan hendak lemparkan'. 

Kata penjilat blogger fasik ini lagi, 'Sewaktu mereka (pemimpin/pegawai berkenaan) dalam kelemasan, kita muncul tanpa undangan/jemputan rasmi mereka. kita lakukan kerana sayangkan negara (duit poket ler tu), bangsa, agama ini tapi pemimpin/pegawai berkenan hanya sayangkan jawatan dan kerjaya politik mereka (lu baru sedar ker). Mereka fikir kita muncul untuk mempertahankan jawatan dan kerjaya mereka agar kekal abadi. Mereka fikir keberadaan kita adalah untuk kepentingan dan kesenambungan jawatan dan kerjaya mereka. Mereka bersikap seperti 'Penguasa dan bukan 'Pemerintah'

Tak apa..... tak apa....... Janji lu jangan lupa slogan 'Dulu, kini dan selama-lamanya Umno tetap kekal celakanya. Gua cukup seronok baca, bagaimana para budak penjilatnya digoreng sampai hangit oleh si blogger fasik tahap sial nih. Sungguh berkobar-kobar semangat budak-budak yang baru nak jadi celaka nih dalam mempertahankan tindakan yang bakal diambil oleh si blogger fasik. Goreng.... goreng..... goreng sampai hangit pasal budak-budak baru nak jadi celaka nih mana tau lu punya agenda.

Gua betul-betul pening ler pasal si celaka gomo merajuk pulakdah.

Si blogger fasik tahap sial ini tidak ketinggalan memberi nasihat fasiknya kepada blogger-blogger, facebooker-facebooker yang baru atau pun yang sudah menjadi pencacai tahap celaka seperti lagak seorang 'Sifuk'. Dengan nasihat-nasihat fasiknya, si blogger fasik tahap sial ini memberi gambaran betapa blogger dan facebooker daripada Umno/BN celaka telah memenangi perang dialam maya.

Apa pun gua cukup simpati terhadap si blogger fasik tahap sial ini yang mula dipinggirkan oleh para pemimpin-pemimpin tertinggi Umno celaka umpama 'setelah habis madunya dilapah, hakmilik kerajaan pun ingin dibuntuhkan juga'. Lu pergilah kekumbahan khinzir pula setelah lama berada dikumbahan kerbau walau pun baunya lebih menyengat sikit, asalkan lu bahagia.

Isnin, 31 Oktober 2011

Benarkah Rejim BN Terbaik, Muhyiddin Cuba Kencing Rakyat.

Muhyiddin Yassin






















Adakah ini satu ugutan atau rejim BN yang dikuasai Umno semakin tersempit untuk meraih simpati rakyat Malaysia. Dimanakah rasionalnya kenyataan Muhyiddin bahawa kemakmuran terhasil daripada kebijaksanaan para pemimpin rejim Umno/BN yang kononnya mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling bantu membantu dan menghormati diantara satu sama lain.

Benarkah dasar-dasar yang dirangka oleh rejim Umno/BN telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan seperti mana diwar-warkannya. Beliau boleh bercakap apa sahaja kerana segala perbelanjaan/kemewahan beliau, Najib/Rosmah dan para pemimpin rejim Umno/BN ditanggung dari hasil keringat rakyat. 

mh_05.1.jpg

Apakah dengan berpendapatan RM 4,000 sebulan bagi rakyat marhaen sudah tidak layak diketogerikan sebagai miskin dalam keadaan sekarang ini. Jika diambil kira pendapatan sebanyak itu dengan berbagai potongan seperti rumah, kenderaan, persekolahan anak-anak, kenaikkan barangan keperluan seharian dan bermacam potongan lagi, berapa banyak lagi baki yang ada.

Ada sesetengah pejawat awam dan swasta terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat disebabkan kebijaksanaaan rejim Umno/BN memerintah. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul, rejim Umno/BN saban hari menasihati rakyat marhaen agar berjimat cermat tetapi dalam masa yang sama, mereka sendiri cukup boros menggunakan hasil keringat rakyat seperti semua khazanah negara milik mak bapak dia punya.
 Cincin RM 73 juta

Sudah terang lagi bersuluh, lu (Muhyiddin) boleh cakap apa sahaja kerana gaji lu sebagai MP, Menteri dan TPM pun mencecah ratusan ribu RM yang mana belum dikira elaun perjalanan, elaun pakaian, elaun makan/minum, elaun berak/kencing dan berbagai elaun tok nenek langsung tidak diusik. Lu all tanya sama Rosmah..... 
  • Dimana tempat beliau selalu bershooping, adakah di Petaling Street atau di Chow Kit Road. 
  • Berapa RM yang dibelanjakan setiap kali bershooping, adakah puluhan RM atau jutaan RM. 
  • Berapa nilai setiap satu beg-beg beliau yang tersusun penuh diatas rak yang dibina khas itu.
  • Berapa pula nilai cincin 'PERMATA' yang masih belum diikrarkan keluar oleh pihak Kastam.
  • Berapa nilai gelang yang ditempah khas oleh beliau dari Jacob & co.
  • Berapa kos penginapan Rosmah semasa lawatan di negara teluk.
  • Berapa kos yang terpaksa rakyat marhaen tanggung untuk percutian Najib/Rosmah di Australia pada 31 Ogos lalu.
  • Berapa sewa bulanan untuk kediaman Rosmah/Najib dan Muhyiddin.
  • Berapa banyak pula bil elektrik dan air untuk kegunaan Rosmah/Najib dan Muhyiddin setiap bulan.
 Beg RM puluhan ribu
Rosmah promosi koleksi barang kemasnya.

Lu boleh kelentong ahli Umno/BN kononnya Malaysia merupakan satu-satu negara didunia yang diperintah oleh rejim lu sebagai rejim yang paling besar memberi subsidi kepada rakyat. Sebelum lu keluar kenyatan itu, lu patut malu pada negara New Zealand kerana inilah antara negara yang paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya walaupun pendapatan perkapita penduduknya sendiri cukup tinggi iaitu NZD 32,145 berbanding dengan Malaysia RM 14,275. 

Lu boleh kencing penduduk pendalaman tetapi lu tak boleh kencing rakyat Malaysia yang semakin hari semakin matang dalam menentukan prestasi rejim Umno/BN.

Ahad, 30 Oktober 2011

Bila Artis Celaka Hina Allah s.w.t. Dan Rasulnya.


Gua sahaja ingin membangkitkan kembali bagaimana celakanya artis-artis yang sanggup menghina Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. semata-mata untuk mencari glamour. Kerana dua tiga ekor celaka yang bermulut celupar inilah, dunia artis dipandang serong. Dalam keadaan rumah kata pergi kubur kata mai, masih lagi tak sedar diri dan yang pasti, inilah spesis-spesis yang cukup celaka.

Aziz Bari: Polis Sahkan Peluru Jenis Caliber 9mm.


Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari(gambar) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis “jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti” itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak.
Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini.
“Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan,” katanya.
Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.
Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai “kurang ajar”.
Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.
Sumber: MInsider

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...