Translate

Mesti Baca

Khamis, 13 Oktober 2011

Si Celaka VVVIP Yang Sanggup Menutup Mulut Kerana Perbuatan Anaknya...!!!!!



Ini bukan kategori berita panas lagi tapi dah masuk kategori meletop....mengikut daripada sumber-sumber yang sangat boleh dipercayai, anak kepada pemimpin VVVIP dikatakan kantoi untuk mengawai nafsunya dan telah melakukan perkara yang tak senonoh iaitu mencabul kehormatan rakan sekolahnya.

Anak VVVIP itu dikatakan telah meraba tetek rakan sekolahnya dan akibat daripada perbuatan terkutuk anak VVVIP ini, VVVIP ini telah membayar sebanyak RM200 ribu kepada keluarga perempuan yang telah dicabul supaya tidak membuat laporan polis dan merahsiakan perkara ini daripada diketahui umum.

Pihak sekolah juga telah diarahkan untuk menutup mulut supaya insiden ini tidak diketahui oleh mana-mana pihak lain. Oleh kerana VVVIP ini tak sanggup menanggung malu untuk berdepan dengan pelajar perempuan yang dicabul oleh anaknya dan juga guru disiplin yang menangkap anaknya itu, VVVIP ini telah menukar anaknya ke sekolah lain.

Perkara ini hanya diketahui oleh pegawai-pegawai VVVIP tersebut dan juga keluarga yang terlibat sahaja. Tetapi lama mana rahsia ini dapat disimpan??? Bak kata pepatah " mulut tempayan boleh la di tutup tetapi mulut manusia mana oleh tutup..." Duit yang diberikan itu pun lama-lama habis juga....

**Agak-agaknya siapa pemimpin VVVIP tu ye??

Selasa, 11 Oktober 2011

Selepas APCO Sekarang FBC Pula, Lu Sendiri Fikir Ler.....

Malaysia Kini melaporkan kerajaan Najib telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media. Jumlah itu dimaklumkan oleh PM di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli P-Darlimen Batu, Tian Chua berkata perkembangan itu memalukan negara kerana kerajaan terlibat dengan firma seperti itu.

"Kerajaan Malaysia melanggar undang-undang Britain kerana program (dibayar FBC Media) disiarkan di Britain.

"Apa yang tak dibenarkan oleh undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Jawapan bertulis daripada PM pada 6 Jun lalu menyatakan bahawa kontrak itu adalah untuk FBC Media menyediakan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

“Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta (RM94 juta),” kata Najib.

Perdana Menteri juga ditanya sama ada kerajaan memberikan arahan kepada FBC Media yang berpangkalan di London bagi penerbitan program yang ditayangkan dalam berita British Broadcasting Corporation (BBC) dan justifikasi bagi tindakan seumpama itu.

“Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media,” katanya.

Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.

“Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

“Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC,” kata Najib.

Mengulas lanjut, Tian berkata isu yang perlu ditimbulkan adalah tindakan kerajaan membayar perunding tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Kerajaan juga bergelut dengan kontroversi sebelum ini ekoran tindakannya menggunakan khidmat firma Apco Worldwide dengan bayaran sebanyak RM83.8 juta.

"Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

"Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?," soalnya Tian Chua lagi.-DCM

Kredit : DuniaCacaMarba

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...