Translate

Mesti Baca

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ugutan Bunuh Untuk Aziz Bari: Bila Sibacul Tiada Hujah...!!!!




Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.
Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
"(Dihantar dengan) pos biasa saja.
"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.
Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.
Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.
Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".
Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.
"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti  Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".
"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.
Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.
Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.
Sumber : Malaysiakini

Jumaat, 28 Oktober 2011

Libya Dan Gaddafi: Kemenangan Bukan Untuk Rakyat Libya, Tetapi Untuk AS Dan Israel.

 Muammar-Gaddafi_0.jpg

Kematian kolonel Muammar Gaddafi di tangan pemberontak yang menawannya telah disambut dengan gembira oleh para pemimpin imperialisme Nato yang diketuai AS, budak suruhan rejim Zionis. Libya adalah negara terbaru di benua Afrika yang AS campur tangan dengan menggunakan Nato dan PBB. Selepas Sudan yang terbahagi dua iaitu utara dan selatan, di ikuti oleh Algeria dan Mesir. Semua penaklukan ini dilakukan oleh AS yang menjadi boneka kepada rejim Israel atas nama 'kebangkitan rakyat' untuk mengulingkan para pemimpin negara tersebut.

Kolonel Muammar Gaddafi pernah digelar 'Singa Afrika' pada era 80 an diatas sikap beraninya menentang kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. AS sudah beberapa kali cuba membunuh beliau dengan menggunakan jet pejuang yang mana salah satu serangan tersebut telah mengorbankan anak perempuannya. Sikap beliau yang terang-terang menentang rejim Israel dengan menyalurkan bantuan dan kewangan kepada perjuangan rakyat Palestin benar-benar membawa kemarahan rejim Israel dan bonekanya AS.

Sikap Gaddafi menentang penindasan yang dilakukan oleh 'Polis Dunia' (AS) dan sekutu-sekutunya terhadap pejuang Islam, dunia Islam dan negara-negara ketiga telah menyebabkan Libya dikenakan sekatan ekonomi oleh PBB diatas arahan rejim AS dan Israel. Gua cukup tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Hishamudin Rais (TT), baca sini

Tidak dapat dinafikan selama memerintah Libya lebih 40 tahun dalam satu rampasan kuasa tentera, pasti ada kesilapan yang dilakukan oleh Gaddafi. Rakyat Libya dikira beruntung kerana berada didalam 'Negara Berkebajikan' dan taraf kehidupan rakyat Libya dianggap paling mewah dalam benua Afrika yang telah diketogorikan sebagai benua paling miskin dan daif. Lebih memalukan bilamana pemimpin sementara pemberontak mengisytiharkan bahawa negara Libya telah merdeka. Pada hakikatnya yang nyata, Libya adalah negara terbaru dijajah oleh AS dan sekutunya.

Lu sendiri bandingkan antara Gaddafi yang memerintah Libya lebih 40 tahun dengan Najib/Rosmah yang baru 3 tahun memerintah 1Malaysia. Walau pun Libya yang diperintah oleh Gaddafi menerima tekanan dan sekatan antarabangsa, rakyatnya tetap tidak merempat jika dibandingkan dengan pemerintah Najib/Rosmah yang baru setahun jagung. Memang Najib/Rosmah telah memukul gendang yang telah didengar oleh sekalian penghuni bumi bahawa negara 1Malaysia yang mereka perintah adalah 'Negara berkebajikan'. 

Akan tetapi dalam soal pembahagian harta, sama dengan apa yang dilakukan oleh dua ekor penyamun dalam cerita 'Nujum Pak Belalang' arahan P.Ramlee. Mereka berebut membahagikan harta hasil rompakan didalam sebuah gua....
..... RM 100 untuk lu (budak sekolah), RM 100,00 untuk gua.
..... RM 300 untuk lu, RM 3 juta untuk gua.
..... RM 3,000 untuk lu (bekas polis British), RM 111 juta untuk gua.
..... Satu beg tangan Petaling Street (RM 15) untuk lu, satu beg Jane Birkin (RM 110,000) untuk gua.
..... Satu gelang besi timbang kilo untuk lu, satu Gelang Permata (RM 1.2 juta) untuk gua.
..... Satu cincin gurka untuk lu (RM 7.30), satu Cincin Belian (RM 73 juta) untuk gua.

Gua ada terfikir bagaimana sekiranya Najib/Rosmah dapat memerintah 1Malaysia selama 40 tahun seperti mana pemerintahan Gaddafi di Libya. Apa akan jadi pada rakyat 1Malaysia jika lu mengambil kira apa yang dilakukan oleh Najib/Rosmah selama 3 tahun dalam pemerintahannya. Lu sendiri fikir ler.....

Rabu, 26 Oktober 2011

Tangkap Basah: Mat Said Terjerat Atau Dijerat....!!!!!!


po_03.1.jpg

Gua sudah mendengar dari kalangan pemimpin Umno Terengganu berkaitan dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said (Mat Said) yang telah ditangkap khalwat dengan pasangannya di Kuala Lumpur. Dikatakan yang beliau telah berkahwin dengan pasangannya itu dan jika berita ini benar, maka pasangannya  merupakan isteri ke 3 beliau. (Ini adalah dari sumber Umno sendiri dan bukan tuduhan gua)

Gua tidak pasti, apakah beliau terjerat atau dijerat oleh musuh-musuh politiknya yang terdiri daripada pemimpin Umno Terengganu yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkannya. Ketika ini Umno Terengganu telah berpecah kepada tiga puak yang gua tak perlu sebutkan. 

Selepas PRU 12, pihak Istana Terengganu tidak berkenan untuk melantik semula rejim Idris Jusoh yang penuh dengan skandal. Salah satunya ialah perobohan sebuah surau di Bukit Bujal Kemaman yang menguris hati Kebawah Duli Tuanku Sultan Mizan semasa era rejim Idris Jusoh memerintah. Pelantikkan Mat Said sebagai Menteri Besar Terengganu oleh pihak Istana telah mendapat tentangan daripada kem Idris Jusoh yang diketuai oleh Rosol Wahid sehinggakan mereka sanggup menghina dan mengelar Kebawah Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dengan panggilan 'Natang' atau 'Binatang'.


Banner yang menghina Kebawah Duli Tuanku Sultan Mizan oleh penyokong Idris Jusoh yang celaka.

Bagi gua dalam kes khalwat ini, Mat Said tidak patut berdiam diri untuk membersihkan namanya jika benar beliau diperangkap oleh musuh-musuh politiknya untuk menjatuhkan karier politiknya. Apatah lagi pilihan raya umum ke 13 bakal diumumkan bila-bila masa sahaja lagi. Jika lu (Mat Said) sendiri yang terjerat, maka lu pandai-pandai ler keluarkan pencak silat lu.

Politik Umno Terengganu semakin hari semakin bercelaru apabila ada ura-ura Rosol Wahid and the gengstarnya tidak akan dicalonkan. Gua sokong sungguh-sungguh agar puak celaka ini tidak dicalonkan diatas sikap kurang ajar/akal terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Mizan. 

Apa pun, gua cadangkan agar rakyat Terengganu menolak terus Umno/BN pada PRU 13 jika lu all (rakyat Terengganu) menyayangi Sultan Mizan. Anggaplah ia sebagai undi protes terhadap Umno/BN yang diketuai oleh Najib kerana tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pemimpin Umno Terengganu. 

Nyahkan mereka dari terus berkuasa di bumi Terengganu, Umno adalah penderhaka total kesultanan Melayu. Umno akan mengheret raja-raja Melayu apabila mereka mula hilang sokongan rakyat dan mereka akan menghina dan mengaibkan raja-raja Melayu apabila mereka kuat. Inilah sikap Umno celaka dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...